Bayangkan kereta Batman versi sebenar berada di garaj rumah anda. Bukan main-main, bukan set sekadar dalam filem – tapi satu jentera ikonik yang betul-betul boleh dipandu atas jalan raya. Itulah realiti buat bintang bola sepak Brazil, Neymar Jr, yang baru sahaja membeli sebuah kereta Batmobile Tumbler bernilai AS$1.5 juta (RM6.3 juta).

Kereta yang diinspirasikan daripada trilogi filem Dark Knight arahan Christopher Nolan ini adalah satu daripada hanya 10 unit yang dibina khas oleh Warner Bros sempena ulang tahun ke-85 watak Batman. Eksklusif. Rare. Gila maskulin.

Jentera Gaya Adiwira, Kuasa Seorang Juara

Batmobile Tumbler ini bukan sekadar ‘cantik’ di mata. Ia adalah satu paduan teknologi, kuasa dan gaya yang menggambarkan keperibadian seorang lelaki dominan seperti Neymar. Dengan enjin V8 6.2 liter dan 525 kuasa kuda, jentera sepanjang 4.65 meter dan selebar 2.8 meter ini sememangnya bukan untuk mereka yang berjiwa kecil.

Ads
Neymar Beli Kereta Batman Harga Lebih RM6 Juta
Replika kereta Batmobile Trumbler yang mirip kenderaan ikonik milik Batman. – Instagram

Inilah simbol kekuatan. Inilah simbol lelaki yang berani menonjol dan tidak takut jadi luar biasa.

Ads

Bila Minat Jadi Koleksi Eksklusif

Bagi Neymar, pembelian Batmobile ini bukanlah sekadar mainan mewah. Ia adalah bukti cinta sejatinya terhadap karakter Batman yang telah lama menjadi ikon dalam hidupnya. Malah menurut laporan, Neymar tidak pernah ketinggalan menyaksikan setiap tayangan filem Batman di layar perak.

Ads

Dan sekarang, dia bukan sahaja menonton – tapi dia miliki sebahagian daripada dunia itu. Fantasi zaman kanak-kanak kini jadi kenyataan, kerana dia berani untuk mengejar apa yang dia minat.

Hidup Gaya Billionaire

Kereta Batman bukan satu-satunya ‘mainan’ Neymar. Pemain Al-Hilal ini juga mempunyai sebuah penthouse di Dubai bernilai RM211 juta, hartanah di Miami, dan pulau persendirian di Brazil. Kehidupan Neymar adalah contoh jelas bagaimana lelaki moden bukan hanya perlu berjaya dalam kerjaya, tapi juga bijak merancang gaya hidup – penuh cita rasa, personaliti dan keberanian.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads