Nak Badan Berotot Lebih Cepat & Cantik, Amalkan 10 Jenis Buah-Buahan Ini Setiap Hari!

Share

Setiap lelaki pasti impikan bentuk badan berotot. Jangan ingat hanya makan protein sahaja yang boleh buat badan berotot, sebenarnya pengambilan buah-buahan yang konsisten pun boleh membantu membentuk badan berotot.

Pastikan dalam setiap menu pemakanan, anda selitkan buah-buahan ini. Bukan sahaja boleh memberi kesihatan kepada tubuh badan dan mencantikkan kulit, jenis buah-buahan ini juga berupaya membantu mempercepatkan pembentukan badan berotot.

Berikut merupakan antara 10 jenis buah-buahan yang dapat membentuk badan otot dengan lebih cepat dan cantik.

BACA: Nak Nampak Macho, Lelaki Kena Ada Paha Berotot & Pejal. 5 Senaman Ini Rahsianya!

1. Kurma

Kurma sememangnya kaya dengan protein. Memandangkan ia tidak mengandungi lemak, maka buah kurma sangat sesuai dimakan bagi anda yang ingin membentuk otot.

2. Jambu

Buah yang memiliki kandungan air yang banyak ini kaya dengan protein. Sama seperti kurma, buah jambu juga tidak mempunyai banyak lemak, selain memiliki zat pembersihan yang hebat. Sesuai dimakan setelah anda melakukan latihan membentuk otot.

3. Kiwi

Beberapa pakar dunia fitnes mengatakan, kiwi kaya dengan kandungan vitamin C yang dapat membakar lemak lebih banyak sekali gus mengubahnya menjadi otot. Jadi pastikan anda masukkan buah kiwi dalam menu anda setiap hari.

4. Plum

Plum dapat meningkatkan stamina pada tubuh dan menyihatkan peningkatan gula dalam darah. Buah ini memiliki banyak serat. Paling penting, ia dapat membantu proses pembentukan otot di dalam tubuh.

BACA: Wajib Ambil 5 ‘Superfood’ Ini Kalau Nak Bina Perut Berotot Yang Digilai Wanita!

5. Pisang

Pisang terkenal sebagai buah yang baik untuk melancarkan sistem pencernaan. Ia mengandungi enzim penting dikenali sebagai Bromelain yang berfungsi untuk meningkatkan kadar testosteron. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi pertumbuhan otot dan membentuk otot tubuh dengan baik. Jadi tidak hairanlah kita lihat ramai atlet mengamalkan pemakanan pisang ketika berolahraga.

6. Avocado

Buah avocado merupakan buah-buahan yang memiliki kandungan lemak sihat. Sememangnya buah ini sangat jarang diambil sedangkan ia membantu membentuk otot tubuh.

7. Beri Biru

Flavonoid yang digelar anthocyanin merupakan antioksidan yang cukup berkuasa untuk membasmi kanser, sakit jantung dan keradangan. Percaya atau tidak beri biru yang sejuk beku memiliki lebih dari dua kali ganda kadar anthocyanin dan ia boleh membantu anda mendapat berat yang seimbang.

8. Epal Merah

Flavonoid polimer yang terkandung di dalam epal merah memiliki enzim yang boleh memecahkan gula ringkas. Daripada menyimpannya di dalam badan sebagai lemak, ia akan dibuang terus dari sistem. Pectin, salah satu bentuk fiber yang ada di dalam epal juga boleh membantu menurunkan tahap lemak yang berada di dalam darah.

BACA: Orang Kurus Pun Boleh Bina Otot. Caranya, Buat 3 Senaman Efektif & Selamat Ini!

9. Buah Pir

Buah pir juga mengandungi sumber pectin yang cukup baik, kaya dengan flavonol dan flavan-3-ols yang membantu mengawal peningkatan berat badan dan diabetes tahap 2. Memakan buah pir dapat memberi anda suku daripada keperluan fiber harian anda. Ini boleh menolong anda menurunkan berat badan dengan lebih berkesan.

10. Strawberi

Buah strawberi memiliki lebih daripada satu sumber antioksidan, selain mempunyai khasiat dari anthocyanin dan juga flavonol. Kajian membuktikan pengambilan strawberi boleh mengurangkan keradangan dan kenaikan gula dalam darah yang disebabkan oleh pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat.

IKLAN