Netizen Kecoh! Serius La Zul Ariffin Muat Naik Foto ‘Anu’ Di Instagram?

Share

Kecoh di laman sosial Twitter ketika ini apabila akaun Instagram dengan nama Zul Ariffin dikatakan berkongsi foto lucah iaitu alat sulit lelaki menerusi Insta Stories.

Walaubagaimanapun, foto tersebut dimuat naik beberapa minit sahaja sebelum dipadam. Meskipun perkara tersebut membuatkan beberapa netizen terkejut, ada sesetengah pihak percaya mungkin akaun Instagram Zul telah digodam.

Komen Netizen

 

Kenyataan daripada kelab peminat Zul Ariffin FC.

“Kami memohon maaf sekiranya mana-mana foto telah menyinggung perasaan anda. Zul akan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk mengelakkannya perkara ini daripada berlaku lagi,” tulisnya.

Bagaimanapun, sehingga kini pelakon tersebut masih belum menjelaskan perkara berkenaan.

Sebelum ini Zul secara terbuka mendedahkan hubungannya dengan Zahirah putus selepas dia kecewa sikap wanita itu kerana tidak menghormati jenazah ibunya Allahyarham Robiah Nasir yang meninggal dunia pada 5 Disember 2017.

Zahirah dikatakan melakukan swafoto berdekatan jenazah Allahyarham yang menimbulkan rasa kurang senang Zul.

Selepas kenyataan itu Zahirah tampil membuat penafian sementara ayah wanita tersebut, Zainol pula mendedahkan sikap Zul yang dikatakan tidak menghormatinya.

Sumber : Mstar Online

IKLAN