Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebuah artikel dengan gambarnya yang mengajak orang ramai untuk membuat pelaburan.

Menegaskan perkara itu menerusi sebuah hantaran video di laman instagramnya hari ini, Nabil menjelaskan telah membuat laporan polis mengenai perkara itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

“Nak bagitahu, ini adalah satu scam yang berlaku sekarang ini dan saya telah pun membuat laporan polis kerana effect kepada nama dan kerjaya saya lah,” jelas Nabil menerusi video itu.

IKLAN

Susulan itu, Nabil menyeru kepada orang ramai yang telah terpedaya dengan artikel tersebut untuk tampil membuat laporan polis di balai berdekatan.

“Saya tahu ada ramai yang tahu benda ini scam, dan ada juga kawan-kawan yang bertanya pada saya.

IKLAN

So laporan telah dibuat untuk membersihkan nama saya balik dan selepas ini saya akan ke SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia) lah untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya.

Klip video berdurasi 57 saat tersebut telah pun meraih kira-kira 160,000 tontonan di laman Instagram dan lebih 6000 tanda suka setakat ini.

IKLAN

Ada Wajah Selebriti Lain Juga

Meninjau ke ruangan komen, ramai warga maya yang mengakui hampir terpedaya dengan artikel berkenaan.

Lebih memburukkan keadaan, ada juga beberapa warga maya yang mendakwa pernah melihat artikel yang sama namun menggunakan gambar selebriti lain seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Dato’ Siti Nurhaliza dan juga Datuk Lee Chong Wei.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI