
Pernah suatu ketika tidak lama dahulu nama Muhammad Syukur Khamis pernah menjadi bualan dunia apabila gambarnya bersama sekawan kerbau tular, sehingga digelar sebagai ‘Mowgli Malaysia’.
Hari ini, anak muda tersebut menginjak usia 20 tahun dari Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu ini sekali lagi mencuri perhatian ramai. Cum kali ini agak berbeza selepas dia mencatatkan pencapaian akademik dalam bidang kemahiran atau TVET dengan cukup baik.

Menerusi satu hantaran rasmi GiatMara Malaysia di Facebook, Syukur disahkan berjaya menamatkan Kursus Teknologi Motosikal di GiatMara Hulu Terengganu dalam tempoh enam bulan. Kejayaan itu diraikan dalam Majlis Graduasi GiatMara ke-38 pada Rabu lalu.

“Syukur bukan sahaja serasi dengan hidupan dan alam malahan dia cekap dalam kemahiran. Sentiasa menyertai pertandingan kemahiran dianjurkan, dia sekarang ‘pomen muto’ menguruskan bengkel motosikal milik keluarga yang menjadi pilihan orang kampung dan rakan-rakan,” jelas kenyataan dari perkongsian GiatMara tersebut.
BOLEH MENJADI INSPIRASI
Selain bergelar graduan, Syukur kini menguruskan bengkel motosikal keluarganya, menjadikannya bukan sekadar ikon alam tetapi juga tenaga mahir dalam bidang teknikal.
Dalam catatan peribadinya di Facebook, anak bongsu daripada lapan beradik itu melahirkan rasa terima kasih atas sokongan keluarga.
“Alhamdulillah, terima kasih buat bonda tercinta, keluarga dan rakan taulan. Selamat maju jaya buat semua graduan,” jelasnya yang jelas dilihat cukup teruja dan gembira.

Ia menjadi bukti bahawa perjalanan hidup Syukur sentiasa berpaksikan kesederhanaan, keluarga, dan kesyukuran, meskipun pernah mengecap populariti luar biasa di peringkat antarabangsa.
Sekadar thorwback, Syukur mula mencipta fenomena apabila kebolehannya berinteraksi dengan lebih 100 ekor kerbau peliharaan ayahnya, Khamis Jusoh, tular di media sosial.
Gaya semula jadinya bersama haiwan ternakan itu menarik minat jurugambar dalam dan luar negara. Lemudian pada 2019, gambar Syukur bersama kerbau dipilih sebagai juara peringkat Asia dan tersenarai dalam 20 terbaik dunia.

Sejak itu, wajahnya sinonim dengan julukan ‘Mowgli Malaysia’, lambang keakraban manusia dengan alam.
Tamat pengajian di GiatMara, dia kini melangkah sebagai mekanik muda bahkan membantu menguruskan begnkel milik keluarga mungkin ke tahap lebih baik di masa akan datang.
BACA: 10 Hak Pengguna Jalan Raya Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu
Semoga kisahnya boleh menjadi satu menjadi inspirasi, bahawa keistimewaan tidak berhenti pada populariti, tetapi terletak pada usaha membina masa depan dengan kemahiran dan dedikasi.
Kredit: GiatMara, Syukur Khamis -Kampung Boy
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang












