
Kehidupan dalam Norma Baharu ini, peniaga-peniga atau pemilik permis / syarikat pasti sedang berusaha untuk membuat QR code menggunakan Google form.
Menurut Abdul Razak Rayah di Facebook, kaedah ini boleh pakai untuk apa-apa event yang perlukan pendaftaran, rekod customer masuk kedai, kehadiran murid dalam kelas dan banyak lagi.
Di sini adalah cara-cara untuk buat QR Code yang link dengan Google Form.
Sumber: Abdul Razak Rayah
Rabun Malam & Otak Tak Stabil, Ini 10 Kesan Buruk Jika Ada Biarkan Perut Berlapar. Bukannya Boleh Kurus!

Orang ramai selalu salah tafsir tentang diet, mereka beranggapan lebih lapar perut, lebih menjadilah diet.
Menurut Arif Sukri di Facebook, sebenarnya mereka silap, diet bukan tahan lapar. Tetapi atur makanan mengikut keperluan dan ada jadual yang tertentu.
Menahan lapar boleh bawa kesan buruk yang banyak untuk badan.
Ini dia 10 hal penting yang anda perlu tahu bahayanya diet menahan lapar.
1. Berlapar akan menyebabkan badan kehilangan vitamin-vitamin yang penting.

2. Mudah berlakunya rabun malam akibat kekurangan Vitamin A, Anemia yang menyebabkan sel darah merah berkurang dan beberapa simptom bahaya lain.
3. Berlapar juga menyebabkan masalah dehidrasi berlaku. Kulit mula kering secara berperingkat.
Buat para wanita yang diet tapi tahan lapar. Untuk jangka waktu panjang ia juga akan menyebabkan kitaran haid kalian tidak teratur.
4. Badan akan menyusut. Otot akan mengecil. Risiko untuk kerapuhan tulang amat tinggi. Atau kita panggil Osteoporosis.

5. Kerap letih juga antara kesan buruk menahan lapar Akibat tidak mendapat nutrien yang mencukupi.
6. Jantung juga akan menghadapi masalah akibat ketidakseimbangan sumber nutrien dalam badan. Silap hari bulan terkena penyakit jantung di awa usia.
7. Kesan jangka panjang lain adalah ia juga akan menyebabkan otak manusia tidak stabil. Mudah marah serta depresi yang tidak tentu arah.

8. Hormon juga jadi kacau bilau akibat stress yang ditanggung kerana menahan lapar.
9. Makanlah bila diet. Jangan ambil keputusan untuk kejar jarum penimbang dengan tahan lapar
10. Menahan lapar telah banyak membunuh manusia secara senyap. Walaupun dia asalnya untuk diet dan sihat.
Sumber: Arif Sukri
Sudah Bertahun Kerja Tetapi Tidak Dinaikkan Pangkat? Ini 5 Tip Untuk Anda!

Apabila bekerja dalam sesebuah syarikat, pangkat adalah salah satu elemen yang amat dikejar-kejarkan. Hal ini kerana dengan pangkatlah kita dapat mengukur nilai gaji bulanan kita. Dalam erti kata lain, majoriti masyarakat bersetuju dengan pendapat semakin besar pangkat, semakin besarlah gaji yang diterima seseorang itu.
Tidak dinafikan ada segelintir orang tetap berada di posisi yang sama meskipun sudah bertahun-tahun lamanya bekerja di syarikat A. Dari mula masuk kerja sejak 10 tahun dahulu, hanya rutin yang sama dilakukan tanpa memikirkan ke mana langkah seterusnya yang harus dia tuju.
Namun bagi mereka yang sedang mencari rentak dan tidak mahu menerima ilmu yang terhad, ‘sesuatu’ memang perlu dilakukan untuk memastikan diri menerima pangkat yang sewajarnya mengikut kepada berapa lama tahun berkhidmat dan juga apa kelebihan yang anda ada menerusi strategi :
1. SENTIASA MENONJOL
Dalam sesebuah syarikat, memang akan ada ramai pekerjanya. Namun bagaimana untuk menjonjol dan dilihat pihak majikan? Jawapannya, anda mestilah selalu aktif dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti syarikat. Jika dalam mesyuarat, rajin-rajinkanlah diri untuk memberi pandangan yang tersendiri.
2. TERAPKAN RASA INGIN TAHU
Perbanyakkan rasa ingin tahu dan sering berjumpa dengan majikan anda untuk bertanya. Tetapi pastikan yang ditanya itu soalan-soalan yang logik melibatkan urusan kerja dan syarikat. Dari situ majikan melihat anda begitu prihatin tentang skop kerja yang anda lakukan.
3. RELA UNTUK MENOLONG
Suntikkan sedikit elemen rela untuk menolong apa-apa sahaja yang diperlukan oleh syarikat. Kalau nak cepat naik pangkat, buang pemikiran ‘aku sekadar kerja untuk dapat gaji pada hujung bulan’. Relakan diri untuk menolong kerana sikap baik anda itu sampai masanya akan dibalas dengan jawatan yang anda impikan.
4. KUASAI PRESTASI ANDA
Anda harus jadi pakar dalam bidang kerja anda. Dengan menguasai prestasi anda, majikan pasti akan rasa kagum dan berbangga. Melepaskan anda adalah Sesutu yang merugikan dan dari situlah, jalan untuk anda dinaikkan pangkat terbuka namun jangan sesekali melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan imej syarikat.
5. LAKUKAN LEBIH DARI BIASA
Jika setiap syarikat menetapkan syarat pekerjanya harus menyediakan lima kertas kerja dalam setahun, apa kata anda buat sampai 10 kertas kerja untuk ditunjukkan kepada majikan? Dari situ, majikan bukan sahaja menerima banyak cadangan malah akan mula menyedari kemahiran yang anda miliki sekali gus nama anda pasti akan masuk dalam senarai mereka untuk dinaikkan pangkat.
Ini Antara Soalan Lazim Tentang Covid-19, Wakil KKM Jawab Dengan Penuh Sabar Secara Live!

Pelbagai kemudahan yang kerajaan telah lakukan untuk melawan COVID-19 ini. Terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia telah melakukan wacana live sembang bersama doktor-doktor yang bertugas.
Pelbagai soalan dikemukakan berkenaan COVID-19 dan dijawab dengan penuh beretika. Antaranya Seperti;
Soalan: Adakah vaksin influenza boleh menghalang penyakit COVID-19?
Jawapan: Ia adalah mitos kerana ia adalah dua virus yang berbeza dan buat masa ini vaksin atau ubat untuk melawan COVID-19 ni masih belum ada atau dapat. Dari segi influenza masih kena ambik terutamanya yang lebih 65 tahun ke atas, yang mempunyai sakit kronik seperti sakit paru-paru,kita masih menggalakan orang ramai untuk ambil. Setiap tahun batch vaksin ini adalah berbeza-beza oleh itu, kita digalakan ambil setiap tahun.
Soalan: Adakah benar COVID-19 ini tidak akan tersebar di dalam cuaca yang panas dan lembab, terutamanya di Malaysia?
Jawapan: Ini adalah tidak benar sama sekali, seperti yang kita tahu COVID-19 ini adalah Pandemik yang boleh dijankiti sesiapa sahaja dan di mana-mana negara tanpa mengira cuaca dan tanpa mengira situasi seseorang. Namun kita boleh mencegah dengan mengamalkan cuci tangan dan social distancing seperti yang diberitahu.
Soalan: Berapa lama Corona virus akan hidup di pakaian?
Jawapan: Ada kajian mengatakan, Corona virus ini akan hidup apabila ada hos (manusia) tetapi ada permukaan tertentu yang virus tersebut akan bertahan dan hidup. Kerana itulah kita tekankan kebersihan basuh tangan dan jangan sentuh muka.
Soalan: Adakah perokok juga bersikio terkena jankitan ini?
Jawapan: Ia tidak mengambil faktor umur, kaum, jantina atau tempat tinggal ia boleh terkena kepada sesiapa sahaja. Namun, perokok yang memang ada masalah paru-paru, risiko dia terkena jankitan yang lebih teruk adalah lebih tinggi sama seperti orang yang menghidapi asma dan diabetik.
Malah, doktor ini juga ada menekankan tentang isu ke pasaraya dirinya berkata social distancing adalah penting. Pastikan jarak sesama pelangan adalah 1 meter ke 1 meter dan apabila balik dia sarankan bersihkan dahulu badan terlebih dahulu sebelum bergaul sesama ahli keluarga.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia Facebbok