Menunaikan nafkah adalah kewajipan yang mesti dipenuhi oleh suami kepada isteri. Walaupun jumlahnya mungkin tidak banyak, yang utama adalah kesanggupan suami untuk memenuhi tanggungjawab terhadap isteri dengan sempurna.
Pemberian nafkah itu wajib buat isteri. Walaupun nilainya sedikit tetapi apa yang penting dapat melunaskan tanggungjawab kepada isteri.
Jangan nanti rezeki asyik tak cukup disebabkan berhutang nafkah dengan isteri.
Benda paling suami terlepas pandang. HUTANG NAFKAH. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pun tak cukup? Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa?
Hati kusut. Tanya isteri anda, tanya dari hati ke hati. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri. Tanya isteri,adakah dia betul2 halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu?
Percayalah, isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati. Kedua sebab nak elakkan pergaduhan. JANGAN KEDEKUT dengan isteri.
Ads
Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri. Perasan tak?? Makan isteri berkira,sampai isteri kena keluarkan duit sendiri. Dalam tak sedar,kita suami dah BERHUTANG dengan isteri.
Isteri memang jenis tak berkira, tapi jangan ambil kesempatan.
Kite tengok isteri tak kisah,kita tahu ke dalam hati dia?
Mak Ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam diorang jaga. Bukan kamu kerah tenaga dia macam BABU. Bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang,malam 24jam tanpa rehat.
Ads
Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu,kamu nak dia jaga. Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak2 dia akan bagi tak kahwin?
Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul. Atas dunia boleh kite ngelat,tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok2.
Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin..
Ads
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Nama Ryan Bakery sememangnya tidak asing lagi dalam dunia hiburan digital Malaysia. Dengan kejayaan mencipta kandungan parodi yang dekat di hati rakyat Malaysia, Ryan sekali lagi membuktikan pengaruh dan kreativiti luar biasanya apabila berjaya merangkul trofi bagi kategori Digital Content Creator (Entertainment) Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024.
Majlis anugerah berprestij itu berlangsung dengan meriah di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada Ahad yang lalu.
Kemenangan ini bukan sekadar pengiktirafan biasa, malah ia membuktikan bahawa karya Ryan sentiasa dekat di hati penonton.
Video parodinya yang mencuit hati berjaya meraih undian sebanyak 30.48 peratus, sekali gus menewaskan pencabar lain seperti Kasih Leona Iris, Acap S, Shah Zakaria, dan Steph Beauty.
Kejayaan ini sekaligus mengekalkan momentum Ryan sebagai antara pencipta kandungan digital paling berpengaruh di Malaysia.
Ketika ditemui MASKULIN selepas kemenangannya, Ryan Bakery menegaskan bahawa dia akan terus berkarya demi memastikan para peminat dan pengikutnya sentiasa terhibur dengan kandungan yang segar dan berkualiti.
“Saya akan terus hasilkan kandungan yang lebih banyak dan menarik tahun ini. Saya mahu terus menghiburkan peminat dan memberikan sesuatu yang baharu buat mereka,” katanya penuh semangat.
Sebagai pencipta kandungan yang terkenal dengan parodi zaman persekolahan, Ryan turut berkongsi visinya untuk meneroka sisi kreatif yang lebih luas dalam dunia seni digital. Tahun ini, dia bersedia untuk membawa kelainan dalam penghasilan kandungannya.
Antara kejutan yang disediakan oleh Ryan untuk peminatnya adalah penerbitan sebuah filem pendek khas sempena Syawal yang akan datang.
“Saya akan hasilkan filem raya sendiri. Segala idea dan arahan pun saya buat sendiri. Produksi pun sudah siap, hanya tinggal proses penggambaran sahaja. Saya harap peminat saya dapat melihat sisi lain daripada diri saya,” ujar Ryan.
Menurutnya, filem pendek tersebut akan ditayangkan di saluran YouTube peribadinya, dan lebih menarik, ia akan menampilkan beberapa pelakon veteran terkenal.
Ryan juga menambah bahawa filem pendek ini tidak terlalu panjang atau terlalu pendek, namun cukup untuk memberikan impak kepada penonton.
“Saya nak tonjolkan kelainan dalam karya saya. Saya mahu mencuba watak yang lebih serius, sesuatu yang mungkin berbeza daripada kandungan biasa saya sebelum ini. Ini adalah peluang untuk saya menunjukkan bakat saya dengan lebih luas,” jelasnya lagi.
Ryan menegaskan bahawa filem pendek ini adalah hasil usaha dan modal sendiri. Dari skrip, pengarahan, hingga ke penerbitan, semuanya dilakukan olehnya tanpa melibatkan pihak luar.
Keputusan ini jelas menunjukkan kesungguhan serta dedikasi Ryan dalam berkarya, bukan sekadar untuk hiburan, tetapi juga untuk memberikan nilai tambah kepada masyarakat digital.
Kemenangan Ryan di Gempak Most Wanted Awards 2024 ini bukan sahaja membuktikan kekuatan pengaruhnya dalam dunia digital, tetapi juga membuka lebih banyak peluang untuknya terus berkembang sebagai seorang pengkarya serba boleh.
Bersempena dengan edisi ketiga Green Carpet Fashion Awards yang berlangsung pada 23 September 2019 di Teatro alla Scala, pereka fesyen terkenal Ermenegildo Zegna telah menerima anugerah CNMI Award in Recognition for Sustainability.
Pernghargaan yang cukup berprestij itu diberikan kerana komitmen yang berpanjangan serta sumbangan besarnya terhadap membentuk kelestarian dalam sistem industri fesyen.
Anugerah ini juga merupakan mengangkat martabat Zegna yang memperkenalkan kempen projek #USETHEEXISTING di bawah selian arahan seni Alessandro Sartori.
#USETHEEXISTING yang dilancarkan oleh Zegna merupakan sebahagian daripada kempen Zegna XXX Winter 2019 Show dan ia dipanjangkan sehingga ke Summer 2020 Show.
Kempen tersebut menyaksikan Zegna menyeru penggiat fesyen untuk menggunakan sumber kain kapas dan fabrik teknikal yang sedia ada. Ini dapat dilaksanakan dengan menggunakan proses inovatif dan kitar semula terutamanya bahan daripada botol plastik dan fiber buluh.
“Sejak dari dulu perniagaan keluarga kami teah didorong oleh pendekatan kelestarian alam dan memberikan komitmen sepenuhnya terhadap komuniti.
“Misi global Zegna telah diinpirasikan selari dengan visi jenama Zegna yang memahami betapa pentingnya untuk kita menjaga, menghormati dan memulihara alam sekitar,” jelas Ermenegildo Zegna selaku CEO Ermenegildo Zegna Group.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki yang handal di dapur ini dan bergelar chef selebriti tersohor ini dengan karakternya yang garang, tegas dan perfectionist.
Tersenarai antara chef terbaik di dunia, anak kelahiran Scotland kini mempunyai 35 buah restoran di seluruh pelosok dunia – dari selatan New Zealand sehingga di kawasan pergunungan Maghribi. Restoran paling terkenal adalah di London, yang dinamakan Restoran Gordon Ramsay dan telah dianugerahkan tiga Bintang Michelin sejak 2001.
Malah beliau juga selalu hadir dalam program TV antara yang popular ialah Kitchen Nightmares, Hell’s Kitchen, MasterChef, dan The F Word.
Sepanjang kariernya, lelaki berusia 56 tahun ini telah memenangi berpuluh-puluh bintang Michelin sehingga layak digelar antara chef terbaik dunia.
Celebrity Net Worth mendedahkan kekayaan Ramsay kini melebihi 220 juta Dolar AS, sementara gaji tahunannya pula lebih AS$60 juta! Bukan saja jutawan, Ramsay juga chef kedua terkaya di dunia selepas Jamie Oliver.
Berikut 5 info menarik mengenai Chef Gordon Ramsay: –
GAGAL JADI PEMAIN BOLA SEPAK
Ramsay pernah menetap di England pada usia lima tahun, membesar di sana dan pernah berimpian untuk menjadi pemain bola sepak.
Rupa-rupanya sejak kecil lagi Ramsay sudah ‘jatuh cinta’ dengan dunia bola sepak sehinggalah dia mendaftar di sebuah kelab bola sepak terkenal di bandar tempatnya tinggal antaranya Oxford United, Glasgow Rangers dan Warwickshire.
Suatu hari Ramsay mengalami kecederaan kaki yang serius. Akibatnya, Ramsay terpaksa menguburkan impiannya untuk bergelar atlet bola sepak.
DARI PENGURUSAN HOTEL KE INDUSTRI MAKANAN
Selepas tamat belajar dalam bidang pengurusan hotel, Ramsay menceburi bidang kulinari. Pada tahun 1987, Ramsay berjaya memperoleh ijazah dalam bidang tersebut.
Dari situ, Ramsay menimba pengalaman bekerja di Wickham Arms termasuk Hotel Wroxton House. Ramsay kemudiannya berpindah ke London dan bekerja di beberapa restoran tempatan.
Selama tiga tahun, dia bekerja di Harvey di bawah pengawasan chef terkenal Marco Pierre White. Ramsay juga belajar masakan Perancis dan bekerja di Le Gavroche di Mayfair.
Ramsay kemudiannya ke Paris dan bekerja di bawah bimbingan Guy Savoy serta Joel Robuchon. Ketika berusia 27 tahun Ramsay kembali ke England.
Setelah bergelar ketua chef di Aubergine, dua tahun kemudian Ramsaymeraih penghargaan dari Catey Awards sebagai Newcomer of the Year.
MILIKI PULUHAN RESTORAN EKSKLUSIF
Bermula dengana masalah kewangan yang dialaminya ketika di Aubergine, tercetusnya idea untuk Ramsay membuka restoran sendiri di London pada 1998.
Tiga tahun kemudian, Ramsay memperoleh 3 bintang dari Michelin Guide. Sejak itu, Ramsay mengasaskan banyak restoran walaupun ada di antaranya terpaksa diberhentikan atas pelbagai faktor.
Ramsay memiliki lebih 35 restoran di seluruh dunia. Di London sahaja, terdapat lebih 15 restoran. Seterusnya ialah di seluruh Amerika Syarikat, negara-negara Eropah, Asia dan Timur Tengah.
‘GARANG’ TAPI PEMURAH
Kejayaan, populariti dan kekayaan tidak menjadikan Ramsay hilang jiwa sosialnya. Di sebalik sosoknya yang tegas dan garang sebagai seorang chef, Ramsay sebenarnya seorang yang peramah dan penyayang.
Bersama isterinya, Ramsay menubuhkan yayasan amal bagi menyokong pembiayaan hospital kanak-kanak.
BINTANG RANCANGAN TV
Pertengahan 2005, nama Ramsay melonjak naik selepas menjadi juri America Hell’s Kitchen di FOX. Popularitinya terus melonjak apabila menjadi ketua juri dalam program MasterChef.
Ramsay semakin disegani kerana pengaruhnya yang besar terhadap budaya popular British. Dengan gaya masakan Inggeris, Perancis dan Itali sebagai tunjang utamanya, Ramsay menulis berpuluh-puluh buah buku.
Bapa lima anak ini turut muncul dalam rancangan MasterChef Junior.
Kesimpulannya, setiap orang di dunia ada impian untuk berjaya dalam hidup. Namun jangan pernah mengalah dengan bila sekali anda gagal. Seperti kisah ini, walaupun gagal bergelar pemain bola sepak namun Ramsay kini berjaya sebagai seorang chef terkemuda dan jutawan. Belajarlah dari kegagalan untuk kita melakar kejayaan yang lebih baik pada masa depan.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.