
Kisah anak degil dan tidak mendengar kata kerap kali kita dengar. Ia seperti menunjukkan generasi muda pada hari ini sudah berani menjadi ‘Tuan’ kepada ibu bapa sendiri.
Sebagai anak, kita sepatutnya lebih peka dengan pengorbanan ibu bapa yang sentiasa cuba melakukan yang terbaik demi anak-anaknya. Namun apa yang kita lihat hari ini adalah sebaliknya.
Ibu bapa yang berhempas pulas, namun anak pula yang menjadi semakin tidak bersyukur dan mudah memberontak apabila kemahuannya tidak diikuti.
Kisah anak biadap dikongsikan seorang pemilik akaun twitter Nolly Nurlida yang mana mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen. Seorang bapa sanggup beratur berbekalkan wang RM3 demi memenuhi permintaan anak gadis yang biadap ini.
BACA: Sanggup Ketepikan Keperluan Demi Anak, Ini 10 Pengorbanan Yang Seorang Bapa Pernah Lalui
Hanya ada wang RM3
Anak gadisnya hentak kaki & terus keluar
Seorang wanita belikan semangkuk Oden
BACA: 2 Tahun Kumpul RM16.50, Bapa Akhirnya Mampu Belikan Anak Baju Baharu!
Antara reaksi netizen terhadap insiden terbabit
Generasi muda tidak tahu apa itu berdikari
Sebagai anak, kena belajar bersyukur
Wajib Tonton, Filem Seram November 2018

Kafir
Roh yang tidak diketahui mula menghantui sebuah keluarga selepas kematian mengejut bapa mereka. Si ibu mula berkelakuan aneh dan sering ketakutan. Mereka perlu mencari jalan untuk menyelamatkan ibu mereka supaya dia tidak ditimpa nasib yang sama seperti bapa mereka.
Bahasa: Indonesia
Tarikh Tayangan: 8 November 2018
Hutan Puaka
Raya dan empat rakannya pergi ke hutan berhantu untuk merakam tanah perkuburan misteri yang terletak di sana. Tetapi perkara pelik mula berlaku termasuk penemuan mayat pada platform buluh dan salah seorang rakannya Jessy telah terlibat dalam kemalangan tragik. Mereka ambil keputusan untuk meninggalkan Jessy keseorangan dalam hutan. Bagaimanapun, walaupun selepas mereka meninggalkan hutan, Raya dan rakannya masih lagi terus diganggu.
Bahasa: Indonesia
Tarikh Tayangan: 15 November 2018
Still/Born
Ia berkisarkan tentang Mary, seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anak kembar tetapi hanya seorang sahaja yang selamat. Ketika menjaga anaknya, si suami Adam menyedari sesuatu tidak kena. Dia kemudian mendapat tahu satu entiti paranormal telah menjadikan anaknya sebagai sasaran dan tidak akan berhenti selagi tidak mendapat anak itu.
Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 15 November 2018
Overlord
Sekumpulan askar payung terjun AS membawa misi kritikal untuk kejayaan penjajahan bersekutu. Tetapi mereka kemudian menyedari yang tentera Nazi bukan satu-satunya masalah mereka. Pihak Nazi juga menjalankan eksperimen terhadap tentera Nazi, mencipta kuasa luar biasa yang kini digunakan untuk menentang mereka.
Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 8 November 2018
7ujuh
Pada tahun 70an, tujuh rakan sedang dalam cuti semester telah bercuti di sebuah banglo mewah yang terletak di pedalaman, yang mana ia dijaga oleh ketua kampung dan anak perempuannya Suri. Mereka telah mengadakan parti dan meminta Suri untuk tinggal membantu mereka membersihkan rumah tetapi parti itu bertukar menjadi liar dan Suri telah dirogol. Dia kemudian telah membunuh diri dan menyumpah mereka yang dia akan menghantui mereka. Mereka pada mula tidak hairan, namun apabila mereka terperangkap di rumah itu dan seorang demi seorang mati, mereka perlu mencari jalan untuk melarikan diri dari sumpahan itu.
Bahasa: Melayu
Tarikh Tayangan: 8 November 2018
Suka Makan Sosej? Ini Yang Anda Perlu Ambil Tahu…

Penyakit kanser merupakan antara penyakit kronik yang paling digeruni dalam dunia perubatan. Salah satu punca utama kanser adalah berpunca dari sumber diet yang mengandungi banyak garam, lemak, makanan segera, makanan bakar dan kurang serat dan kurang buah-buahan juga antara penyebab berlakunya kanser perut dan usus. Antaranya sosej, ramai yang tidak tahu mengambil dalam kuantiti yang terlalu banyak sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan.
Setiap jenis penyakit kanser mempunyai etiology ataupun punca yang berbeza dan tidak semua pesakit kanser mempunyai punca yang sama.
Salah satu punca utama kanser adalah berpunca dari sumber diet yang mengandungi banyak garam, lemak, makanan segera, makanan bakar dan kurang serat dan kurang buah-buahan juga antara penyebab berlakunya kanser perut dan usus. Meminum alkohol dalam jangka masa panjang juga dikaitkan dengan kanser hati

Kajian mendapati terdapat kandungan tidak sihat di dalam makanan segera terutamanya sosej yang kita ambil dalam menu pemakanan kita seharian.
1. Kandungan bahan-bahan kimia ‘deadly’ dangerous yang mungkin terdapat di dalam setiap isi kandungan sosej. Sebagai contoh: Nitrite, Heterocyclic Amines (HCAs), Starch, Various types of meat, Hight salts, High fructose syrup, High MSG, Artificial coloring (untuk sosej itu kelihatan lebih pinkish), Preservatives.
Baca: Tak Makan Daging Kambing? Memang Rugi Kerana Anda Terlepas 5 Khasiat Penting Ini
2. 7000 kajian saintifik membuktikan ia mengandungi bahan-bahan yang boleh membawa kepada kanser!
3. Bagi kanak-kanak yang sering makan sosej melebihi 12 batang selama sebulan, berisiko 9 kali lebih tnggi untuk mendpaat Leukaemia.

4. Ibu mengandung yang memakan sosej lebih pada sebatang setiap minggu akan meningkatkan risiko bayi mendapat barah otak.
5) Meningkatkan risiko kanser
– Kanser Usus – 50%
– Kanser Pundi Kencing – 59%
– Kanser Perut – 38%
– Pankreas – 67%
Sumber : Ubarkanser
Ikuti Maskulin di Facebook dan Instagram untuk dapatkan update terkini tentang lelaki.
Rider GrabFood Ini Curi Perhatian Bila Hantar Lemang Dengan Ducati Hypermotard!

Zaman sekarang segala jenis produk boleh dipesan di atas talian dan kita hanya perlu tunggu di atas kerusi empuk menantikan ia dihantar. Tak hairanlah kini di negara kita juga servis penghantaran makanan contohnya menjadi pilihan ramai pengguna.
Malah syarikat yang menawarkan servis penghantaran makanan juga semakin banyak. Lihat sahaja di atas jalan raya pasti anda boleh temui penghantar makanan bermotosikal membawa makanan di dalam bag besar yang terletak di belakang motosikal mereka.
Salah satu perkhidmatan popular ialah GrabFood, servis penghantaran makanan yang diperkenalkan oleh Grab Holding Inc.
Kebiasaannya penghantar makanan menggunakan motosikal ‘kapchai’ untuk membawa makanan kepada penlanggan. Namun berbeza dengan seorang pemuda yang bertindak menjadi seorang rider GrabFood apabila dia menggunakan motosikal berkuasa tinggi, Ducati Hypermotard!
Jejaka dikenali dengan nama Herry Sevani di Twitter memuat naik video dan beberapa keping gambar menyaksikan dia melakukan penghantaran dengan menggunakan motosikal Ducati tersebut.
Keunikan itu lantas mencuri perhatiana pengguna Twitter yang rata-rata berasa kagum dan terkejut. Menerusi sebuah video yang telah mendapat jumlah retweet melebihi 4 ribu kali, Herry Sevani dilihat sedang mengisi lemang untuk dihantar kepada pelanggan.

Selain menghantar lemang, dia juga turut menghantar minuman viral pada masa kini iaitu bubble tea dari Xing Fu Tang.
Perkongsian itu mendapat reaksi pelbagai dari pengguna Twitter. Ada yang bertanya sama ada dia boleh cover atau tidak kos penyelenggaraan dengan menggunakan motiskal mahal itu. Balasnya, ia hanya cukup untuk cover minyak.
Jelasnya lagi menerusi balasan tweet, dia sendiri mempunyai kerja lain. Kerja sebagai rider GrabFood hanyalah sebagai part time sahaja.
Baginya juga asal dapat cover duit minyak pun sudah cukup.
Apa-apa pun MASKULIN ucapkan syabas buat Herry Sevani kerana tidak segan atau tidak kisah dengan apa orang kata. Tak salah untuk bekerja untuk mencari rezeki walau senang macam mana sekali pun.
Sumber: Twitter Herry Sevani