Nak Jimat Minyak Semasa Tengah Drive? Ikut 5 Langkah Yang Dikongsikan Ini!

Share

Bagi anda yang suka drive, mesti ada timbul rasa di hati alangkah indahnya kalau dapat jimatkan minyak kereta anda.

Kedengarannya macam mustahil tetapi percayalah, ia sebenarnya memang boleh dilakukan dengan langkah-langkah seperti berikut :

1. Bawa dengan kelajuan sederhana dan konsisten

Kelajuan yang sesuai bagi semua kenderaan adalah sekitar 70 – 90 km/j. Namun begitu, anda harus pastikan mematuhi had laju bagi elak dikenakan saman pula. Secara perbandingan, kelajuan akan menyebabkan penggunaan minyak bertambah:

100km/j: penggunaan minyak bertambah 10%
105km/j: penggunaan minyak bertambah 15%
110km/j: penggunaan minyak bertambah 25%

2. Jangan kerap tekan brek

Elakkan brek mengejut dan brek pada jarak yang selamat. Perhatikan situasi dan cuba perlahankan kenderaan secara beransur-ansur (tanpa brek). Jika sudah biasa dan tahu keadaan jalan, perlahankan kenderaan di tempat-tempat yang anda tahu memerlukan kelajuan yang sesuai.

3. Pastikan guna gear yang betul

Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan semasa kenderaan. Ia boleh mempengaruhi takat minyak kenderaan anda.

4. Tukar gear rendah kepada gear tinggi dengan lebih cepat

Bunyi enjin akan kedengaran kasar jika lambat tukarkan gear rendah kepada gear tinggi. Keadaan ini membuatkan kenderaan perlu mengepam lebih banyak minyak untuk menggerakkan kenderaan.

5. Panaskan enjin sebelum mulakan perjalanan

Hanya ambil masa 30 saat sahaja dengan menghidupkan enjin kenderaan tanpa perlu tekan pedal kuat-kuat. Biarkan sahaja.

Semoga bermanfaat!

IKLAN