Tugas anggota polis untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat bukahlah satu tanggungjawab yang mudah. Mereka bersedia berkorban apa sahaja demi menegakkan kebenaran dan juga memastikan keamanan dapat dilaksanakan demi agama, bangsa dan negara.
Bertindak sebagai barisan hadapan, anggota polis di negara kita dan juga seluruh dunia memainkan peranan sangat penting tatkala berdepan dengan penularan pandemik. Disebabkan itulah mereka juga harus diberi sokongan dan kelengkapan yang terkini untuk melancarkan tugasan harian.
Di antaranya ialah kereta peronda polis yang digunakan secara harian untuk meronda dan meninjau kawasan. Tidal dinafikan, ramai yang tertarik dengan kereta peronda polis.
Kali ini MASKULIN inign kongsikan beberapa kerta peronda polis dari beberapa buah negara yang cukup menarik. Dubai dikenali sebagai sebuah kota yang polisnya dilengkapi supercar seoerti Ferrari, Lamborghini dan Bentley.
Bagaimana pula dengan negara lain? Apakah jenis kereta yang digunakan? Ikutinya di bawah.
ITALI
Alfa Romeo Giula Quadrifoglio
Kereta sedan dengan enjin 3.0 liter twin-turbocharged V6 ini mempu menjana 500 kuasa kuda. Menjadi jentera kebanggaan pasukan polis di Itali.
Ads
UNITED KINGDOM
Lexus IS-F
Pemilihan Lexus IS-F dilakukan oleh pasukan polis UK kerana ia mampu memecut laju dengan kestabilan yang baik walaupun sarat dengan pelbagai kelengkapan.
UNITED KONGDOM (WALES)
Ford Ranger Raptor
Sesuai dengan kondisi muka bumi yang agak mencabar, pemilihan Ford Ranger Raptor dilihat sesuai untuk penggunaan harian pasukan polis di Wales. Dengan enjin 2.0 liter diesel ia mampu menjana 210 kuasa kuda.
Ads
AUSTRALIA
KIA Stringer
Pasukan polis di Queensland, Australia menggunakan kereta peronda dari model KIA Stringer. Walaupun penampilannya nampak seperti biasa namun ia dilengkapi enjin twin-turbo V6 dengan 365 kuasa kuda!
ITALI
Jeep Grand Cherokee
Ads
Pasukan polis Itali dikenali dengan nama Carabinieri merupakan pasukan keselamatan disegani. Antara cabang atau cawangan utamananya ialah anti-keganasan yang tampil menggunakan Jeep Grand Cheerokee.
AUSTRIA
Porshe Carrera 911
Dengan kereta seperti ini pastinya penjenayah pun berfikir banyak kali untuk melarikan diri. Pasukan polis Austria sebenarnya menggunakan kereta ini bagi memberikan teladan yang baik buat pengguna yang memiliki kereta laju seprti Porshe Carrera 911.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kalau masih ada saman jalan raya tertunggak, jangan tunggu sampai hujung tahun baru nak kelam kabut. JPJ dah beri peringatan keras untuk bayar sebelum 31 Disember atau nama kau berisiko kena blacklist.
Menurut Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, ada lebih 1.9 juta saman tertunggak yang masih belum dijelaskan. Yang paling tinggi, saman kamera AwAS (Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik) dengan lebih 1.4 juta notis, selain notis berkaitan ubah suai dan pemeriksaan kenderaan.
Tawaran Kadar Istimewa – Bayar RM150 Je
Kerajaan bagi peluang dengan tawaran flat rate RM150 untuk setiap saman yang diselesaikan sebelum tarikh akhir. Bukan itu saja, pengguna jalan raya juga dikecualikan daripada mata KEJARA sepanjang tempoh promosi ini. Tapi lepas 31 Disember, kadar akan kembali ke RM300 dan KEJARA tetap dikenakan.
Kenapa Kena Selesaikan Awal?
Elak disenarai hitam JPJ & PDRM – lesen, cukai jalan dan urusan rasmi lain tak sangkut.
Rekod kewangan lebih bersih – penting untuk urusan bank atau pinjaman.
Tak perlu risau roadblock – perjalanan lebih tenang.
Jimat RM150 setiap saman kalau bayar sekarang.
Lokasi Panas Saman AwAS
JPJ dedahkan, lokasi paling banyak saman direkodkan ialah di Terowong Menora, Perak, dengan purata 3,000 saman sehari ketika musim cuti sekolah dan perayaan. Negeri paling tinggi jumlah saman pula ialah Selangor, Perak dan Johor – kawasan dengan kamera AwAS paling banyak.
Cara Semak & Bayar Saman Dengan Mudah
Portal MyEG
Portal mySIKAP (JPJ)
Aplikasi MyJPJ
SMS “JPJ SAMAN [No IC / No Plat]” ke 15888
Bayar di kiosk JPJ, Pejabat JPJ, UTC atau Pejabat Pos
Maskulin Reminder
Ingat bro, saman bukan sekadar angka – ia cerminan disiplin di jalan raya. Lelaki maskulin tak tunggu sampai kena tindakan keras. Ambil peluang kadar RM150 ni, settle semua saman tertunggak dan mulakan tahun baru dengan rekod yang bersih.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Salam untuk anda semua pembaca setia MASKULIN dan penonton program TV berteraskan auto paling senasi di Malaysia, ‘RODA PANAS’. Diharapkan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan selamat hendaknya.
Dengan kadar penularan wabak COVID-19 yang ‘mengganas’ semula, kami di MASKULIN berharap anda terus sejahtera bersama keluarga. Terus amalkan SOP dan stay safe!
Bagi mengisi kelapangan masa yang ada tontonlah program TV yang menarik serta berilmiah seperti ‘RODA PANAS’. Istimewa pada episod kali ini, ‘RODA PANAS’ membawakan serta mengetengahkan seorang personaliti wanita buat pertama kali.
Beliau ialah usahawan yang cukup disegani dalam industri kosmetik dan juga pelbagai bidang perniagaan lain dikenali dengan nama Tinie Sulaiman.
Hobi dalam bidang auto kini terbukti bukan sahaja untuk lelaki. Tidak dinafikan indsutri ini memang banyak didominasi oleh lelaki namun itu tidak bermakna kaum wanita terutamanya yang berjaya seperti Tinie Sulaiman tidak boleh menonjolkan minat mendala mereka pada kereta.
Dan kerera yang dibawakan oleh beliau untuk dikongsikan bersama hos, Remy Ishak pada minggu ini bukanlah calang-calang kereta. Malah, tidak dinasikan kedua-dia kereta ini merupakan idaman ramai lelaki!
Dua kereta miliknya yang dimaksudkan ialah Nissan GTR R35 dan Lamborghini Huracan! Menerusi episod ini, Remy Ishak bakal menemu bual Tinie Sulaiman tentang minatnya terhadap dunia auto terutamanya pada dua buah kereta kesayangannya.
Beliau kini memiliki sebanyak sembilan buah kereta dan dua kereta yang dibawakan istimewa untuk ‘RODA PANAS’ merupakan yang paling disayanginya.
Menjadi tetamu wanita pertama dan juga yang pertama membawakan dua kereta untuk dikongsi bersama ‘RODA PANAS’ menjadikan episod ke-7 ini sebagai wajib tonton untuk kita semua!
Ingin tahu apakah modifikasi yang dilakukan oleh Tinie Sulaiman terhadap Nissan GTR R35 dan Lamborghini Huracan miliknya?
Jangan lupa saksikan ‘RODA PANAS’ pada malam esok, 24 Mei 2021 pada jam 9:30 malam di Astro Naura atau boleh strim menerusi Astro Go.
Buat anda yang sudah memiliki kereta mungkin sudah masak dan tahu tentang betapa pentingnya untuk memiliki insurans kenderaan. Tapi tidak dinafikan dengan wujudnya pelbagai jenis polisi berbeza kadang-kadang proses memilih insurans terbaik itu agak menyukarkan.
Tapi tahukah anda memilih polisi insurans kereta yang sesuai tidak semestinya dihadapi dengan sukar. Apa yang palingpenting ialah mendapatkan maklumat dan info dengan batul dengan turut mengetahui faktor yang patut dipertimbangkan. Jika dilakukan dengan betul cabaran memilih polisi insurans mungkin hanyalah semudah memesan secawan kopi.
Berikut MASKULIN kongsikan 5 langkah dan tip cepat dan mudah mampu membantu anda memilih polisi insurans yang terbaik.
SEDIAKAN DOKUMEN LENGKAP
Pertama sekalu mulakan dengan perkara asas. Pastikan anda mempunyai dokumen yang betul dan terkini untuk diri sendiri, pemandu lain dan sudah tentunya kenderaan itu sendiri. Sebagai contoh, salinan kad pengenalan atau pasport untuk semua pemandu yang ingin didaftarkan pada kenderaan dan butiran pendaftaran kereta.
Jika anda pemilik kereta sedia ada, pastikan anda menyediakan polisi insurans anda yang terdahulu. Ia sangat berguna apabila membandingkan had perlindungan anda sebelum ini dan butiran lain dengan polisi baharu anda.
Bagi sesetengah orang dokumen insurans mungkin nampak seperti himpunan teks dan doumen mengelirukan. Sebagai contoh, apakah perlindungan nilai yang dipersetujui, penambahbaikan, elaun bantuan banjir dan sebagainya?
Sama seperti bagaimana kita perlu menjalani penilaian kesihatan oleh doktor semasa mendaftar untuk polisi insurans hayat, anda perlu mengetahui nilai kereta anda sebelum melindunginya dengan insurans.
Ia agar liputan yang dibeli adalah memadai. Mungkin anda tidak perlu membuat penilaian untuk kereta baharu, tetapi ia sememangnya maklumat penting untuk kereta lama. Selain itu, pastikan kereta anda didaftarkan dengan jenama, model dan tahun pembuatan yang betul untuk penilaian optimum pada polisi anda.
CARA TERBAIK DAPATKAN POLISI
Tidak kiralah sama ada membeli polisi insurans untuk kereta baharu atau hanya memperbaharui polisi sedia ada, pembelian insurans daripada pengedar kebiasannya merupakan pilihan terbaik. Bukan sahaja mudah malah lebih menjimatkan masa. Tambahan pula anda boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dengan polisi yang direka khas untuk kereta dan keperluan anda.
Agen pengedar anda tentunya mahir dalam selok-belok pilihan polisi sambil dapat memberikan nasihat profesional. Tambahan pula, agen pengedar akan menjadi sumber sokongan terbaik apabila anda memerlukan bantuan dalam situasi yang tidak diingini.
Sebagai contoh, dia akan dapat membantu anda mendapatkan Auto Assistance, jika kereta anda rosak, jika anda perlu menggantikan tayar pancit atau bateri, malah ketika kereta anda kehabisan minyak.
Jika terlalu cerewet berkemungkinan besar pemilihan polisi sesuai tidak akan ada kesudahannya. Sudah tentu kos premium adalah komponen utama dalam membuat keputusan.
Namun kita juga perlu ingat supaya meneliti kos dan yuran tersembunyi dalam terma dan syarat. Amat penting untuk menyemak nilai yang diinsuranskan dan takat perlindungan, serta jenis pembayaran sekiranya berlaku kerugian menyeluruh, serta faedah lain yang ditawarkan.
Sebagai contoh, pemilik kereta lama hendaklah sentiasa menyemak butiran seperti dasar penambahbaikan. Ini kerana anda pastinya tidak mahu ditimpa bil besar yang tidak dijangka sekiranya banyak kerja pembaikan diperlukan.
Anda juga dinasihatkan tidak terlepas pandang ciri-ciri lain dalam pelan insurans seperti liputan gabungan untuk perlindungan tambahan, perlindungan cermin depan, perlindungan kerosakan banjir, perlindungan inklusif untuk semua pemandu dan banyak lagi.
PEMBELIAN POLISI
Selepas berpuas hati kini tiba masanya untuk anda menurunkan tandatangan. Tapi jangan lupa, urusan memperbaharui polisi insurans adalah tugas tahunan, meskipun anda tidak banyak melakukan perjalanan kebelakangan ini.
Sentiasa ingat untuk memperbaharui insurans kereta anda tepat pada masanya untuk memastikan anda dilindungi sepenuhnya, tidak kira sama ada anda memandu setiap hari atau pun kereta anda tidak bergerak selama berbulan-bulan.
Akhir sekali, memandangkan keadaan hidup kita sentiasa berubah, semak keperluan insurans setiap tahun dan semak sama ada polisi insurans yang anda miliki masih bersesuaian. Jangan hanya memperbaharui polisi semasa secara automatik. Keperluan kita sering berubah, jadi liputan insurans juga perlu berubah.
Bagaimana jika anda boleh memilih daripada polisi yang direka khas untuk kereta anda – dan anda boleh membeli dan memperbaharui polisi secara terus dengan pengedar, tanpa perlu bersusah payah, daripada pusat sehenti yang menawarkan semua yang diperlukan untuk kereta kesayangan anda.
Melalui Program Insurans Proton, PROTON menawarkan pelanggannya pilihan daripada enam penyedia utama (Allianz General Insurance, AmGeneral Insurance, Liberty General Insurance, Zurich General Insurance, Etiqa General Takaful and Zurich General Takaful), termasuk perkhidmatan nilai tambahan khas dan sokongan 24 jam sehari untuk mengurangkan kebimbangan.
Ia hadir tanpa sebarang kos tambahan. Program Insurans Proton juga menawarkan elaun bantuan sehingga RM1,000 jika kereta rosak akibat banjir; perlindungan sehingga RM1,000 untuk membaiki atau menggantikan kunci kereta anda jika hilang atau rosak akibat kecurian (iaitu ragut, rompakan atau pecah rumah) dan penepian kos penambahbaikan sehingga 10 tahun.
Itu merupakan satu manfaat jika anda bercadang menggunakan kereta bagi jangka masa panjang.
Selain itu, pelanggan juga menerima perlindungan nilai yang dipersetujui sehingga 12 tahun, di mana pembayaran untuk jumlah tuntutan kerugian adalah berdasarkan nilai yang dipersetujui dalam polisi bergantung pada model dan tahun pengeluaran kereta anda – lebih berbaloi berbanding dengan pembayaran berdasarkan nilai pasaran kenderaan anda yang dikira pada masa tuntutan.
Pelanggan Program Insurans Proton juga boleh menikmati kelulusan tuntutan segera* sekiranya berlaku tuntutan kemalangan – tanpa memerlukan sebarang khidmat penyelaras!
Untuk mengurangkan lagi kerisauan, anda juga akan mendapat bantuan 24 jam semasa perjalanan dan untuk penundaan dengan menghubungi Talian Perkhidmatan Penjagaan PROTON di 1-800-88-8398.
Akhir sekali, untuk menambah lagi manfaat, kos RM10 untuk mendaftar setiap pemandu tambahan juga akan diketepikan, yang mana Program Insurans Proton akan memperakui setiap pemandu yang anda benarkan tanpa sebarang kos tambahan. Jika berminat, ketahui lebih lanjut mengenai Program Insurans Proton di https://www.proton.com/en/shopping-tools/proton-insurance-program.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.