Kepada individu yang mahu membeli rumah, jangan risau. Sekarang ni banyak SKIM perumahan yang kerajaan berikan kepada belia.

Terbaharu Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah berkolaborasi dengan beberapa agensi serta institusi kewangan yang lain sebagai hasrat untuk meningkatkan akses pemilikan rumah di kalangan belia menerusi beberapa pelan dan jalinan kolaborasi strategik.

Nak Beli Rumah Tapi Tak Mampu? Cuba Skim Perumahan Belia Ni Dulu!

Semua ini untuk membantu belia mampu memiliki tempat perlindungan walaupun berpendapatan sederhana.

IKLAN

Menerusi Facebook KPKT, Skim Perumahan Belia dikendalikan oleh BSN Malaysia mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021 menawarkan jaminan pinjaman 10 peratus melalui Cagamas untuk membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh dan bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan untuk dua tahun pertama, terhad kepada 10,000 unit rumah.

Ini adalah syarat kelayakan untuk memohon Skim Perumahan Belia (SPB)

IKLAN

– Pembelian untuk rumah pertama sahaja

– Terbuka untu belia yang sudah berkhawin berusia 25 hingga 40 tahun

IKLAN

– Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 10,000 sebulan

– Bantuan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM200 untuk 2 tahun pertama

– Dokumen pembiayaan diberi pengecualian duit setem sebanyak 50%

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI