“Aku dah diet tapi kenapa tak turun-turun lagi ni?”

IKLAN

Pernah terfikir sesuatu seperti ini dan tertanya-tanya mengapa anda tidak turun berat badan? Sabar, mungkin anda silap percaturan atau terlepas pandang pada sesuatu.

Tidak bermaksud sekali anda gagal anda perlu give up selamanya. Nah, MASKULIN berikan 6 point penting, mengapa diet anda gagal dan berat tidak turun.

IKLAN
  1. Makan dalam kuantiti yang sedikit

Jika anda makan dalam kuantiti yang sedikit setiap hari hingga tak memenuhi keperluan kalori harian, metabolisma akan menurun. Badan akan simpan lemak tetapi tidak akan bakar lemak. Badan juga akan membakar otot untuk dapatkan tenaga hingga menyebabkan jisim otot berkurangan tetapi lemak kekal.

  1. Makan manakan yang tinggi kalori

Ramai yang menyangka dengan makan dalam kuantiti yang sedikit dapat turunkan berat badan. Tetapi sebenarnya makanan yang tinggi kalori juga memainkan peranan penting dalam menentukan berat badan anda. Ini kerana, makanan yang tinggi kalori kebanyakkannya mengandungi kandungan tinggi gula dan bergoreng.

  1. Mungkin anda mengambil protein terlebih

    Pengambilan protein pada 25-30% dari jumlah kalori juga boleh menaikkan metabolisme sebanyak 80-100 kalori sehari. Jadi ambil makanan protein secara sederhana dan jangan terlebih ambil protein.

  1. Mungkin anda berat otot sahaja

Jangan bimbang, mungkin anda berat otot. Kadang kala jika anda tidak turun dekat berat mungkin anda turun pada ukur lilit kerana otot lebih berat dari lemak. Jadi bertenang, kerana itulah berat badan anda tidak turun.

  1. Tidak merancang menu

Perancangan menu ketika anda sedang usahakan proses penurun berat badan sangat penting. Mungkin sesetengah orang nampak leceh dan agak sukar untuk lakukan, tetapi jika anda merancang menu ia akan lebih efektif dari mereka yang tidak merancang.

  1. Waktu tidur yang tidak teratur

Tidur yang baik adalah salah satu faktor untuk turunkan berat badan. Orang dewasa dan kurang tidur lebih terdedah 55% dan 89% menjadi obese.