Telur merupakan antara menu sarapan sihat yang menjadi kegemaran ramai terutamanya buat mereka yang mengamalkan diet.

Ia juga menjadi pilihan terbaik kerana telur tergolong antara sumber makanan yang kaya dengan protein.

Bukan itu sahaja, telur juga mudah disediakan sama ada dibuat telur separuh masak, telur goreng, telur rebus, telur hancur dan sebagainya.

Namun dalam kesemua cara ini, sebenarnya ada cara terbaik yang boleh anda buat jika ingin mendapatkan nutrisi yang lebih tinggi ketika bersarapan dengan telur.

Caranya, boleh anda ikuti menerusi perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad.

BAGAIMANA CARA TERBAIK MENYEDIAKAN TELUR UNTUK BERSARAPAN

Tuan Puan bersarapan apa pagi ini? Kurangkan karbohidrat dan tambahkan sedikit protein seperti telur dalam hidangan.

Bagi mereka yang sihat, mengikut panduan yang diberikan, boleh ambil sebiji setiap hari. Sementara yang ada masalah kesihatan (metabolic disease) boleh ambil sebiji berselang hari.

IKLAN

Namun apa yang penting sebenarnya bukanlah jumlah yang diambil. Tetapi aktiviti yang dilakukan sepanjang hari. Mereka yang aktif dan menggunakan banyak tenaga, sudah tentu tiada masalah dengan pengambilan telur.

Kuning telur yang masih cair miliki kadar nutrisi yang lebih tinggi

Nak Dapatkan Nutrisi Yang Lebih Tinggi, Ini Cara Terbaik Untuk Anda Sediakan Telur Ketika Bersarapan!

Dalam satu kajian yang dilakukan di Australia, telur yang masak beberapa minit tanpa haba yang kuat, sehingga kuning telur yang dimasak itu masih berbentuk cecair mempunyai kadar nutrisi yang lebih tinggi berbanding dengan telur yang dimasak keras.

Tidak kira, sama ada telur itu direbus, dikukus, digoreng atau didadarkan, telur yang masih cair, sebenarnya lebih sedap, terutama jika dicampurkan dengan lada hitam atau pada putih, dgn sedikit garam (atau sos soya masin) dan bernutrisi tinggi.

Di Malaysia telur sebegini dikenali sbg telur separuh masak.

IKLAN

Kuning telur mengandungi zat besi, zink, vitamin B6, folate, vitamin B12 dan kalsium yang tinggi.

Ada sejenis antioksida yang tinggi di dalam telur, iaitu *lutein* dan *zeaxanthin* yang bagus untuk kesihatan mata dan otak.

Kebanyakan antioksida ini akan musnah jika dimasak menggunakan haba yang tinggi, terutama ketika digoreng dan direbus.

IKLAN

Dalam kajian itu menyebut, sebanyak 17 peratus lutein dan 19 peratus zeaxanthin akan hilang.

Cara terbaik sarapan dengan telur

Jadi cara terbaik, cari telur yang berkualiti, bersihkan sebelum digoreng atau direbus. Gunakan haba yang sederhana atau panaskan dalam jangkamasa yang pendek bagi memastikan kita tidak kehilangan nutrisi dalam telur. Pastikan telur masih lagi “separuh masak”.

Jika mahu mengambil telur sebagai “suku masak”, pastikan telur tidak rosak dan telah dibersihkan bagi menjamin tiada kuman yang berada dalam telur yang dimasak.

Telur separuh masak juga sedap diambil bersama madu. Tidak hairanlah orang lama mengambil telur dan madu sebelum berjimak bersama isteri. Gabungan telur dan madu, bukan saja memberikan tenaga, tetapi juga memperelokkan benih (sperma dan ovum) dalam jangka masa yang panjang.

Untuk anak-anak yang aktif dan pintar juga digalakkan mengambil telur dan madu.

#HealthDrZubaidi

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI