“Saya tak cetuskan provokasi kerana pakai baju itu. Tapi perkara sudah berlaku, jadi saya ambil sebagai pengajaran untuk lebih cakna dengan undang-undang negara luar.” Itu kata model dan pelakon Mutalib Mubin.
Pelakon berusia 34 tahun ini berkongsi pengalamannya ditahan pihak berkuasa Arab Saudi hingga dimasukkan ke lokap balai polis ketika membawa sekumpulan jemaah negara mengerjakan umrah di Tanah Suci.
Kisah mengenai Mutalib Mubin ditahan di Arab Saudi mendapat perhatian hingga tular di laman sosial selepas beliau memuat naik perkongsian pengalamannya di Instagram (IG), baru-baru ini.
Pengalaman Ditahan di Arab Saudi
Foto : Berita Harian
Bercerita lanjut, Mutalib berkata, dia ke Tanah Suci bersama rombongan lain pada 12 September lalu dan menjadi petugas sebuah agensi pelancongan serta umrah yang membantu mengendalikan jemaah dari tanah air.
Katanya, ia adalah kunjungan kali keduanya ke Tanah Suci selepas menunaikan umrah kali pertama beberapa tahun lalu sebelum pandemik COVID-19.
“Semuanya lancar sehingga 19 September iaitu hari saya nak menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram. Waktu itu, saya bukan niat umrah tetapi berkain ihram dan disebabkan risau tak selesa ketika solat kerana takut ternampak bahagian badan, saya memakai baju bertulisan ‘Save Palestine’ dengan karikatur Hamas.
“Sementara tunggu khutbah Jumaat, saya berteduh di satu tempat sebelum didatangi seorang individu. Kami bersembang sebelum sekumpulan polis datang ambil gambar. Hilang akal juga waktu itu kerana tak tahu kenapa mereka bertindak sebegitu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Dibawa ke Balai Polis dan Ditahan
Selepas solat Jumaat, Mutalib Mubin dibawa ke balai polis bagi memberi keterangan kepada pegawai penyiasat sebelum diminta membuka baju dipakai.
Dia kemudian dibawa ke lokap dan diminta menunggu pihak polis menguruskan kes itu dalam tempoh dua jam.
Ads
“Tapi selepas dua jam menunggu, saya belum dipanggil malah kaki saya turut digari sewaktu dibawa keluar jam 9 malam untuk urusan dokumentasi.
“Kemudian, saya dibawa anggota polis menaiki pacuan empat roda dan tak tahu nak ke mana sebenarnya. Ada tanya tapi anggota berkenaan tak boleh faham bahasa Inggeris, saya pula tak pandai cakap Arab.
“Jadi ikut saja walaupun keadaan dalam pacuan empat roda itu panas. Kiranya tak tahu apa tujuan tapi akhirnya saya dibawa semula kembali ke balai polis. Cuma sampai ke pagi esoknya saya tak dibebaskan,” katanya.
Foto : Buzzkini
Dibebaskan Selepas Soal Siasat
Menurut Mutalib, selepas Subuh, dia ternampak pegawai penyiasat yang mengambil keterangannya dan bertanya bagaimana statusnya.
Katanya, pegawai penyiasat itu meminta dia menunggu lagi selama 30 minit namun hanya dibebaskan kira-kira jam 11 pagi pada 20 September lalu.
Ads
“Kebetulan, isteri saya ikut sama ke Tanah Suci dan dia juga bantu urusan saya hingga tiga kali ke balai.
“Sebelum dibebaskan, saya diminta menjalani soal siasat akhir dan waktu itu diberitahu pegawai bertugas mengenai larangan memakai baju tertera bendera dan seperti yang saya pakai.
“Saya beritahu saya tak tahu larangan itu kerana ingatkan ia bukan satu kesalahan. Sebelum beredar, saya cuba cari beg berisi barangan peribadi tapi tak jumpa dan terpaksa bergegas pulang ke hotel dengan isteri kerana nak kejar penerbangan jam 4 petang hari berkenaan,” katanya.
Mutalib Mubin ditahan di Arab Saudi mengakui ia pengalaman pertamanya bermalam di dalam lokap dan tidak sangka akan berdepan situasi sebegitu.
“Tapi saya fikir, mereka mungkin tak nak ada jemaah pakai baju dengan lambang bendera mana-mana negara kerana tak nak ada rusuhan atau sebarang bentuk solidariti demi menjaga kesucian Tanah Haram.
Ads
“Dalam erti kata lain, semua datang dengan tujuan beribadah saja dan mungkin itu yang mereka nak sampaikan.
“Saya pula tak ambil tahu peraturan baru kerana fikir apa saya buat itu bukan satu kesalahan jadi selepas ini kena patuh.
“Niat saya kongsi pun bukan nak burukkan kerajaan Arab Saudi kerana di sana, jemaah Malaysia dihormati sebab ada reputasi baik tapi peringatan kepada orang lain supaya tak buat perkara sama.
“Saya pun ada sahabat dari Arab Saudi yang pernah berkunjung ke Malaysia dan sudah dianggap keluarga kerana ada membantu ketika di sana,” katanya.
Makanan lelaki kena elak supaya wajah tak nampak cepat tua. Setiap lelaki pasti mahu kelihatan segak dan awet muda, tetapi tanpa sedar, ada makanan yang kita makan setiap hari sebenarnya boleh mempercepatkan proses penuaan.
Makanan Lelaki Kena Elak Supaya Wajah Tak Nampak Cepat Tua
Kulit berkedut, kusam, dan nampak lebih tua daripada usia sebenar bukan sahaja disebabkan oleh faktor umur, tetapi juga gaya hidup dan pemakanan. Jadi, kalau nak kekal muda dan tampan lebih lama, elakkan makanan-makanan ini!
1. Gula Berlebihan – Musuh Utama Kulit Lelaki
Gula bukan sahaja membuatkan perut buncit, tetapi juga mempercepatkan proses penuaan kulit. Pengambilan gula yang tinggi menyebabkan glycation, iaitu proses di mana molekul gula berlebihan melekat pada protein dalam badan, termasuk kolagen dan elastin. Hasilnya? Kulit hilang keanjalan, cepat berkedut, dan nampak lebih tua. Jadi, kalau nak kulit tegang dan sihat, kurangkan minuman manis, kuih-muih, dan makanan bergula tinggi.
2. Makanan Bergoreng – Penyumbang Kulit Kusam
Ayam goreng, kentang goreng, pisang goreng – memang sedap, tapi makanan bergoreng mengandungi lemak trans yang boleh menyebabkan keradangan dalam badan. Ini bukan sahaja membahayakan kesihatan jantung tetapi juga boleh merosakkan sel kulit, menjadikannya cepat kendur dan kusam. Kalau tak boleh tinggal terus, cuba kurangkan atau gantikan dengan makanan yang dipanggang atau dikukus.
3. Makanan Diproses – Punca Kulit Nampak Lesu
Makanan seperti sosej, nugget, daging burger, dan makanan dalam tin mengandungi bahan pengawet, garam tinggi, dan bahan kimia yang boleh memberi kesan buruk kepada kulit. Garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan kulit dehidrasi dan tampak kering, menjadikannya lebih mudah berkedut.
Burger, pizza, dan makanan segera lain bukan sahaja tinggi garam dan lemak tepu, tetapi juga mengandungi bahan tambahan yang boleh menjejaskan kesihatan kulit. Makanan ini juga meningkatkan risiko keradangan dalam badan, yang boleh mempercepatkan kemunculan kedutan dan garis halus.
5. Minuman Berkafein Berlebihan – Buat Wajah Cepat Nampak Letih
Kopi memang penyelamat pagi bagi ramai lelaki, tetapi pengambilan kafein secara berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi pada kulit. Bila kulit kurang air, ia akan kehilangan keanjalan dan nampak lebih tua. Jika anda peminat kopi tegar, pastikan minum air kosong secukupnya untuk mengimbangi kesan dehidrasi tersebut.
6. Karbohidrat Halus – Punca Kulit Hilang Seri
Nasi putih, roti putih, mi segera – semuanya mengandungi karbohidrat halus yang boleh meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat. Seperti gula, ia juga boleh merosakkan kolagen dalam kulit dan mempercepatkan penuaan. Lebih baik gantikan dengan karbohidrat kompleks seperti nasi perang, oat, dan roti gandum penuh.
Kalau nak kekal muda dan segak lebih lama, mulakan dengan menjaga pemakanan. Elakkan makanan yang boleh merosakkan kulit dan amalkan diet yang kaya dengan sayur-sayuran, buah-buahan, protein berkualiti, serta air yang mencukupi. Selain itu, pastikan juga tidur cukup, bersenam, dan kawal stres kerana semua ini turut memainkan peranan dalam mengekalkan wajah yang muda dan bertenaga.
Jadi, dah tahu makanan mana yang perlu dielakkan, kan? Jom mula jaga pemakanan supaya wajah kekal kacak dan awet muda!
Lelaki kulit gelap lebih macho dan romantik? Ini faktanya! Kalau kita perhatikan, dalam dunia fesyen, filem, dan sukan, ramai lelaki berkulit gelap yang dilihat sebagai simbol maskulin dan menawan.
Lelaki Kulit Gelap Lebih Macho & Romantik? Ini Faktanya!
Dari aktor Hollywood seperti Idris Elba hingga pemain bola sepak terkenal seperti Kylian Mbappé, mereka sering dilabel sebagai ‘macho’ dan memikat hati ramai wanita. Tapi, benarkah lelaki berkulit gelap lebih macho dan romantik?
Jom kita kupas beberapa sebab kenapa lelaki berkulit gelap sering dikaitkan dengan sifat maskulin dan romantik.
Gambar sekadar hiasan.
1. Aura Maskulin Yang Kuat
Lelaki berkulit gelap sering dikaitkan dengan imej lasak, gagah, dan penuh karisma. Warna kulit yang lebih gelap cenderung memberikan efek ‘bold’ dan menambah ciri ketegasan dalam penampilan mereka.
Kajian psikologi juga menunjukkan bahawa lelaki dengan tona kulit lebih gelap sering dipersepsikan sebagai lebih dominan dan berwibawa. Sebab itulah dalam dunia peragaan atau filem aksi, ramai lelaki berkulit gelap dipilih untuk watak-watak hero yang berani dan kuat.
2. Senyuman Mereka Lebih Menawan
Kulit gelap biasanya memberi kontras yang lebih jelas dengan gigi putih, membuatkan senyuman mereka lebih terserlah dan menawan. Ini memberi daya tarikan semula jadi yang membuatkan mereka nampak lebih charming dan memikat hati sesiapa yang melihat.
Senyuman yang ikhlas dan penuh keyakinan juga memainkan peranan besar dalam daya tarikan seseorang. Bila lelaki berkulit gelap senyum, ada aura misteri dan kehangatan yang buat orang rasa selesa dan tertarik.
Ada sesuatu tentang lelaki berkulit gelap yang buat mereka nampak lebih misteri dan menarik. Mungkin kerana imej mereka yang lebih matang dan maskulin, atau mungkin kerana cara mereka membawa diri yang lebih cool dan berkarisma.
Wanita biasanya tertarik dengan lelaki yang ada elemen kejutan, yang sukar dijangka, tetapi dalam masa yang sama penuh dengan kelembutan. Ramai yang menganggap lelaki berkulit gelap nampak garang di luar tetapi sebenarnya romantik dan penyayang di dalam.
Gambar sekadar hiasan.
4. Daya Tarikan Romantik Yang Semula Jadi
Percaya atau tidak, ramai wanita menganggap lelaki berkulit gelap lebih romantik kerana mereka nampak lebih matang, stabil, dan penyayang. Mereka ada gaya tersendiri dalam menunjukkan kasih sayang, bukan sekadar dengan kata-kata manis, tetapi melalui perbuatan.
Lelaki yang tidak terlalu ‘over’ dalam menunjukkan rasa cinta, tetapi tetap konsisten dalam perhatian dan usaha, sering dianggap lebih romantik. Wanita menghargai lelaki yang tahu menjaga hati dan tidak hanya bergantung pada ayat-ayat cinta klise semata-mata.
5. Warna Kulit Yang Menyerlahkan Gaya
Fakta yang tak boleh disangkal, lelaki berkulit gelap selalunya nampak lebih bergaya dalam apa sahaja pakaian yang mereka pakai. Warna kulit mereka memberi efek kontras yang membuatkan warna pakaian nampak lebih menonjol dan elegan.
Tak kira sama ada memakai sut hitam yang eksklusif atau sekadar t-shirt putih yang simple, lelaki berkulit gelap selalu nampak segak dan berketerampilan. Ini menambahkan lagi daya tarikan mereka di mata wanita.
Gambar sekadar hiasan.
Lelaki berkulit gelap sememangnya ada aura tersendiri yang buat mereka nampak lebih macho dan romantik. Dari sudut ketegasan, gaya, hingga cara mereka menzahirkan cinta, semuanya ada keunikan yang tersendiri.
Namun, hakikatnya, daya tarikan seseorang bukan terletak pada warna kulit semata-mata. Yang paling penting ialah bagaimana seseorang membawa diri, menunjukkan keyakinan, dan memperlakukan pasangannya dengan hormat dan kasih sayang.
Jadi, sama ada anda berkulit gelap, cerah, atau apa sahaja tona sekalipun, kunci utama untuk menjadi lelaki yang macho dan romantik tetap terletak pada sikap, keyakinan, dan keikhlasan dalam mencintai.
“Ini sangat gila. Saya akan berusia 17 tahun pada bulan hadapan. Saya rasa saya peroleh kontrak ONE Championship sebelum saya peroleh lesen memandu saya. Jadi, ini sangat gila,” demikian ucap jaguh muay thai negara, Johan Ghazali yang nyata gembira dengan kemenangannya di kejohanan One Championship Thailand.
Kejayaannya pada Jumaat lalu itu sekaligus menjadikannya atlet termuda meraih kontrak bernilai AS$100,000 (RM472,749) itu.
Video ucapan kemenangannya itu turut dimuat naik ke laman instagramnya dan laman instagram rasmi ONE Championship.
Dia yang lebih mesra dikenali sebagai Jojo itu berjaya menumpaskan lawannya, Temirlan Bekmurzaev secara knockout (KO).
Pada pusingan kedua, Jojo menumbuk deras di bahagian perut Termilan lantas menjadikan petarung dari Rusia itu gagal bangun untuk meneruskan pertarungan.
Selain itu, kemenangan itu juga melayakkan Jojo yang mewakili Rentap Muaythai Gym berpangkalan di Sarawak itu menerima bonus kemenangan 350,000 baht (RM46,500).
Sanggup Bangun Jam 6 Pagi Untuk ‘Bunuh Diri’ Di Gim
Dalam video berasingan, Jojo yang ditemani jurulatihnya Addy Singpayak memberitahu yang kesungguhan, disiplin dan tumpuan penuhnya merupakan antara faktor yang membolehkannya mengecapi kejayaan berkenaan.
“Anda boleh tanya jurulatih saya, sayalah pelatih yang paling bekerja keras. Saya berlatih lebih keras dari orang lain. Saya rasa apa yang membezakan saya dengan orang lain ialah, saya tidak perlu bertarung seperti petarung-petarung Thai. Saya pilih untuk bertarung kerana saya sukakan muay thai dan saya seronok dengan gaya hidup ini.
“Saya sanggup bangun pada jam 6 pagi dan ‘bunuh diri’ saya di gim kerana saya sukakannya. Jadi, saya rasa itulah perkara yang membezakan saya, iaitu kesanggupan melakukan perkara ini bukan kerana saya perlu lakukannya.
Kontrak ONE Championship Thailand diberikan untuk tempoh dua tahun membabitkan enam pertarungan dan jika berjaya menang dengan KO, petarung boleh menerima bonus sehingga AS$50,000 (RM233,500).
Untuk rekod, Jojo kini telah memenangi empat pertarungan, dimana dia pernah menumpaskan tiga peserta Thailand sebelum ini, iaitu Samurai Seopal, Tai Sor Jor Piek Uthai dan Padetsuk Fairtex.
Daripada empat pertarungan itu, tiga daripadanya dimenangi Jojo secara KO.
Jojo, atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar merupakan petinju Malaysia/Amerika, demikian menurut laman web ONE Championship.
Walaupun memiliki darah campuran melalui ayahnya, warga Malaysia dan ibunya yang berasal dari Amerika Syarikat, Jojo dilahirkan di Malaysia dan bersekolah di Sarawak.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.