Minum air bukan sekadar hilangkan haus, tetapi pelindung tubuh dan minda. Ramai lelaki fokus pada diet, workout dan gaya hidup sihat, namun kadang-kadang terlepas perkara paling asas hidrasi.

Kajian terkini oleh Liverpool John Moores University, Britain, mendapati lelaki yang minum kurang daripada 1.5 liter air sehari mempunyai paras hormon stres lebih tinggi. Malah, dehidrasi ringan sekali pun boleh jejaskan prestasi mental, fizikal dan penampilan tanpa kita sedar.

Berikut 9 kesan mengejutkan bila tubuh kurang air:

Mulut Berbau Antara 9 Efek Dehidrasi, Kurang Minum Air Lepas Bersenam

1. Nafas Berbau

Mulut kering akibat kurang air liur buat bakteria lebih mudah membiak, lalu munculkan bau mulut tidak menyenangkan.

2. Mengidam Gula

Bila badan kurang air, hati sukar tukar glikogen kepada glukosa. Hasilnya, craving makanan manis jadi tinggi.

Ads

3. Alahan Bertambah Teruk

Dehidrasi meningkatkan bahan kimia tertentu dalam darah yang boleh jadikan alahan lebih sensitif dan parah.

4. Kekejangan Otot & Elektrolit Tidak Seimbang

Natrium, kalium dan klorida terganggu bila kurang air. Hasilnya otot mudah kejang, dari cramp ringan hingga kekejangan tanpa kawalan.

Ads

5. Penuaan Kulit Pramatang

Kurang hidrasi = kulit kering, kurang anjal, lebih cepat rosak. Lama-kelamaan, muncul garis halus dan kulit nampak tua sebelum waktunya.

6. Tekanan Darah Menurun

Isipadu darah merosot bila dehidrasi. Ia boleh sebabkan pening, oksigen kurang sampai ke tisu, malah risiko kejutan hipovolemik.

Ads

7. Fungsi Otak Merudum

Dehidrasi menjejaskan fokus, memori, dan keputusan pantas. Dalam situasi kritikal seperti memandu atau kendali mesin, ia boleh jadi bahaya.

8. Tenaga Cepat Hilang

Air penting untuk salurkan oksigen dan nutrien ke sel. Bila kurang, tenaga merosot, stamina jatuh, prestasi sukan pun lemah.

9. Batu Karang & Jangkitan Buah Pinggang

Air kencing pekat kerana kurang minum air tingkatkan risiko batu karang. Dehidrasi juga memberi tekanan ekstra pada buah pinggang.

Tip Maskulin: Cara Mudah Elak Dehidrasi

  • Minum 1.5–2 liter sehari, lebih jika aktif bersenam.

  • Jangan tunggu haus, minum secara berkala.

  • Pantau warna urin – cerah tandanya cukup hidrasi.

Ingat, lelaki sejati bukan sekadar kuat di gym, tapi juga bijak urus hidrasi. Tubuh anda mesin terbaik – jangan biarkan ia ‘kering’ sebelum waktunya.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads