Ketawa dikatakan boleh mengelakkan seseorang itu daripada terkena penyakit jantung kerana ketawa adalah ubat yang paling baik di dunia secara semulajadi.
Seorang pakar perubatan dari University Of California Irvine, Amerika Syarikat, Lee Berk dan kumpulan penyelidiknya berjaya merungkai perubahan mood seseorang itu akan memberi kesan kepada sistem imun dalam tubuh untuk melawan penyakit.
Kajian awal mendapati ketawa turut mempunyai peranan dalam melawan virus, bakteria, kanser dan penyakit jantung dan perkara ini turut disokong pakar psikologi Jerman, Dr. Michael Titze.
Michael dalam kajiannya turut menemui, mereka yang hidup pada tahun 1950-an secara puratanya akan ketawa selama 18 minit sehari. Namun kini, kebanyakan kita hanya menghabiskan maksimum enam minit untuk ketawa setiap hari.
Dalam sehari kanak-kanak boleh ketawa sehingga 400 kali manakala orang dewasa secara purata hanya ketawa 15 kali. Itu adalah fakta dan perkara ini dapat dilihat dengan jelas jika anda bergurau dengan bayi. Sikit-sikit mereka akan ketawa!
Sehubungan itu, jelaslah ketawa sedikit-sebanyak ada manfaatnya untuk tubuh manusia dan antara kebaikannya adalah seperti :
1. Meningkatkan sistem imun
Dengan ketawa, hormon stress akan dikurangkan dan sebaliknya sistem ketahanan badan akan dipertingkatkan. Secara tidak langsung, ketawa boleh membantu menangkis pelbagai penyakit.
2. Meningkatkan hormon endorphine
Ads
Hormon Endorphine berfungsi memberikan rasa lega, tenang dan nyaman serta rasa gembira dan bahagia. Hormon ini dirembeskan dengan banyak ketika seseorang ketawa.
3. Melindungi jantung
Dengan ketawa juga, saluran darah di jantung akan berfungsi dengan lebih baik dan perjalanan darah akan menjadi lebih lancar. Apabila saluran darah ini dioptimumkan fungsinya risiko untuk mendapat penyakit berkaitan jantung akan dapat dihindari.
4. Mengurangkan stress
Ketawa juga mampu mengurangkan stres yang kita sedang hadapi kerana dapat mengurangkan paras hormon stres. Oleh itu, ketawalah kerana ia berkesan untuk mengatasi stres.
5. Memperbaiki pernafasan
Ads
Kesan ketawa boleh membersihkan paru-paru. Ini sama seperti kita menarik nafas dalam-dalam. Ketawa amat membantu mereka yang mengalami masalah pernafasan seperti asma. Semasa stress pernafasan menjadi pendek, menyebabkan pengumpulan karbon dioksida dan sisa udara di dalam paru-paru. Ketawa di perut memaksa udara keluar dari paru-paru hingga ia menjadi kosong, diikuti dengan tarikan nafas yang dalam. Oleh itu, ketawa berulang kali boleh membersihkan tubuh dan menjadikan ia lebih bertenaga kerana kemasukan oksigen yang baru.
6. Baik untuk bahagian perut
Ketawa yang pecah di perut baik untuk organ-organ dalaman sekitar perut seperti hati, buah pinggang, pankreas, limpa dan kelenjar ginjal. Hasilnya, aliran darah lebih lancar dan berfungsi lebik baik.
7. Menghilangkan kesakitan
Ketawa adalah merupakan rawatan secara semulajadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.
Ads
8. Mengurangkan sikap agresif
Ketawa akan menyebabkan anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif. Ini boleh membantu anda membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak suka menontonnya.
9. Meningkatkan kemahiran bersosial
Perasankah anda bahawa dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang untuk berhubung, berkomunikasi dan berinteraksi. Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.
10. Meningkatkan ketahanan tubuh
Ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam sistem pernafasan.
11. Merupakan senaman
Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dunia seni bela diri campuran, atau dikenali sebagai mixed martial arts (MMA) mencatat sejarah baharu apabila seorang petarung bardarah Palestin, Belal Muhammad menjuarai Ultimate Fighting Championship (UFC).
Memetik laporan Aljazeera, kemenangan Belal Muhammad itu sekaligus merampas takhta kejuaraan welterweight UFC dari Leon Edwards, petarung dari Britain.
Dalam pertarungan UFC 304 yang berlangsung pada Sabtu, Belal berjaya menumpaskan lawannya dalam lima pusingan.
Sebelum ini, Edwards berjaya merangkul takhta kejuaraan pada 2022 selepas menumpaskan Kamaru Usman, dan berjaya mempertahankannya dalam dua pertarungan sebelum berhadapan dengan Belal pada Sabtu.
Meskipun dilahirkan di Chicago, Amerika Syarikat (AS), petarung berusia 36 tahun itu merupakan anak kepada pasangan imigran dari Palestin.
Belal juga begitu bangga dengan darah Palestin yang mengalir di dalam tubuhnya dan lantang menyuarakan sokongan kepada negara yang ditindas rejim Zionis itu.
“Ia bukan hanya tentang diri saya, ia tentang mereka (Palestin dan penduduk di Gaza),” katanya sebelum memulakan pertarungan yang berlangsung di Manchester, England itu.
Selain mengibarkan bendera Palestin dengan penuh rasa bangga ketika mempromosikan pertarungan itu, Belal sering menggunakan lagu berjudul Dammi Falesteeni (Darahku Palestin) dendangan juara pertandingan Arab Idol iaitu Mohammed Assaf sebagai lagu latar penampilannya.
Belal pernah menyebut pada 2021 yang sebagai seorang petarung yang terkenal di mata dunia, dia mempunyai suara untuk mewakili mereka yang tidak mampu bersuara.
“Tidak ramai atlet Palestin yang mempunyai pentas atau platform di mana mereka boleh membawa bendera. Dan sekarang, terutamanya pada masa-masa ini, saya perlu membawa bendera itu lebih tinggi daripada sebelumnya. Untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kita memang wujud, bahawa kita adalah sebuah negara, dan ada orang sebenar di sana.
“Sekarang saya mempunyai suara untuk orang yang tidak mempunyai suara, untuk orang yang dunia mahu anda lupakan. Jadi, jika saya terus menyinari perkara itu, meningkatkan semangat mereka, menaikkan jiwa mereka, saya akan melakukan apa sahaja yang saya boleh,” kata Belal menerusi sebuah laporan berita.
Nama-nama besar filem aksi Hollywood seperti Jason Statham, Chris Evas, Chris Hemsworth dan ramai lagi memiliki bentuk badan yang cukup diimpikan oleh ramai lelaki. Namun ramai tidak tahu bahawa usaha di senalik tabir telah dilakukan oleh mereka untuk mendapatkan ‘badan sado’ untuk menjiwai karakter di dalam filem.
Antara senaman atau workout yang sering menjadi rutin utama mereka ialah di bahagian belakang dan juga dada. Dengan disiplin yang tinggi serta latihan yang keras mereka mampu mengubah bentuk badan dalam masa yang singkat.
Jadi apakah rahsia mereka? MASKULIN ingin kongsikan beberapa rutin yang kami percaya dilakukan oleh mereka untuk mendapatkan dada yang bidang dan otot belakang yang mantap. Dan senaman tersebut ialah beberapa teknik push up!
Berikut 5 senaman utama push up yang anda juga boleh lakukan sama ada di rumah atau di gym.
1. Wide grip push-ups
Trik pertama dapatkan otot dada bidang adalah melakukan gerakan wide grip push-ups secara rutin. Gerakan yang memfokuskan latihan pada keseluruhan otot dada ini mampu dilakukan dengan cara memposisikan badan seperti akan melakukan push-ups biasa. Kemudian gerakkan telapak tangan ke arah tepi hingga lebih lebar dari bahu.
2. Clap push-ups
Gerakan ini bukan sahaja boleh jadikan menjadikan dada nampak bidang, ia juga membantu menambahkan otot lengan. Untuk melakukan gerakan ini, mulai dengan posisi push-ups seperti biasa. Ketika tubuh berada pada posisi push, lakukan ups dengan tekanan kuat ke lantai sehingga tangan terlepas dari lantai, lalu tepukan tangan sebelum kembali pada posisi asal.
3. Spiderman push-ups
Tidak hanya pada dada bidang, gerakan push-ups ini jika dilakukan secara rutin mampu menjadikan otot perut terbentuk dengan rapi. Posisikan tubuh dalam struktur push-ups seperti biasa. Ketika anda berada pada posisi push, bengkokkan sebelah kaki ke tepi perut sehingga lutut sejajar dengan paha. Lakukan gerakan ini secara rutin dengan 30 kiraan untuk permulaan. Anda boleh lakukan 100 kiraan bagi yang sudah pro.
4. Knee push-ups
Jika anda inginkan dada bidang tanpa perlu ke gym, lakukan gerakan push-ups ini secara rutin. Gerakan ini turut membantu pembentukan otot perut. Mulakan dengan gerakan push-ups seperti biasa. Ketika anda berada dalam posisi push, bengkokkan lutut hingga mendekati dada.
5. Single leg raised push-ups
Terakhir adalah gerakan single leg raised push-ups. Gerakan ini membantu anda membentuk dada dan otot di bahagian atas tubuh dengan baik tanpa perlu ke gym.
Cara melakukan gerakan ini sangat mudah. Posisikan tubuh anda seperti anda melakukan push-ups normal. Setelah itu, lakukan push-ups sambil sebelah kaki diangkat ke atas. Lakukan gerakan ini secara rutin setiap hari agar anda mendapatkan otot dada tegap.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video workout menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika kita mengambil air kurang dari 8 gelas sehari, kesannya secara keseluruhan memang tidak begitu terasa.
Namun sebagai penyelesaiannya, tubuh akan menyeimbangkan diri dengan mengambil sumber dari komponen tubuh sendiri seperti dari darah.
Kekurangan air bagi darah amat berbahaya bagi tubuh kerana darah akan menjadi likat dan pekat. Akibatnya, perjalanan darah sebagai alat pengangkutan oksigen dan zat-zat makanan pun akan terganggu.
Kesan Kekurangan Air Dalam Badan
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan :
Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma badan
Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara
Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Mudah keliru
Degupan jantung semakin meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan
Tubuh akan mengalami dehidrasi
Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang
Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang
Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak
Mengganggu fungsi ginjal
Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.
Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang dan dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing.
Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian.
Selain itu, infeksi juga mudah berlaku kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain.
Ini kerana kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.