
Nak membeli rumah bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh dan ringan. Lagi-lagi bila anda adalah peniaga kecil atau yang ada bisnes kecil-kecilan ni.
Menurut Azrul Izzaham seorang ushawan muda yang sentiasa post tentang pengurusan cukai hasil bisnes di Twitter memberitahu ramai kenalannya mengalami nasib yang sama seperti kes ini.
Katanya mereka pergi ke bank untuk membuat pemohonan loan rumah, tetapi permintaan mereka ditolak kerana tidak declare income tax.
Tambahnya lagi, keadaan ini akan menyukarkan lagi pemohonan membuat loan rumah. Namun jangan terus bersedih, lelaki ini ajar cara-cara untuk dapatkan loan dengan cara yang mudah.
Daftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), RM60 setahun sahaja…

Setempatkan dokumen yang melibatkan perniagaan

Ambil peduli tentang akaun perniagaan & fahami formula ‘Jualan – Kos – belanja = Untung’

Isilah boring B, boring cukai individu yang ada bisnes dan hantar selewat-lewatnya sebelum 30 June setiap tahun

Bawa borang yang di isi tadi ke bank dan mohonlah beli rumah

Jangan lupa, standby dokumen lain seperti bank statement selama 6 bulan, SSM – Pendaftaran Niaga, statement saving akaun yang lain untuk buktikan anda ada support income

Sumber : QuantaMax (Azrul Izzaham)
Kalau Nak Kurus, Jangan Takut Makan Banyak

Apabila anda sedang berdiet dan berniat untuk kurus, anda pasti akan makan makanan yang berkualiti dengan kuantiti yang diperlukan untuk makanan harian anda kan?
Adakalanya anda akan makan sedikit berikutan daripada mindset makan sikit, cepat kurus. Tetapi menurut kajian baru dari Penn State University, mereka yang makan makanan sihat dengan banyak akan lebih berjaya menurunkan berat badan berbanding mereka yang makan sikit.
Menurut artikel Men’s Health, kajian telah dibuat kepada kira-kira 100 orang, dua kumpulan salah satu daripadanya maklum akan cara untuk menurunkan berat badan dan mereka ada pengetahuan tentang makanan sihat.
Baca: 10 Makanan Yang Anda Boleh Makan Sampai Kenyang Tapi Berat Badan Tak Naik!
Mereka hadir ke makmal sekali seminggu selama empat minggu untuk makan tengah hari. Makanan mereka terdiri daripada tujuh makanan dengan pelbagai kalori yang berbeza, dan saiz portion mereka dihidangkan bervariasi setiap minggu.
Penyelidik mendapati bahawa kedua-dua kumpulan makan lebih banyak makanan apabila pinggan mereka mengandungi lebih banyak makanan, kata kata salah seorang pelajar jabatan sains pemakanan Penn State iaitu Faris Zuraikat.
Ini menghairankan, kerana walaupun kumpulan yang terlatih sepatutnya makan kurang, mereka tidak dapat menahan jumlah makanan yang diletakkan di hadapan mereka. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam jumlah makanan yang kedua-dua kumpulan makan.
Terdapat lapisan perak, walaupun, katanya. “Mereka yang dilatih dalam saiz portion masih makan kurang kalori berbanding dengan kawalan,” jelas Zurikian. “Dan mereka tidak makan dengan kurang, tetapi dengan makan lebih banyak makanan berkalori rendah dan kurang makanan padat kalori yang tinggi.”
Kajian ini tidak boleh menentukan sama ada mereka-mereka ini boleh menurunkan berat badan ataupun tidak. Walaubagaimanapun, kajian sebelum ini ada mengatakan bahawa makan makanan kurang kalori tapi dengan kuantiti yang banyak boleh mengurangkan berat badan. Makanan berkalori rendah seperti sayur-sayuran boleh membantu seseorang untuk kurang berasa lapar.
Itu kerana mesej “makan lebih banyak” mungkin merupakan pendekatan yang lebih baik apabila ia berkaitan dengan penurunan berat badan. Kajian mendapati bahawa seseorang yang mempunyai kecenderungan untuk makan berat atau makanan yang sangat konsisten, tapi tapi bijak memilih makanan yang rendah kalori.
Sekiranya anda dapat mengurangkan pengambilan kalori dengan memakan makanan yang memuaskan, anda masih boleh menurunkan berat badan dan kurus. Lelaki benar-benar suka pendekatan ini. Ini kerana lelaki mempunyai kecenderungan untuk makan dengan lebih banyak.
Anda tidak perlu ke kelas untuk tahu tentang semua ini. Perkara yang paling mudah yang boleh anda lakukan ialah membuat perubahan kecil yang menambah perbezaan besar dalam pengambilan kalori harian anda.
Sebagai contoh, ambil sandwic. Pilih roti bijirin untuk lebih banyak serat, elak sos-sos yang mengarut. Anda akan makan jumlah makanan yang sama, tetapi mengambil lebih sedikit kalori tanpa menyedari.
Ikuti Maskulin di Facebook dan Instagram untuk dapatkan update terkini tentang lelaki.
Teknik ‘Iron’ Baju Kemeja Dengan Betul & Cepat

Jika anda seseorang yang selalu seterika atau ‘iron’ baju sendiri itu bermakna anda seorang lelaki yang hebat. Apatah lagi jika anda melakukannya dengan teknik yang betul dan baik.
Suatu ketika dahulu menyeterika baju merupakan perkara rutin yang perlu dilakukan setiap hari terutamanya di kalangan lelaki yang bekerja dalam bidang profesional atau eksekutif.
Rutin harian itu kini seakan hilang dengan munculnya baju kemeja dan pakaian yang diperbuat daripada kain tidak kedut seperti polyester.

Namun sejak kebelakangan ini penggunaan fabrik tradisional menjadi trend dan semakin digemari. Selain faktor penampilannya yang lebih menarik ia juga selesa dipakai. Cuma ia perlu diseterika dengan baik sebelum dipakai.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi cara menyeterika baju kemeja dengan cara terbaik dan cepat. Ikuti beberapa langkah mudah di bawah.
PAPAN SETERIKA
MemiliH papan seterika atau iron board yang sesuai memainkan peranan penting bagi memastikan proses menyeterika dilakukan dengan baik. Namun ada satu perkara anda harus sentiasa ingat, jangan sesekali tinggalkan seterika di atasnya dalam masa yang lama. Ini dikhuatiri anda terlupa mematikan suis seterika.
SEMBURAN AIR
Gunakan botol semburan yang boleh dibeli di kedai serbaneka. Lakukan semburan di atas baju dan biarkan selama seminit. Untuk kedut yang lebih degil anda oleh lakukan semburan tambahan. Sesetengah seterika dilengkapi sistem steam namun bagi seterika tradisional anda perlu lakukan sendiri.

LENGAN DAN KOLAR BAJU
Sebelum menyeterika bahagian lengan baju pastikan butang dibuka terlebih dahulu. Ia perlu diseterika tanpa terkena bahagian butang yang kebanyakannya diperbuat daripada material tidak tahan haba panas. Untuk menggosok bahagian butang ini terbalikkan baju di dalam. Di bahagian kolar perlu seterika bahagian dalam terlebih dahulu.
SETERIKA BAHAGIAN ‘YOKE’
‘Yoke’ merupakan bahagian yang terletak di atas bahu yang membentuk seperti segi tiga. Pastikan ia digosok dengan baik. Untuk lebih senang gosoknya di bahagian paling tirus papan seterika.
BUKA SEMUA BUTANG
Untuk menyeterika bahagian utama baju pastikan anda membuka semua butang terlebih dahulu. Letakkan baju dengan bahagian butang di bahagian atas. Gosok dari atas ke bawah dan gerakkan seterika melalui kawasan butang. Tapi elakkan ia daripada terkena bahagian butang.
BAHAGIAN BELAKANG
Habiskan proses menyeterika baju anda dengan bahagian belakang. Hilangkan segala kesan kedut dengan melakukan gosokann dari atas ke bawah. Jika perlu, lakukan semburan air tambahan untuk membantu anda mendapatkan hasil lebih memuaskan.
Selamat mencuba teknik menyeterika baju yang kami kongsi kali ini!
Jika anda ingin mencari seterika hebat pada harga yang menarik boleh dapatkannya di sini.
Lelaki Tetak & Campak Anak Dari Tingkat 4 Selepas Dengar ‘Suara Ghaib’

Bagaikan perumpamaan harapkan pagar pagar makan padi itulah yang terjadi pada nasib seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut ditetak dikepala dan tangan dengan parang oleh bapa kandungnya sendiri.
Kejadian yang berlaku di kediaman mereka di tingkat 4 Blok 11A Flat Puchong Permai, Subang Jaya, kanak-kanak itu yang sedang tidur di atas tilam di bahagian ruang tamu, ditetak suspek berusia 35 tahun sebanyak tiga kali dengan parang.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kejadian itu disedari oleh seorang penduduk yang menyangka kanak-kanak itu terjatuh dari tingkat 4 dan memaklumkan perkara itu kepada polis pada jam 5.45 petang.
“Selepas membunuh mangsa, suspek dikatakan meletakkan mayat anaknya itu di luar pintu rumah sebelum dia mengurungkan diri di dalam.
“Polis yang menjalankan siasatan mendapati mangsa sebenarnya mangsa pembunuhan selepas menemui kesan tetakan pada kepala dan pergelangan tangan kanannya,” katanya.
Ketika disoal siasat, suspek mengaku telah membunuh anaknya selepas mendakwa terdengar suara ghaib yang memintanya bertindak demikian.
Menurut Sinar Harian hanya bapa mangsa yang bekerja sebagai anggota Rela berusia 35 tahun berada di rumah ketika kejadian. Beliau berkata, pihak polis pada awalnya menerima panggilan orang awam mendakwa terdapat seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat empat pangsapuri kos rendah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.
Lebih menyedihkan, si bapa pula katanya peminum air ketum tegar dan ada rekod lampau tersabit kes dadah. Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Syabu. Suspek kemudian ditahan di tempat kejadian dan parang dipercayai digunakan dalam kejadian ini juga ditemui dalam rumah.
Polis kini sedang menjalankan siasatan dan kes ini disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dadah membawa padah bukan saja pada diri si penagih namun pada keluarga dan negara. Jauhi dadah jika ingin hidup bahagia dan sejahtera. Semoga keluarga mangsa terutamanya si ibu tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah