Okay, terlebih dahulu MASKULIN nak tanya sikit. Bila kali terakhir korang semua follow drama bersiri di televisyen?

Rasanya selain makcik-makcik peminat setia drama petang atau sebelum maghrib je yang suka buat kerja ini sekarang.

Ini kerana servis program menerusi servis streaming kini sudah ambil alih budaya menonton program televisyen. Berbeza betul dengan apa yang ramai daripada generasi sebelum ini lalui.

Dulu kalau nak follow mana-mana drama terpaksalah tunggu setiap minggu untuk episod terbaru.

Tapi berbeza pula dengan sekarang terutamanya di Netflix. Ada sahaja program baru mereka akan ‘humban’ semua episod sekali gus. Ini secara tak langsung mewujudkan budaya baru menonton dikenali sebagai binge watching.

Buat penggemar content Netflix, menonton dengan cara seperti ini seakan sudah menjadi ritual mereka setiap kali program atau musim baru drama bersiri kegemaran ditayangkan.

Selama ini Netflix cukup berahsia tentang angka viewership mereka. Tapi pada Selasa lepas, mereka telah mengeluarkan kenyataan media tentang program-program terbaik yang ditayangkan antara 1 Januari sehingga 28 November 2018. Turut diumumkan bersama ialah senarai 10 program yang paling banyak ditonton secara binge watching oleh pelanggan mereka.

IKLAN

Jadi apakah program yang popular di kalangan binge-watcher sepanjang tahun 2018? Cuba tengok senarai di bawah ni. Macam mana bro, ada tak program yang korang dah layan sampai habis? Kalau tak ada bolehlah masukkan senarai ini untuk rujukan pada masa akan datang, ya.

1. On My Block

Netflix Umum 10 Program Bersiri Paling Binge-Watching Sepanjang 2018

2. Making a Murderer: Part 2

Netflix Umum 10 Program Bersiri Paling Binge-Watching Sepanjang 2018

3. 13 Reasons Why: Season 2

Netflix Umum 10 Program Bersiri Paling Binge-Watching Sepanjang 2018

IKLAN

4. Last Chance U: INDY

Netflix Umum 10 Program Bersiri Paling Binge-Watching Sepanjang 2018

BACA: Rahsia Tampan David Beckham, Curi-Curi Guna Produk Kecantikan Isteri

5. Bodyguard

Netflix Umum 10 Program Bersiri Paling Binge-Watching Sepanjang 2018

6. Fastest Car

Netflix Umum 10 Program Bersiri Paling Binge-Watching Sepanjang 2018

IKLAN

7. The Haunting of Hill House

Netflix Umum 10 Program Bersiri Paling Binge-Watching Sepanjang 2018

8. Anne with an E: Season 2

Netflix Umum 10 Program Bersiri Paling Binge-Watching Sepanjang 2018

9. Insatiable

Netflix Umum 10 Program Bersiri Paling Binge-Watching Sepanjang 2018

10. Orange Is the New Black: Season 6

Netflix Umum 10 Program Bersiri Paling Binge-Watching Sepanjang 2018

Walau bagaimanapun senarai di atas ini tak mewakili jumlah masa keseluruhan atau populariti kesemua program di Netflix. Tapi ia lebih kepada siri yang ditonton secara berterusan dalam satu masa oleh pelayar penstriman.

Jadi apa drama bersiri Netflix yang paling korang gemari? Top 3 untuk MASKULIN ialah Narcos, Stranger Things dan Black Mirror.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI