Tanyalah mana-mana pelari aktif tentang kasut larian apakah di antara faktor yang cukup penting buat mereka?

MASKULIN percaya rata-rata akan memberikan jawapan keselesaan dan prestasi sebagai antara jawapan paling penting buat mereka. Kasut larian yang terdapat di pasaran kini menawarkan pelbagai variasi dan kelebihan.

Ada yang direka untuk membantu larian jarak jauh dan tidak kurang juga untuk larian kasual setiap hari. Tapi bagaimana pula kasut larian yang versatil sesuai untuk apa jua jenis larian dan kondisi permukaan?

New Balance Fresh Foam X More v4  – Tebal, Ringan & Lembut Bagaikan Berlari Di Atas Awan

Melihatkan sifat versatiliti seperti ini yang cukup dimahukan oleh pengguna pengeluar kasut larian memperkenalkan tawaran tapak yang lebih tebal dan memberikan keselesaan maksima.

Di antara yang terbaik di pasaran pernah MASKULIN sendiri cuba ialah New Balance Fresh Foam X More v4. Tanggapan pertama yang singgah di kepala apabila melihat kasut ini ialah tapaknya yang cukup tebal.

New Balance melengkakan kasut ini dengan teknologi Fersh Foam X yang diperbuat daripada foam yang mempunyai daya lantunan sangat luar biasa. Jadi tidak hairanlah mengapa Fresh Foam X More v4 diangkat oleh ramai pihak sebagai di antara mempunyai sistem cushion terbaik sepanjang tahun 2022.

New Balance Fresh Foam X More v4  – Tebal, Ringan & Lembut Bagaikan Berlari Di Atas Awan

Hadir dengan rekaan berlogo ‘N’ yang ditambah dengan corak lapisan luaran memberikan ‘wajah’ yang cukup menarik buat kasut larian ini. Lebih menarik lagi, kasut larian dari New Balance ini memenuhi standard mereka tersendiri dalam pemuliharaan alam.

IKLAN

TEBAL & SELESA

Tebal tidak semestinya selesa. Itu satu perkara yang ramai pelari aktif sentiasa perkatakan. Namun apa yang MASKULIN boleh katakan selepas menggunakan sendiri kasut larian ini untuk larian 10km, ia ternyata memenuhi standard tersendiri.

Versi terbaru Fresh Foam X More v4 lebih tebal beberapa milimeter dari edisi terdahulunya. Walaupun sedikit sahaja penambahan tersebut ia memberikan impak cukup besar. Versi terbaru ini menggunakan lebih banyak Fresh Foam X pada bahagian midsole.

New Balance Fresh Foam X More v4  – Tebal, Ringan & Lembut Bagaikan Berlari Di Atas Awan

Buat anda yang mempunyai kaki lebih lebar juga tidak perlu risau. Fresh Foam X More v4 mampu menampung anda yang mungkin kakinya sedikit lebar. Ketinggian midsole Fresh Foam X More v4 juga tidak menjejaskan kestabilan ketika penulis melakukan larian.

Tidak dinafikan ia sedikit tinggi dari kasut larian biasa namun apabila langkahan mula mendarat ia tidak dirasakan begitu. Setiap langkah juga dirasakan dijaga dengan penuh perlindungan dan keselesaan bak berlari di atas awan.

Melakukan larian di kawasan yang curam atau selekoh juga tidak memberikan masalah. Bahagian belakang yang lebar mampu menampung berat pelari dengan keseimbangan yang cukup baik.

IKLAN

REKAAN PREMIUM

Dari segi bahagian upper, Fresh Foam X More v4 terasa sangat premium. Malah berani MASKULIN katakan bahawa ia di antara kasut larian dengan rekaan yang cukup ‘sleek’ dan menarik di pasaran pada masa kini.

Bahagian atas mesh yang direka bentuk semula adalah bergaya dan berfungsi. Melakukan larian tidak perlu berdepan masalah kaki rimas dengan peluh atau panas kerana ia lembut dan bersifat breathable.

New Balance Fresh Foam X More v4  – Tebal, Ringan & Lembut Bagaikan Berlari Di Atas Awan

Penampilan menariknya dengan dengan butiran reflektif menambahkan lagi personaliti kasut ini yang menonjol di trek atau jalanan.

Bahagian upper mesh juga memeluk di semua lokasi pada kaki dengan betul. Rekaan lidahnya yang tidak simetri dan kaunter tumit sesuai dengan sempurna di sekeliling kaki saya untuk memberikan sokongan.

Bahagian atas Fresh Foam X More v4 lebih diperkemaskan berbanding versi sebelumnya dan menawarkan struktur pepejal di seluruh bahagian tengah kaki untuk memastikan anda berada di tempat yang selamat.

IKLAN

PILIHAN TERBAIK LARIAN RUTIN

Hadir dengan midsole yang tebal tidak bererti Fresh Foam X More v4 berasa berat di kaki. Ia sebenarnya antara kasut paling ringan dengan ketebalan midsole seperti ini. Fresh Foam X More v4 sangat lembut namun dalam masa yang sama tidak licin ketika larian.

New Balance Fresh Foam X More v4  – Tebal, Ringan & Lembut Bagaikan Berlari Di Atas Awan

Fresh Foam X More v4 merupakan pilihan yang tepat buat anda yang ingin mencari kasut buat larian rutin secara harian atau dengan kerap dalam seminggu.

Sama ada menggunakannya untuk larian jauh, sederhana atau pun digunakan untuk berjalan, Fresh Foam X More v4 menawarkan keselesaan maksima.

New Balance Fresh Foam X More v4  – Tebal, Ringan & Lembut Bagaikan Berlari Di Atas Awan

Secara keseluruhannya, New Balance Fresh Foam X More v4 mampu memberikan apa yang dicari pelari yang ingin kasut yang lengkap secara pakej – selesa, ringan dan berprestasi tinggi. Buat anda yang berminat boleh dapatkan kasut larian ini di outlet New Balance seluruh negara dan juga laman sesawang mereka di sini pada harga RM779.

Rating MASKULIN – 4.5/5

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI