
Antara filem yang amat dinanti-nantikan pada bulan Mei adalah John Wick : Chapter 3 – Parabellum.
Meskipun tarikh tayangannya secara rasmi adalah pada 16 Mei, peminat filem ini sebenarnya boleh menontonnya lebih awal.
Caranya, kena layan marathon movie anjuran TGV Cinemas di beberapa pawagam yang terpilih pada Sabtu ini, bermula 2.00 petang.
View this post on InstagramA post shared by TGV Cinemas (@tgvcinemas) on
Setakat info yang diperolehi, kebanyakan pawagam di sekitar Lembah Klang sudah hampir penuh kecuali cawangan terbaru TGV di Central i-City yang masih banyak kekosongan.
Bagus untuk penggemar filem aksi
Kalau tak ada apa-apa aktiviti pada Sabtu ini, mungkin ini masa yang sesuai untuk anda bersantai layan filem yang penuh aksi ini.
Tetapi, settinglah masa anda dan jangan sampai tak sempat berbuka puasa pula kerana asyik berada dalam pawagam.
Berbadan ‘Halus’ Bukan Bebas Dari Penyakit, Ini Risiko Yang Mungkin Berlaku

Tanyalah mana-mana lelaki jika diberi pilihan sama ada kurus atau gemuk mereka pastinya memilih untuk jadi kurus.
Ini adalah persepsi yang terbina dalam masyarakat yang lebih senang melihat seseorang itu kurus berbanding mempunyai masalah obesiti.
Akan tetapi adakah anda tahu bahawa jika mempunyai fizikal terlalu kurus ia membuatkan lebih terdedah kepada penyakit? Anda jangan ingat orang obese sahaja yang terdedah dengan pelbagai penyakit, ya!
Pertama sekali jika anda biasa timbang berat badan, pastinya anda tahu bahawa Body Mass Index (BMI) yang paling ideak dengan ketinggian ialah sekitar 20 hingga 25. Jika catatannya kebih daripada 25 itu bermakna anda termasuk dalam kelas obese. Jika kurang daripada 18.5 pula anda akan dianggap terlalu kurus.
Jika anda berdepan masalah kurus dan berat bada terdapat beberapa risiko yang harus anda tanggung, pikul dan belajar.
1. Sakit Jantung
Jangan ingat orang gemuk sahaja boleh kena penyakit jantung. Orang kurus juga berisiko. Orang kurus lebih cenderung berasa kurang sihat kerana berasakan mereka tidak mempunyai masalah kesihatan dan tidak perlu bersenam.
FAKTA: LEMAK BAGI LELAKI YANG GEMUK MEMBONJOL TERUTAMA PADA BAHAGIAN PERUT BERBANDING LELAKI KURUS. TETAPI HARUS KITA
KETAHUI, LEMAK LELAKI YANG KURUS ‘TERTAMPAL’ PADA BAHAGIAN JANTUNG DAN HATI!
BACA: Buat 5 Senaman Tekan Tubi Untuk Dapatkan Otot Macho Dada Yang Mantap!
2. Kerap letih
Majoriti lelaki kurus kerapa merasa letih. Fenomena kekurangan tenaga ini merupakan petanda awal penyakit seperti anemia atau kurang darah. Selain letih, petanda penyakit
anemia lain adalah selalu sakit kepala dan mudah semput.
3. Kurang subur
Badan kamu yang terlalu kurus juga boleh menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan. Berdasarkan kajian, lelaki yang terlalu kurus berisiko sehingga 22 peratus mengalami
masalah berkaitan seksual seperti kegagalan ejakulasi rasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin serta masalah erektil.
4. Tulang rapuh
Majoriti lelaki terlalu risau dengan perkataan ‘lemak.’ Takut sangat badan gemuk sehingga tidak sedar lemak bukanlah segala-galanya. kebanyakan lelaki kurus tidak sedar
bahawa lelaki kurus biasanya akan mengalami masalah kepadatan tulang hingga menyebabkan mereka diserang osteoporosis/tulang rapuh. Ini terjadi kepada badan lelaki yang terlalu kurus kerana apabila badan mereka tidak mempunyai lemak, badan tidak dapat menghasilkan estrogen yang mencukupi hingga mengakibatkan tulang menjadi rapuh.
Maksudnya, selepas ini berpada-padalah mamasang impian nak kurus semata-mata nak bergaya dengan baju atau seluar yang ‘fit‘ dengan tubuh kamu. Silap haribulan, penyakit yang datang!
10 Tip Jimat Belanja Kahwin, Barulah Kehidupan Lepas Kahwin Lebih Steady

Ukurlah baju di badan sendiri.
Itulah yang paling baik untuk elakkan diri daripada berbelanja melebihi daripada kemampuan sendiri. Seringkali kita dengar ramai lelaki yang terpaksa melakukan pinjaman peribadi kerana ingin menampung perbelanjaan kahwin.
Malah ada yang sampai sudah ada anak dua tapi hutang pinjaman untuk kahwin masih belum selesai dibayar kepada bank. Janganlah biarkan anda jadi mangsa biar papa asal bergaya.
Berbelanjalah dengan berhemah dan bijak untuk kahwin. Jika anda menyimpan dan mempunyai sasaran untuk kahwin perkara ini tak akan berlaku. Tapi ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk jimat belanja kahwin.
1. Ikut Kemampuan
Berhutang hanya memberi bebanan kepada anda dan isteri nanti. Jika takmampu untuk bayar balik anda dan pasangan mungkin akan jadi tak bahagia. Sudah banyak kes di mana ramai pasangan hidup tersepit dengan hutang terlalu banyak hanya kerana ingin majlis perkahwinan yang gah.
2. Jumlah Tetamu
Tetapkan jumlah tetamu yang bakal dijemput supaya anda dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik. Apabila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
BACA: Lagi Wedding Versi Cosplay, Kamen Rider Malaysia Kahwin Dengan Orang ‘Kelate’
3. Sewa Jangan Tempah
Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Terdapat juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Ini bermakna selepas pakai, anda perlu pulangkan semula pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada membeli terus pakaian perkahwinan itu.
4. Beli Ketika Ada ‘Sale’
Harga barangan pada ketika itu mungkin mendapat potongan harga jauh lebih murah daripada sebelumnya. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu ketika membeli belah kelak anda juga yang akan merana. Beli juga barang hantaran yang boleh anda guna setiap hari.
5. Jangan Guna Kad Kredit
Kad kredit ada baiknya dan ada buruknya. Tetapi bagi sesiapa yang tidak tahu untuk menggunakan kad kredit secara berhemat anda dinasihatkan untuk tidak memakainya. Berbelanja dengan hanya ‘swipe’ menyebabkan anda yang pening kepala untuk membayar hutang tersebut.
6. Majlis Rewang
Majlis yang diadakan secara gotong royong adalah lebih jimat berbanding katering. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah selain dapat mengeratkan tali silaturahim bersama saudara dan jiran anda.
7. Cara Perbelanjaan Bulanan
Perbelanjaan pada setiap bulan amat mempengaruhi simpanan kewangan anda. Jika anda berbelanja lebih, segala bajet yang telah anda tetapkan akan berubah dan akan menyusahkan anda kelak.
8. Kawal Keinginan Berbelanja
Sebagai conoth, anda seorang penggemar gajet elektronik. Jadi lebih baik anda simpan dulu hasrat hati untuk beli gajet gajet terbaru. Hal ini adalah kerana wang itu anda boleh gunakan untuk majlis perkahwinan anda kelak.
9. Survey Jurugambar
Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Selalunya diskaun hebat akan diberikan.
10. Buka Akaun Khas
Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan supaya anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan anda dan seterusnya berhutang. Elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan kad kredit.
Rupanya Ini Rahsia Kenapa Wanita Suka Lelaki Kelakar

Kita sering mendengar ramai wanita menyenaraikan ‘kelakar’ sebagai antara ciri-ciri lelaki idaman mereka.
Adakah anda tidak tertanya-tanya mengapa ciri-ciri itu sangat penting bagi mereka? Sejarah membuktikan lelaki yang mempunyai perwatakan ceria dan lucu mudah mendapat perhatian kaum wanita.
Mereka yang ada sense of humor ini juga mudah mendapat kepercayaan kaum berlainan jantina.
Apakah yang boleh kita definisikan sebagai seorang lelaki yang lucu dan kelakar? Dan apa pula bezanya dengan lelaki yang ada sense of humor?
Lelaki kelakar – Lelaki yang sentiasa menjadikan setiap percakapan atau perbuatannya menjadi lawak/ kadang-kadang menjadikan ia sebagai kerjaya.
Lelaki ‘Sense of humour’ – Tidak sering berlawak tetapi setiap tindakannya menggembirakan dan menyenangkan hati orang di sekeliling.
PILIHAN WANITA
Sebenarnya wanita lebih memilih dan mengejar yang mempunyai sense of humour berbanding lelaki kelakar. Ini kerana, kebanyakan lelaki kelakar agak merimaskan hidup mereka.
Tidak serius dengan percakapan dan perbuatan mereka tidak meyakinkan. Jika ada masalah dan anda asyik berlawak tidak kira masa dan tempat, pasangan akan menganggap anda tidak bermakna kerana tidak membantu mereka dalam apa sahaja situasi.
Berbanding lelaki SOH, mereka lebih relaks apabila bercakap dan memberi impak lucu kepada yang mendengar serta mendamaikan jiwa. Di dalam sesuatu hubungan, lelaki sebegini merupakan satu kebaikan kepada hidup anda. Mereka mudah membahagiakan pasangannya. Jika berselisihan faham atau bergaduh, lelaki ini bijak memujuk dengan cara tersendiri dan tidak membiarkan masalah melanda tergantung begitu sahaja.
Ciri-ciri lelaki Sense Of Humours
Gentlemen – mudah menerima kenyataan dan mendahulukan perkara yang sepatutnya. Tidak terlalu serius dengan kehidupannya dan tidak juga lepas tangan dengan perbuatannya. Mendengar dan bertindak dengan sewajarnya.
Cepat tenang – tidak stres dalam hidup dan kehidupan mereka sihat kerana menerima positif dan negatif dengan terbuka.
Positif – bukan hanya berlawak kosong tetapi diselitkan dengan pengajaran sekali. Selalunya pasangan akan merasa jiwanya terisi dengan kehadiran lelaki sebegini.
RAHSIA LELAKI UNTUK WANITA
Dengan info di atas, maka anda sudah mengetahui satu lagi rahsia dari seorang lelaki. Dunia lelaki cukup mudah tetapi agak sukar untuk difahami oleh wanita. Jika anda wanita mempunyai pasangan kelakar, syukur kerana hidup anda dilimpahi dengan keriangan tetapi mungkin anda dapat membantunya menjadi lebih bijak dengan memberi nasihat di atas. Jika anda memiliki pasangan lelaki SOH, ternyata anda cukup bertuah!.