Kebanyakan bahan mentah seperti ikan, daging, sayur dan pelbagai lagi sememangnya mudah dibeli dari pasar.

Namun sebagai lelaki, kita tidak terkecuali untuk membeli bahan mentah tersebut bagi kegunaan isi rumah.

Justeru, kita juga perlu ada ilmu untuk mengetahui bahan yang mahu dibeli itu dalam keadaan elok atau sebagainya :

Sayur-sayuran dan buah-buahan

Pastikan sayur atau buah yang ingin dibekuli tidak kelihatan layu, kecut, bertukar warna atau berbau busuk.

Ikan

Ads

Kulit ikan yang segar biasanya bersinar dan berwarna terang selain tidak diselaputi lendir yang tebal. Ikan juga seharusnya kelihatan cerah dan matanya tidak tenggelam. Insangnya berwarna merah cerah (bukan perang atau kering) dan tidak berbau busuk selain isinya masih kenyal.

Udang

Cara untuk melihat udang itu segar atau tidak boleh dilihat menerusi kulitnya. Kulitnya harus lutsinar tanpa tompok-tompok hitam dan tidak berbau busuk.

Daging

Ads

Daging segar biasanya berwarna masih kemerah-merahan selain tidak berlendir dan tidak berbau busuk.

Ayam / Itik

Ayam atau itik yang segar tidak berbau busuk dan tidak bertukar warna. Lihat pada kegemukan di dada dan kelicinan kulitnya. Jika kelihatan kecut dan berkedut, pasti ia sudah lama dan berisiko cepat rosak.

Ads

Telur

Telur yang elok seharusnya tidak retak atau bocor. Selain itu, tidak ada banyak najis dan kotoran pada kulit telur.

Bijiran / kekacang

Bijirin atau kekacang yang elok adalah tidak berkulat dan tidak dicemari oleh serangga atau bahan asing. Selain itu, ia juga tidak dicampur dengan bahan lain yang lebih murah.

Semoga bermanfaat!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI