
“Aku tak tahu lah kenapa sejak akhir-akhri ini aku selalu penat dan cepat letih”
Pasti kawan-kawan anda atau anda sendiri sering keluarkan ayat seperti ini bukan? Namu hati-hati, besar kemungkinan disebabkan masalah kesihatan.
Jika penat tersebut dapat diselesaikan dengan rehat dan tidur, ia mungkin tiada masalah. Namun jika penat tersebut tidak hilang selepas tidur, anda perlu segera rujuk ke pakar dan profesional.
Mungkin anda menghidap Apnea tidur di mana saluran pernafasan anda mengecut dan mengganggu tidur.
Terlalu penat menandakan anda kurang darah atau anemia dalam tubuh badan. Mungkin kerana kurang zat besi dalam badan dan lebih teruk lagi, ulser perut serta kanser dan sebagainya.
Tidak menolak kemungkinan, anda menghidapi anxiety atau kerisauan yang teruk dan menghidapi Hypothyroid di mana hormo thyroid anda rendah.
Jangan terkejut ya, kemurungan juga boleh menyebabkan anda mudah berasa penat. Malah anda juga akan cepat berputus asa dalam segalanya.
Penghidap diabetes juga bergejala seperti lemah, cepat haus, sering terasa lapar dan kecing dengan kerap.
Oleh itu, hati-hati jika anda mudah berasa letih, jangan dibuat main ya!
Sumber: Public Health Malaysia
Rahsia & Kehebatan Bawang Putih Dalam Menu Kehidupan Seharian

Anda sendiri mungkin sudah sedia maklum dan sentiasa mendengar tentang khasiat bawang putih.
Namun sejauh manakah yang anda tahu. Dan adakah benar ia mempunyai khasiat seperti yang diperkatakan umum selama ini?
Pertama sekali, kita tidak dapat sangkal bahawa bahawa bawang putih merupakan antara elemen penting dalam masakan. Tidak kiralah dalam mana-mana peradaban budaya sama ada di negara Timur atau Barat, bawang putih merupakan antara bahan terpenting dalam diet seharian.
Uniknya bawang putih ia bukan sahaja memberi rasa yang signifikan tetapi menawarkan banyak khasiat kesihatan.
Jadi kali ini MASKULIN ingin mengajak anda untuk sama-sama mengetahui apakah khasiat bawang putih dalam menu seharian.
KEKUATAN HUBUNGAN
Ya, bawang putih memang terkenal sejak dari dulu sebagai antara bahan yang mampu memperbaiki kualiti hubungan intim anda. Ia telah lama dianggap sebagai salah satu jenis aphrodisiac.
Bawang putih membantu pengaliran darah lalu memperbaiki fungsi tenaga dalaman dan seks anda. Jadi makanlah bawang putih demi untuk diri anda dan isteri, ya.
KESIHATAN JANTUNG
Bawang putih bukan sahaja mampu membantu anda meningkatkan kualiti seksual anda bersama pasangan tetapi ia juga boleh memberikan faedah untuk jantung.
Bawang putih mampu membantu untuk melawan penyakit jantung, merendahkan tekanan darah dan menghalang berlakunya darah tersumbat. Ia juga dipercayai boleh merangsang merendahkan kadar kolestrol.
KESIHATAN PROSTAT
Salah satu ancaman besar buat lelaki ialah kanser porstat. Malah terdapat kajian bahawa lelaki yang mengamalkan diet tinggi bawang putih boleh merendahkan risiko terhadap benign prostatic hyperlasia (BPH).
Selain bawang putih, bawang besar juga memberikan efek lebih efisyen melawan BPH.
ANTIOKSIDAN, ANTIBAKTERIA & ANTIVIRAL
Bawang putih mengandungi allicin. Ia memberikan banyak khasiat kepada lelaki seperti antioksidan, memerangkap free radicals dan membantu tubuh untuk membuang toksin dan meningkatkan fungsi hati.
Kajian juga menunjukkan orang yang sering makan bawang putih lebih rendah risikountuk jatuh sakit. Jika anda demam selsema, bawang putih boleh membantu melegakan hidung yang tersumbat.
UNTUK KAKI
Jika anda sebagai seorang atlet atau sentiasa aktif dalam aktiviti larian atau hiking, kesihatan kaki pastinya menjadi keutamaan. Bawang putih mengandungi enzim yang boleh membantu melawan fungus di bahagian kaki.
Lenyek dua ulas bawang putih dan tambahkan di dalam air suam untuk hasilkan footbath. Rendamkan kaki selama 30 minit. Ia boleh membantu kaki anda lebih segar dan tidak dijangkiti fungus.
MELAWAN KANSER
Bwang putih juga mengandugi selenium yang boleh membantu menghalang kanser yang sering menghantui lelaki seperti prostat, usus, rectum dan perut.
Nasihat Doktor Ini Jangan Main-Main Dengan Minyak Angin, Salah Guna Boleh Sebabkan Keracunan

Rata-rata kita gemar menggunakan minyak angin sebagai alternatif untuk melegakan kesakitan terutamanya bila kembung perut, lenguh atau bengkak. Minyak angin lazimnya digunakan di bahagian luaran tubuh, namun ada juga yang menyalahgunakan minyak angin itu.
Namun tahukah anda, penggunaan minyak angin dengan sewenang-wenangnya boleh memudaratkan diri sekali gus mendatangkan keracunan? Jadi pastikan selepas ini anda lebih berhati-hati menggunakan minyak angin mengikut aturan yang betul.
Penjelasan tentang perkara ini dikongsikan oleh Dato’ Dr. Mohd Rushdan Md Noor menerusi laman Facebooknya tentang bahaya menggunakan minyak angin tanpa penggunaan yang betul. Semoga dengan perkongsian ini, anda akan lebih berhati-hati apabila menggunakan minyak angin.
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MINYAK ANGIN
Minyak angin adalah sejenis minyak sapuan ataupun topikal yang selalu digunakan oleh masyarakat kita. Terdapat terlalu banyak jenama minyak angin di pasaran. Ia boleh dikatakan minyak serbaguna untuk mengurangkan gejala sakit, kembung perut, melegakan hidung tersumbat, gatal, gigitan serangga dan lain2 lagi. Sebenarnya di dalam minyak angin itu terkandung ubat yang dicampurkan bersama minyak.
CAMPURAN 3 JENIS UBAT
Ada 3 jenis ubat yang seringkali dimasukkan ke dalam minyak angin iaitu Methyl Salicylate, Menthol dan Camphor. Ketiga2 ingredient ini bertindak sinergistik utk mengurangkan keradangan, memanaskan, menyaman dan memberi aroma melalui perawapan.
1. Methyl Salicylate – antikeradangan dan bertanggungjawab menghasilkan kepanasan.
2. Menthol – untuk aroma dan memberi kesan kesejukan.
3. Camphor – mempunyai kesan yg sama di samping mengurangkan kegatalan, mudah meruap dan menyamankan.
Methyl Salicylate adalah racun berjadual dan perlu mematuhi peraturan KKM jika hendak digunakan sebagai ubat.
Ketiga2 ubat yg dinyatakan di atas sebenarnya boleh memudaratkan jika kaedah penggunaannya tidak betul dan digunakan ke atas kanak2 (rujuk pautan di bawah). Ubat2 ini jika disapukan pada permukaan kulit dalam kuantiti yg banyak boleh meresap masuk ke dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan. Terdapat lapuran keracunan salicylate ke atas kanak2 dan orang dewasa yg menyalahgunakan minyak angin. Di antara gejala keracunan adalah loya, muntah, keliru, alkalosis (berlebihan alkali), asidosis (berlebihan asid) dan kegagalan organ. Begitu juga dengan menthol dan Camphor, masing2 ada kesan sampingan yg tersendiri.
Kami pernah melapurkan satu kes ibu hamil 32 tahun yang mengandung anak ketiga mengalami keracunan salicylate apabila menggunakan minyak angin untuk merawat sakit gigi. Beliau merawat sakit gigi dengan meletakkan kapas yg dibasahkan dengan minyak angin kepada bahagian gigi yang sakit. Semasa usia kandungan cukup bulan, beliau mengalami masalah loya dan pening. Ujian CTG/jantung ke atas anak mendapati anak lemas dan pembedahan Caesarean Section perlu dilakukan. Semasa pembedahan, pakar bius terkejut dengan kesukaran mereka mengendalikan kes ini. Ujian darah menunjukkan asidosis dan selepas pembedahan, pesakit perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi. Anak tidak dapat diselamatkan dan ibu perlu di rawat di ICU selama beberapa hari. Berdasarkan kepada sejarah menggunakan minyak angin, ujian darah untuk mengukur kandungan Salicylate menunjukkan kandungan yang tinggi dan ini mengesahkan kes keracunan Salicylate.
TOLONG SEMAK LABEL
Pada hari ini minyak angin sangat mudah dihasilkan oleh sesiapa sahaja kerana ketiga2 ubat di atas mudah dibeli melalui atas talian dalam bentuk serbuk. Ada juga pengilang yang menghasilkan ubat ini dalam bentuk krim, losyen dan juga tempelan. Untuk melariskan lagi jualan, penjual akan memasukkan bermacam2 herba ke dalamnya termasuk pati gamat, akar kayu dan lain2. Apa sahaja yg ditambah ke dalam minyak angin ini sebenarnya tidak ada peranan yg besar kerana semua kesan mengurangkan gejala itu diberikan oleh 3 ubat yang saya sebutkan di atas.
Apabila membeli minyak angin ataupun krim/bam tolong semak label senarai ubat2 yang dimasukkan ke dalamnya dan jika ada ketiga2 atau salah satu daripada ubat2 di atas, gunakan dengan berhati2 pd bahagian luar badan dan jangan digunakan ke atas kanak2. Elakkan daripada menyedut ataupun meminumnya. Paling baik jika anda mengalami apa2 gejala, berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca penyakit daripada cuba untuk merawat diri sendiri. Minyak angin dan bum tidak merawat penyakit tetapi hanya mengurangkan gejala. Ubat2 yang tersebut di atas boleh juga dimasukkan secara diam2 tanpa pengetahuan pengguna.
DDr Rushdan Noor
Medical Mythbusters Malaysia
30hb Jan 2019
Selalu Tengok Skrin Telefon Atau computer? Spek Mata Blue Light Filter, Adalah Pilihan Terbaik!

Jika anda berkaca mata, perasan atau tidak spek anda mempunyai Blue Light Filter?
Anda pasti tertanya-tanya bukan mengapa sesetengah kaca mata mempunyai fungsi menapis warna biru?

Ini kerana cahaya warna biru ini dikatakan akan menyebabkan mata kita mudah penat dan pandangan akan tergangu. Malah lebih teruk ia akan menyebabkan mata anda silau.
Oleh itu, kepada yang suka menatap skirn telefon atau memerlukan anda untuk menghadap skrin latop atau komputer dalam jangka masa yang lama, spek mata yang mempunyai fungsi ini cukup bagus untuk mata anda.

Bagaimana pun ia mempunyai ciri kekuningan pada kanta kerana kuning mampu melawan warna biru itu sendiri.
Okay lah Maskulin sediakan video dari ML Studios untuk rujukan dan menerangkan dengan lebih terperinci.
Sumber: ML Studios