Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-61 memutuskan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diberi pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar, demikian lapor Harian Metro.

Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri melalui satu kenyataan memaklumkan, Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028.

“…denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210,000,000 dikurangkan kepada RM50,000,000.

IKLAN

“Namun, sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi Datuk Seri Najib akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029,” tambah kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Lembaga Pengampunan memaklumkan pihaknya telah bersidang pada 29 Januari lalu dan sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Najib telah dipertimbangkan.

IKLAN
Najib Bakal Dibebaskan Awal, Denda Dikurangkan
Foto: Kenyataan Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri.

Persidangan itu dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa menjadi Yang di-Pertuan Agong.

IKLAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, semalam memaklumkan Lembaga Pengampunan dijangka membuat pengumuman rasmi berhubung permohonan Najib untuk mendapatkan pengampunan selepas disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 12 tahun.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Inc (KWAP) RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd (SRC), serta tiga pertuduhan setiap satu pelanggaran jenayah kepercayaan dan salah guna kuasa berkenaan dengan RM42 juta dana SRC.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI