Menggunakan pemberat boleh memberikan hasil yang lebih cepat kepada tubuh badan untuk dibentuk mengikut selera masing-masing.
Dalam erti kata lain, ia memerlukan tenaga dan kekuatan dua kali ganda untuk memastikan rutin ini berjaya.
Namun diingatkan, sebaik sahaja mendapat tubuh yang ideal menerusi latihan bersama pemberat, anda tidak digalakkan untuk meninggalkan latihan.
Ini kerana badan anda boleh ‘jatuh’ dan sukar untuk naik semula nanti. Apa-apa pun, jom layan entri ini untuk ketahui apakah gerakan yang dimaksudkan Maskulin :
1. Barbell squat
2. Dumbbel lunges
Ads
3. Barbell deadlift
4. Seated barbell military press
Ads
5. Dips-chest version
6. Close-grip barbell bench press
Ads
7. Pullups
8. Barbell bench press medium grip
9. Pushups
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila anda ke supermarket bahagian manakah yang paling digemari? MASKULIN yakin ramai yang akan memiliki seksyen makanan dan minuman ringan.
Kerana di sinilah terdapat pelbagai jenis makanan berperisa yang muncul dalam bermacam bentuk dan saiz. Makanan ringan atau junk food kini telah menjadi satu budaya hidup yang normal di kalangan kita.
Tapi tahukah anda makanan yang sangat kurang faedahnya kepada kita mengandungi pelbagai bahan bahaya. Makanan ringan sentiasa menjadi pilihan ramai orang yang dimakan ketika sedang menonton televiyen, berparti atau ketika berdepan stres.
Kerepek kentang, coklat bar, gula-gula dan bermacam junk food pasti menjadi stok sentiasa ada di rumah. Bila sudah mmakan banyak barulah timbul rasa penyesalan. Selain menahan diri dengan disiplin tinggi sebenarnya terdapat beberapa tip boleh anda amalkan untuk elak keinginan makan junk food.
Berjalan mampu membuat anda melawan keinginan terhadap makanan ringan. Melakukan senaman ringan seperti berjalan mampu mengeluarkan endorfin yang akan merangsang otak jadi lebih tenang. Udara segar juga boleh merendahkan rasa stres. Malah jika anda berjalan 15 minit keinginan makan makanan bergula juga akan turun.
Seorang pakar psikologi dari Amerika Syarikat, Susan Albers mengamalkan tips ini apabila dia berdepan keinginan makanan ringan dan bergula. Dia akan minum air panas yang dicampur dengan madu dan serbuk kayu manis. Tahukah anda bahawa serbuk kayu manis telah terbukti mampu mengembalikan paras normal serbuk kayu manis.
Jika anda betul-betul teringin makan sesuatu yang ringan pilihlah makanan mengandungi lemak sihat, protein dan serat. Antara makanan sihat yang boleh anda ambil ialah avokado. Keinginan terhadap junk food pasti boleh dilawan.
Ketahuilah makan tak boleh buat masalah anda berperangai buruk. Untuk mengelakkan ia berlarutan jadi masalah anda perlu melakukan aktiviti tertentu. Sekurang-kurangnya anda boleh elak daripada makan junk food yang hanya boleh beri kesan lebih teruk kepada badan. Lakukan aktiviti lain yang boleh buat minda anda alih perhatian daripada makan.
Antara tip terbaik ialah anda harus tahu akan kesan jangka masa panjang pengambilan junk food terhadap kesihatan diri sendiri. Jika ada kesedaran ini, anda pasti tak akan makan junk food bila stres ataupun tidak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai yang tahu senaman plank memang banyak kebaikan terutamanya untuk anda yang ingin mendapatkan perut rata, selain membaiki postur tubuh badan.
Posisinya seakan-akan sama dengan senaman tekan tubi, cuma yang berbeza senaman plank memerlukan anda untuk menahan posisi selama beberapa minit bagi menumpukan tubuh pada telapak tangan dan hujung kaki.
Ramai yang ingin tahu berapa lama sebenarnya masa yang harus anda ambil untuk menahan posisi ketika melakukan senaman plank.
Mungkin selama ini anda pernah mendengar, lagi lama anda mampu bertahan untuk posisi plank, maka hasilnya adalah lebih baik. Hakikatnya perkara itu adalah tidak benar.
Menurut Profesor Stuart McGill dari University of Waterloo, Kanada, “semakin lama” itu tidak bererti “semakin baik”.
Jadi untuk mendapatkan manfaatnya, cukup dengan menahan posisi plank selama 10 kiraan dan elak menahan posisi plank dalam tempoh yang lama.
Ujar McGill lagi, seseorang mampu untuk memiliki otot perut yang kuat dengan melakukan gerakan plank selama 10 kiraan. Apabila 10 kiraan ditahan, berehat seketika lalu teruskan menahan posisi plank selama 10 kiraan lagi dan lakukan selama beberapa kali.
Dengan senaman plank seperti ini, risiko kecederaan boleh dikurangkan. Bagi anda yang sudah lanjut usia ataupun mempunyai masalah pada bahagian punggung, jangan memaksa diri untuk menahan posisi plank begitu lama.
Saat anda menahan posisi plank, otot-otot anda akan terasa sakit antaranya otot perut akan rasa tertarik dan menambah bebanan tekanan pada bahagian punggung.
Begitu juga buat anda yang masih muda, tidak disarankan untuk menahan plank terlalu lama. Menurut McGill, senaman plank yang terlalu lama tidak akan memberi banyak manfaat.
Sekalipun anda menahan plank selama 1 minit, sebaiknya kena ada rehat di antara senaman tersebut.
Pendapat yang sama juga diutarakan oleh seorang fisioterapi Inggeris bernama Tim Allardyuce.
Menurutnya, orang gemuk sebaiknya tidak menahan tubuh dengan hujung kaki sebaliknya menahan posisi plank menggunakan lutut. Cara ini adalah lebih selamat untuk mengelakkan bahagian punggung anda tercedera.
Manakala bagi yang mempunyai hipertensi, anda harus lebih berhati-hati ketika melakukan senaman plank.
Ini kerana, posisi menahan gerakan plank ini mampu menambah tekanan di bahagian perut yang dapat menyebabkan kenaikan tekanan darah secara tiba-tiba. Kalau dibiarkan berterusan, boleh membahayakan jantung.
Jadi, sebaiknya anda tidak perlu memaksa diri untuk menahan posisi plank dalam waktu yang lama jika anda tidak mampu. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai penyakit tertentu, anda harus lebih berhati-hati.
Sebaiknya lakukan senaman plank dengan pengawasan jurulatih yang berpengalaman.
Bagi yang baru memulakan senaman plank, cuba tahan dalam waktu singkat misalnya 5 kiraan.
Biasakan diri untuk menahan dalam 5 kiraan untuk kali pertama. Setiap kali selesai menahannya, rehat dahulu sekitar 5 kiraan.
Kemudian, teruskan lagi posisi dalam 5 kiraan. Ini meliputi 1 set. Cuba selesaikan 3-6 set dalam 1 kali sesi senaman.
Jika anda sudah biasa dengan posisi ini, tambahkan senaman plank menjadi 10 kiraan untuk minggu berikutnya. Terus menambah durasinya seiring dengan waktu secara berperingkat.
Selain durasi, perhatikan juga teknik dasarnya untuk anda mendapatkan manfaat senaman plank yang lebih optimum.
1. Letakkan siku di atas lantai, manakala pergelangan tangan di depan sejajar dengan siku.
2. Dengan menggunakan tangan, angkat tubuh ke atas dengan posisi leher lurus.
3. Posisi kaki pula lurus ke belakang. Cuma hujung kaki sahaja menyentuh lantai.
4. Pastikan badan lurus dan tahan otot perut.
5. Tahan posisi ini sambil terus bernafas.
6. Lakukan sesuai dengan kemampuan anda.
7. Selain posisi biasa ini, anda juga boleh menambahkan posisi senaman plank yang lain.
Tidak dinafikan seluar jean dengan gaya potongan skinny atau ketat sememangnya agak popular di kalangan lelaki.
Ini terutamanya buat mereka yang memiliki badan yang kurus. Besar kemungkinan inilah jenis potongan yang popular di dalam koleksi anda.
Walaupun trend ini dilihat sedikit menurun tapi masih ramai lagi golongan lelaki yang menggayakan seluar ketat ini.
Jika anda ke gedung membeli-belah atau jenama pakaian lelaki terkenal, seluar jenis cutting ketat ini masih lagi banyak ditawarkan kepada pengguna.
Pelbagai jenis material atau bahan kain turut diperkenalkan seperti denim, stretch denim dan juga cotton.
Namun, tanpa sedar pemakaian seluar ketat terutama daripada fabrik jean atau denim mengundang bahaya kepada si pemakai sama ada lelaki mahupun wanita.Memang, sebelum ini golongan lelaki lebih sering dikaitkan dengan isu ini ekoran boleh menyebabkan kemandulan.
Hakikatnya, pemakaian seluar denim tidak dilihat memberi kemudaratan kepada pemakai selagi mereka berasa selesa, tidak ketat dan tidak mengehadkan pergerakan, namun jika sebaliknya, ada risiko yang mereka bakal berdepan.
Pemakaian seluar yang ketat dan tidak fleksibel dalam jangka masa yang lama dan secara berterusan akan menghalang pergerakan serta boleh menimbulkan masalah kesihatan.
Terdapat kajian terdahulu tentang pemakaian seluar yang ketat yang boleh menyebabkan kaki berasa kebas pada paha atau lebih dikenali sebagai meralgia paresthetica yang didakwa sering berlaku dalam kalangan pemain bola sepak.
Pun begitu, keadaan tersebut berlaku bukanlah dirujuk kepada spesifikasi kepada pemakaian seluar denim yang ketat semata-mata tetapi juga kepada pemakaian pakaian yang ketat pelbagai jenis fabrik dan tidak fleksibel di bahagian pinggang.
Pada peringkat awal, mungkin seseorang itu hanya akan mendapat simptom seperti yang dinyatakan di atas untuk sementara sahaja pada bahagian lateral atau tepi paha.
Ini adalah kesan secara tidak langsung yang berlaku kepada pesakit apabila mereka cuba mengubahsuai pergerakan aktiviti harian semata-mata untuk mengurangkan simptom awal yang dialaminya.
Biarpun pemakaian seluar ketat hanyalah salah satu faktor penggalak kepada masalah jika berlaku kecederaan saraf, namun perkara itu tidak boleh diambil mudah ekoran keadaan itu secara tidak langsung mengubah cara seseorang itu melakukan aktiviti harian daripada cara yang normal kepada yang tidak normal.
Walau bagaimanapun, itu hanyalah antara faktor dan masih terdapat faktor yang lain seperti genetik atau struktur anatomi tubuh manusia yang perlu diambil kira sekiranya kecederaan pada saraf tersebut berlaku.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.