Apabila berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan, antara soalan yang ditanya adalah sama ada anda sudah makan atau belum.
Lebih terperinci, doktor sebenarnya ingin tahu adakah anda ada mengambil apa-apa makanan pada hari berkenaan.
Namun masih ramai masyarakat kita yang tidak begitu faham sepenuhnya apakah erti ‘makan’ yang dimaksudkan oleh doktor.
Menurut perkongsian seorang doktor perubatan Dr Zamir Hilman Hamzah, ramai masyarakat menganggap diri mereka sudah makan hanya jika mereka sudah makan sajian yang berat.
Foto: Gambar sekadar hiasan.
Dr Zamir memberitahu perkara itu berdasarkan pengalamannya mengendalikan pesakit terutamanya dari kalangan orang berusia.
Berkata menerusi hantaran video dalam laman Instagram, Dr Zamir pada awalnya mempercayai sahaja jawapan pesakitnya yang mendakwa belum makan apabila ditanya.
Namun, timbul rasa musykil apabila Dr Zamir mendapati bacaan gula pesakitnya tinggi walaupun masih awal di pagi hari.
Ads
“Dulu-dulu saya percaya sahaja. Lama-lama saya musykil sebab setiap kali dia jumpa, gula tinggi. Pagi itu pun dah tinggi, pukul 10 pagi tinggi juga,” ujarnya di dalam video itu.
Apabila ditanya sama ada pesakitnya ada makan di pagi hari, mereka kekal dengan jawapan belum makan.
Belum Makan, Tapi Ada Makan Biskut
Oleh itu, Dr Zamir bertanya lanjut dengan menukar soalannya sama ada mereka ada menjamah sebarang makanan ringan seperti snek atau kuih-muih.
“Biskut ada, tadi ada ambil biskut. Tak makan nasi lagi lah doktor, nasi tak makan,” demikian jawapan pesakitnya kepadanya.
Foto: Gambar sekadar hiasan.
Jawapan yang sama diterima Dr Zamir apabila mengendalikan pesakit lain, malah ada di antara mereka yang mendakwa hanya makan sekali sahaja dalam tempoh sehari.
Ads
“Kalau sekali sehari gula takkan tinggi, kencing manis boleh okay terus. Tak payah makan ubat,” persoal Dr Zamir.
Rupanya pesakit berkenaan ada menjamah makanan ringan seperti biskut, kuih-muih dan juga buah-buahan seperti pisang.
Itu belum termasuk minuman seperti kopi campuran segera tiga dalam satu (3-in-1) dan minuman malt coklat, tambahnya.
Apa-Apa Yang Masuk Mulut, Dikira Makan
Jelas Dr Zamir, apa-apa sahaja benda yang masuk ke dalam badan anda melalui mulut adalah dikira sebagai makan, lebih-lebih lagi jika ianya mengandungi kalori yang tinggi.
“Benda yang ada kalori tinggi masuk ke dalam badan, itu dikira makan. Apa-apa yang masuk dalam mulut, itu dikira makan,” jelasnya.
Ads
Foto: Gambar sekadar hiasan.
Oleh itu, jawablah dengan sejujurnya jika selepas ini anda diajukan soalan sama ada anda sudah makan atau belum oleh doktor.
Melainkan anda sedang berpuasa, jawablah “sudah makan” atau “ada makan” jika sememangnya anda ada mengunyah atau menelan sesuatu pada hari berkenaan.
Lebih baik, anda jelaskan sahaja kepada doktor senarai makanan dan minuman yang telah anda jamah pada hari tersebut.
Pasti ramai yang tahu tentang kewujudan jambatan tertinggi di Malaysia yang baru di buka seminggu yang lepas. Jalan Pintasan Rawang atau lebih dikenali dengan Rawang Bypass ini dibuka untuk kegunaan orang awam, malangnya sudah ada tangan yang kreatif mencemari tembok lebuh raya yang dibina dengan kos RM630 juta itu dengan seni graffiti.
Gambar yang dimuat naik laman Facebook Blog Jalan Raya Malaysia (BJRM), mengundang pelbagai reaksi netizen yang kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab terbabit.
