Pertandingan Mr. Penang 2024 yang dianjurkan Penang Bina Badan Pulau Pinang (PBBA) bakal kembali lagi dengan penyertaan lebih meriah.
Acara yang bakal berlangsung di Hotel G Gurney pada 22 Jun 2024, bakal menyaksikan lebih 120 peserta yang terdiri daripada lelaki dan wanita, merebut kedudukan teratas dalam arena bina badan.
Peserta yang berjaya akan melangkah seterusnya ke pertandingan antarabangsa seperti SEA Sports, Mr. Asia, Mr. Commonwealth, Mr. Olympia, dan Mr. Universe.
PBBA yang turut bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, telah menganjurkan kejuaraan ini ke dalam kategori fisiologi atletik untuk lelaki dan wanita.
Ia bukan sahaja menjadi platform untuk peserta menunjukkan kekuatan fizikal mereka, tetapi juga medan untuk mereka mempamerkan hasil latihan berdisiplin dan pengurusan diet yang ketat.
ATLET BERPOTENSI
Menurut Timbalan Presiden PBBA, Encik Yeap Tzu Tsing, “Bidang sukan adalah platform utama untuk menghasilkan atlet yang memiliki potensi, dinamik dan mencapai tahap kecergasan maksimum.
Ads
“Kejayaan ini hanya dapat dicapai melalui latihan yang konsisten dan seimbang dari pelbagai aspek yang merangkumi minda, otot fizikal, saraf, dan emosi.”
Tambahnya lagi proses transformasi ini penting untuk menghasilkan atlet bina badan berkualiti tinggi dari Penang dan membawa mereka ke puncak kejayaan di peringkat antarabangsa.
Mr. Penang 2024 bukan sekadar sebuah pertandingan tetapi juga merupakan inisiatif untuk memartabatkan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan bagi komuniti bina badan.
Ads
PBBA bertekad untuk meningkatkan pendedahan dan kepelbagaian dalam sukan bina badan melalui dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bagi.
Mereka juga aktif dalam mengedukasi masyarakat mengenai kepentingan jadual latihan yang teratur, pengambilan nutrisi yang seimbang, dan gaya hidup yang sihat—semua ini tanpa penggunaan bantuan ubat penambah prestasi.
Ads
Di antara tetamu istimewa turut hadir pada acara ini termasuklah, Exco Belia dan Sukan Negeri Penang, Daniel Gooi; Presiden Persatuan Bina Badan Pulau, Tan Chee Kean; Timbalan Presiden Persatuan Bina Badan Pulau Pinang, Mr. Yeap Tzu Tsing dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Penang, Harry Chai.
Kehadiran mereka tidak hanya menambah semangat peserta tetapi juga meningkatkan profil acara ini sebagai acara sukan yang tidak boleh dilepaskan.
Mr. Penang 2024 dijanjikan sebagai platform pertunjukan bagi atlet-atlet Penang yang akan membawa nama negeri ke peringkat yang lebih tinggi di arena global.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jerawat di kulit kepala akan berlaku apabila liang rambut tersumbat dengan kotoran dan minyak. Dan Ini menyebabkan folikel kulit kepala membesar dan berkemungkinan dijangkiti bakteria jika ianya tidak dibersihkan. Berikut adalah 10 sebab bagaimana jerawat di kulit kepala boleh terjadi dan cara mengatasinya.
Malas Mencuci Rambut
Sikap malas anda untuk mencuci rambut bukan sahaja akan menyebabkan rambut anda kusam dan berbau malahan anda juga akan mengalami masalah jerawat di kulit kepala serta gatal . Cara untuk mengatasinya adalah dengan mencuci rambut anda dengan syampu dan seeloknya dilakukan sebanyak tiga kali seminggu. Ianya bukan sahaja berkesan untuk mencegah dan menghapuskan kelemumur tetapi juga menghalang kehadiran jerawat di kulit kepala anda.
Tidur Tidak Cukup
Kurang tidur juga boleh menjadi punca kepada munculnya jerawat pada kulit kepala. Rutin ini boleh membuatkan tubuh badan anda terganggu untuk membiak semula sel sel kulit yang mati dan menjadikan proses metabolisme tubuh berjalan dengan tidak sempurna. Itulah sebabnya mengapa tidur yang cukup dapat menjadikan tubuh badan anda sihat.
Cara untuk mengatasinya adalah dengan mendapatkan tidur yang cukup sekurang – kurangnya 8 hingga 9 jam.
Syampu Tidak Dibilas Dengan Bersih
Apabila anda mencuci rambut dengan tujuan untuk membersihkannya, berkemungkinan anda tidak membilasnya dengan bersih. Disebabkan itu ianya mampu mengakibatkan masalah jerawat di kulit kepala kerana liang rambut anda akan tersumbat . Oleh itu, seeloknya anda menggandakan aktiviti membilas rambut selepas menggunakan syampu bagi mengelakkan perkara ini terjadi.
PemakaianSesetengah daripada anda mungkin bertindak seperti meme lelaki di atas bukan ? JANGAN ! pemilihan syampu yang betul merupakan perkara yang penting kerana sesetengah syampu mempunyai bahan kimia yang bahaya dikenali sebagai sodium lauryl sulfate (SLS) dan sodium laureth sufate (SLES) yang bertindak sebagai agen pembuih. SLS juga boleh merosakkan mantel asid pelindung pada kulit. Mantel asid adalah lapisan asid lemak yang melindungi kulit daripada bakteria dan bahan-bahan lain yang tidak diinginkan. Kerosakan pada lapisan asid melemahkan fungsi ‘penghalang kulit’ dan ianya akan menyebabkan bakteria dengan mudah berada di kulit anda. Cara mengatasinya adalah dengan memakai produk yang bebas daripada SLS seperti produk organik dan herba. Syampu Yang Salah
Tidak Menjaga Kebersihan
Antara sebab utama hadirnya jerawat di kulit adalah disebabkan tidak menjaga kebersihan. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika anda sering meletakkan pakaian kotor di atas katil. Semua kotoran dan kuman akan bergerak ke baju, ke bantal dan kemudian ke wajah anda. Bayangkan, wajah dan kulit kepala anda terdedah kepada sarung bantal yang kotor selama berjam-jam semasa tidur. Dan berapa banyak bakteria yang telah bergerak ke kulit anda? Anda boleh menanganinya dengan mengelakkan meletak pakaian kotor anda di atas katil dan hendaklah menukar cadar dan sarung bantal anda sekurang – kurangnya 2 minggu sekali
Jerawat di kulit kepala bukanlah masalah yang paling ketara melainkan jika anda mempunyai rambut yang pendek, oleh itu, kadang kala anda tidak memberi perhatian yang serious pada perkara ini. Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat di kulit kepala, ianya suatu perkara yang menjengkelkan, menyakitkan dan ianya sering mengakibatkan rambut mereka mengalami keguguran.
Tertekan
Tekanan adalah sesuatu yang sering dialami oleh kebanyakan individu terutamanya jika harus menyiapkan sesuatu kerja dalam masa yang singkat. Tekananyang tidak terkawal untuk masa yang lama boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti jerawat pada kulit kepala. Oleh itu, pentingnya bagi anda untuk menguruskan tekanan dengan baik dan betul agar tidak mendatangkan kesan negatif terhadap penampilan anda.
Cuaca Panas
Kulit kepala yang terdedah kepada cuaca panas dan berhabuk turut menyumbang kepada kehadiran jerawat . Ini kerana cuaca panas diiringi dengan minyak dan habuk di liang pori dan menjadi punca bakteria merebak dan menyebabkan jerawat . Oleh itu, digalakkan memakai topi untuk melindungi kulit kepala daripada habuk dan cuaca panas, akan tetapi topi haruslah dibuka sekiranya tidak berada di kawasan yang terdedah kepada panas kerana pemakaian topi yang lama memberi kesan yang tidak baik kepada kulit kepala anda.
Tidak Menjaga Pemakanan
Diet makanan perlu dititikberatkan . Kurangkan pengambilan makanan gatal seperti udang, ketam dan kerang kerana ianya mampu merangsang kulit kepala untuk menjadi gatal dan berjerawat. Hindari atau kurangkan juga makanan manis , berminyak dan berlemak yang berlebihan. Ianya bukan sahaja mampu menghindari perkara tersebut tetapi juga mampu menyihatkan tubuh badan anda.
Pemakaian Topi Yang Terlampau Lama
Ya, pemakaian topi tidak dinafikan elok untuk melindungi diri daripada cuaca panas dan habuk , akan tetapi jika anda terlampau kerap memakai topi setiap masa walaupun cuaca tidak panas ia dapat menjadi penyebab munculnya jerawat di kulit kepala. Kulit kepala yang tertutup terlalu lama boleh menyebabkan peluh dan membuatkan pori pori kulit kepala tersumbat dan menghasilkan jerawat yang terhasil daripada campuran bakteria dan kotoran.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa sangka pelamin yang viral di laman sosial baru-baru ini, merupakan hasil kerja tangan seorang lelaki muda. Ahmad Rasidi Md Idris, 26, atau lebih dikenali sebagai Eddy adalah antara individu yang mampu merealisasikan keinginan bakal pengantin, khususnya di luar bandar untuk merakamkan hari bahagia mereka berlatarbelakangkan pelamin indah.
Netizen dikejutkan dengan kreativiti pelamin rekaan Eddy kerana dia berjaya melakukan transformasi menakjubkan di bahagian ruang tamu sebuah rumah di Kampung Chepir, Sik, Kedah dengan hiasan pelaminnya yang indah.
Menurut lelaki muda ini, tidak seperti di bandar, menghias pelamin di rumah kampung lebih mencabar disebabkan beberapa faktor.
“Memang agak mencabar berbanding buat pelamin di dewan atau hotel, tapi bila tuan rumah suka dengan sentuhan saya, itulah kepuasan saya,” kata graduan Universiti Sains Malaysia ini.
Jom kita lihat hasil tangan beliau yang awesome ni.
Sumber : Mstar online
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
RAMAI yang beranggapan bahawa usia 30-an adalah usia yang telah terlewat untuk berkahwin dan bagi segelintir masyarakat, meraka akan berhadapan dengan tekanan melebihi apabila sering ditanya soal perkahwinan oleh makcik-makcik bawang.
Ingatlah bahawa ajal dan jodoh di tangan Tuhan. Adakala ditemukan dengan pantas dan adakala ianya lambat. Semakin meningkat usia, semakin matang diri dalam menghadapi ujian dan cabaran dalam hidup lebih-lebih lagi pada zaman yang serba mencabar kini.
Di sini kami kongsikan 5 kebaikan dan keuntungan jika berkahwin pada usia 30-an:
1. Pemikiran Lebih Matang Dan Emosi Lebih Stabil
Menurut kajian, setiap individu akan lebih tenang dan lebih matang dalam menghadapi pelbagai situasi dan perasaan invididu untuk menghargai cinta dan akan lebih fokus.
2. Tidak Lagi Mengejar Keseronokan Dunia
Kebanyakan individu pada usia ini sudah puasa berseronok dan enjoy. Pelbagai kejayaan sudah digapai, sudah tentu bila berkahwin akan lebih bahagia kerana masing-masing tidak lagi mengejar cita-cita individu.
3. Pembentukan Jati Diri Lebih Kuat
Mereka yang telah mencecah usia 30-an sudah membina jati diri yang kuat. Mereka juga mempunyai karisma serta matlamat yang kuat dan kebiasaanya akan dapat memimpin diri dan pasangan ke jalan yang lebih teratur.
4. Memiliki Ekonomi Yang Kukuh
Individu pada usia sebegini telah mempunyai kerjaya yang tetap dan mungkin ada yang sudah memiliki kenderaan dan kediaman sendiri. Rumah tangga akan lebih bahagia kerana masalah-masalah kewangan tidak menjadi masalah utama.
5. Matang Sebagai Ibu Dan Bapa
Jika dikurniakan cahaya mata, mereka yang bersia 30-an pasti menjadi ibu bapa yang baik. Kesabaran dan kematangan yang tinggi akan membimbing mereka mmemberik kasih sayang yang terbaik untuk anak-anak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.