Bagi lelaki kebanyakan daripada kita memang tak boleh hidup tanpa wanita. Suka atau tidak mereka adalah seseorang yang melengkapi hidup anda. Dan anda juga melengkapi hidup mereka.

Ramai lelaki yang telah tewas edengan begitu hebat kerana cuba memahami wanita. Sedangkan wanita perlu disayangi dan dicintai, barulah anda dapat fahami mereka.

Dan lelaki juga kadangkala menjangkakan wanita mempunyai corak pemikiran seperti mereka sedangkan ia cukup berbeza sekali. Jadi kepada anda yang berkira-kira ingin mencari teman wanita dan suri dalam hidup, ambillah tahu tentang mereka.

MASKULIN kongsikan 10 fakta menarik tentang perempuan yang wajib lelaki tahu. Jadi sila ambil perhatian ya!

1.

Perempuan sangat suka dengan pujian. Lebih-lebih lagi ia datang daripada orang yang mereka suka dan sayang. Jadilah pujilah mereka seikhlas hati, bukan untuk membodek semata ya.

2.

Anda sebagai lelaki sekurang-kurangnya perlu tahu tentang hati wanita yang sensitif terutamanya bila tiba waktu ‘datang bulan’. Layanlah karenah mereka dengan baik dan cuba buat dia lebih rasa disayangi.

IKLAN

3.

Apa jua tarikh penting dalam hidup mereka akan diingati dengan baik sekali. Jadi janganlah anda lupa tarikh-tarikh penting seperti Hari Lahir atau anniversary. Kalau tak nak lupa set-kan reminder di telefon pintar.

BACA: Ramai Wanita Blur & Tak Tahu ‘Hint’ Seorang Lelaki Itu Suka Padanya, Ini Petandanya Ya!

4.

Wanita akan ingat walaupun perkara sekecil-kecil perkara jika dibandingkan dengan lelaki. Sebab itulah jika anda buat salah atau mungkir janji mereka akan ingat dan ungkit sampai ke tua.

IKLAN

5.

Walaupun tengah sedih, perempuan tetap akan tersenyum. Mereka lebih suka menangis secara senyap dan boleh berpura-pura ceria di hadapan orang lain.

6.

Walaupun anda sibuk macam mana sekali pun tolonglah luangkan masa untuk si dia kerana sebab wanita mudah kecil hati. Mereka hanya perlukan sedikit perhatian sebagai tanda kasih anda kepada mereka, itu sahaja.

IKLAN

7.

Bila seorang wanita sudah meninggalkan lelaki besar kemungkinan mereka tak akan beri peluang kedua buat lelaki tersebut. Mungkin perasaan sayang tu masih ada, tetapi perasaan benci kerana disakiti itu telah melebihi segala-galanya.

8.

Tak dapat dinafikanm air mata adalah senjata utama wanita.

9.

Perempuan memang suka makan terutamanya coklat dan pelbagai jenis kek. Jadi gembirakanlah mereka dengan makanan!

10.

Bila perempuan mula cemburu, mereka boleh jadi sehebat Sherlock Holmes tanpa disyaki oleh anda. Kalau boleh, sampai lubang cacing pun mereka selidik.