Seperti perumpamaan kera mendapat bunga. Tidak sampai seminggu Jalan Pintasan Rawang FT37 dibuka, sudah ada kesan contengan oleh orang yang tidak bertanggung jawap ini.
Sementara itu, Lawalah Familia, yang namanya turut terpalit dalam gambar berkenaan tampil memohon maaf bagi pihak peminatnya yang melakukan vandalisme tersebut.
“Kami Lawalah Familia ingin memohon maaf secara terbuka bagi pihak peminat kami yang melakukan vandalisme. Apa yang berlaku adalah di luar kawalan kami,” kata kenyataan kumpulan muzik itu di Facebook rasminya semalam.
Menurut kenyataan itu lagi, mereka juga turut mengecam tindakan individu terbabit yang telah mencemarkan imej mereka secara tidak langsung.
Di media sosial, netizen juga mengecam tindakan perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab itu.
“Rakyat kita masih mundur dari segi pemikiran. Lihatlah MRT baru tu, habis duit nak repair ekoran vandalisme. Tak tahu dah nak buat apa dengan orang kita ini,” – Izzo Jackster.
“Lawa ke tak lawa ke, tak boleh macam ni. Kalau kita tak strict, then every shithead with a spray can akan ambil mudah conteng kemudahan awam. Vandalisme adalah vandalisme.” – Daud Aiman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Keterampilan seseorang lelaki itu mencerminkan daya maskulin yang terpancar dari dalam diri. Lebih berani dan berkeyakinan tatkala berhadapan dengan umum, lelaki harus kelihatan tampan agar dilihat dengan lebih positif. Semua ini harus dicapai supaya setiap lelaki dapat menginjak ke aras yang lebih tinggi dalam pencapaian kehidupan dan perlu melalui beberapa elemen yang mendorong seperti kesihatan, kecergasan, cara berkomunikasi dan penggayaan stail. Semuanya harus diterjemahkan dari dalam diri dan percaya dengan kemampuan diri.
MASKULIN : BAGAIMANA ANDA MULA MENDEKATKAN DIRI DENGAN DUNIA KECERGASAN?
Sedari kecil saya sememangnya telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti lasak. Banyak menyertai aktiviti di sekolah sehingga saya mula minat akan elemen kecergasan dalam kehidupan seharian ini. Bermula sebagai hobi pada tahun 2010 sebelum menjadikannya sebagai fokus dan profesional pada tahun 2012 sehingga kini. Setiap minggu melihat perubahan diri ke arah yang lebih baik menjadikan saya terus bermotivasi untuk mengekalkan kecergasan dan bentuk badan agar lebih ideal dan menarik. Bukan semata-mata secara fizikal malah secara dalaman harus dilihat sebagai penting untuk dijaga dan dihargai. Meskipun saya mempunyai pekerjaan tetap dan perniagaan sendiri, saya menjadikan bidang kecergasan ini sebagai kerja separuh masa untuk membantu mereka yang mempunyai impian dan cita-cita. Saya belajar dan membuat beberapa kajian tentang kecergasan dan latihan agar dapat melatih dengan lebih baik.
MASKULIN : SIAPAKAH INSPIRASI ANDA?
Mencipta inspirasi melalui diri sendiri dengan melihat dan menilai kemampuan diri sendiri. Mengenali kemampuan diri adalah sumber inspirasi dan motivasi yang terbaik untuk menginjak keupayaan dan mencipta kejayaan dalam mengejar impian. Jika melihat dari sisi individu yang berjaya, saya meletakkan Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai ‘The Rock’ sebagai idola kerana kejayaannya. Dia melengkapi ciri-ciri lelaki maskulin apabila seimbang di antara kerjaya, populariti dan kecergasan dalam mengekalkan bentuk badan yang sempurna sehingga kini.
MASKULIN : APA YANG PERLU DITITIKBERATKAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENDEKATKAN DIRI DALAM DUNIA KECERGASAN?
Di dalam konteks sekarang, setiap individu perlu menanamkan kepercayaan bahawa kita makan adalah untuk sihat. Sedar bahawa apa yang dimakan adalah untuk memenuhi keperluan badan dan bukannya apa yang disukai sahaja. Oleh sebab itu, kecergasan itu bermula daripada dalam dan bagaimana kita menyusun diet serta plan pemakanan setiap hari. Sebenarnya, setiap individu pasti punya masa dalam keadaan tidak bermotivasi untuk melakukan senaman dan diet. Hal ini adalah disebabkan oleh faktor sekeliling yang mendorong untuk merasakan sebegitu. Oleh sebab itu, kita perlu mengetahui keupayaan dan kekuatan kita untuk kembali bermotivasi setiap hari. Kepercayaan terhadap diri sendiri sahajalah jalan untuk mengubah sesuatu.
MASKULIN : DIET ANDA?
Pengamalan diet dan nutrisi seimbang harus diamalkan setiap hari meski terdapat sehari dalam seminggu yang dikategorikan sebagai ‘cheat day’. Mengikuti amalan saya, saya akan bangun tidur setiap pagi dan memastikan saya mengambil satu gelas air kosong untuk mengekalkan transisi dalam badan. Selepas itu, saya akan mengambil madu lebah dan propolis untuk meningkatkan kadar metabolisme dalam badan dan juga bertindak sebagai anti-virus. Pada jam 11 pagi, saya akan memakan dua biji buah epal sama ada hijau atau merah. Ketika makan tengah hari pada jam 1 petang, saya akan mengambil protein seperti dada ayam atau ikan yang direbus bersama air kosong. Saya sentiasa memastikan air yang saya minum adalah air mineral kerana kebaikan mineral semula jadi yang terkandung di dalam air tersebut. Pada jam 4 petang, saya akan mengambil lagi dua biji buah epal bersama dengan teh hijau tanpa gula.
MASKULIN : HARAPAN?
Saya ingin memberi motivasi kepada semua individu yang ingin berubah dan memberi kesedaran tentang kepentingan kecergasan ini. Memenuhi impian setiap individu lain adalah impian saya pada masa akan datang untuk terus kekal di dalam bidang kecergasan ini. Selain itu juga, saya berhasrat untuk mempunyai sebuah gimnasium atau akademi kecergasan sendiri dan melatih mereka sehingga berjaya. Di situ nanti mungkin saya boleh lakukan lebih banyak kajian tentang kesihatan dan teknik serta skil kecergasan yang baru.
GAMBAR : BADLISYAH_BS
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) kembali lagi untuk tahun ke 11 penganjurannya, dengan 50 pereka fesyen dan jenama bakal tampil mempersembahkan koleksi mereka di pentas peragaan ternama itu.
Berbeza dengan tahun sebelumnya, KLFW 2023 kali ini akan diadakan di tujuh lokasi berbeza bagi setiap tujuh hari penganjurannya, bermula 21 hingga 22 Ogos 2023.
Lokasi pentas peragaan KLFW 2023 adalah di Sofitel Damansara, Parkroyal Collection Kuala Lumpur (KL), Shangri-La KL, Platinum Park KL, ALoft KL Sentral, Boathouse KL, dan Intercontinental KL.
Selain itu, tujuh pereka fesyen akan membuat kemunculan pertama di pentas KLFW 2023 ini.
Selepas sedekad mengetengahkan pereka dan fesyen Malaysia, acara fesyen tahunan itu tampil dengan format baharu untuk menawarkan kepelbagaian kepada pereka dan tetamu yang hadir.
“Sejak penubuhan kami pada 2013, kami bernasib baik untuk mencapai jisim kritikal dan keterlihatan yang meluas, tidak sedikit kerana sokongan tidak berbelah bahagi daripada pereka, penaja, rakan kongsi dan sudah tentu komuniti celik fesyen Malaysia,” kata Pengasas KLFW, Andrew Tan.
Foto: Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, Andrew Tan.
“Untuk KLFW 2023, visi kami adalah untuk mengurangkan statik dan gangguan demi memastikan tumpuan kekal kembali kepada reka bentuk, kreativiti dan keinginan untuk memajukan fesyen,” tambahnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara fesyen tahunan kali ini, layari laman web rasmi KL Fashion Week atau ikuti akaun rasmi mereka di Facebook dan Instagram.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.