Sejauh manakah anda menetapkan kedudukan cermin sisi pada kedudukan paling baik untuk penggunaan dan pemanduan harian. Adakah selamat ini anda menggunakannya dengan betul?
MASKULIN tertarik dengan satu perkongsian dari pengguna Instagram @thisisbeng_, pempegaruh yang sentiasa berkongsikan tip kereta.
Menerusi perkongsian ini dia menjelaskan tip bagaimana nak setting cermin sisi dan menggunakannya dengan baik. Sebenarnya ramai yang tahu tahu!
Tahukah anda selain untik tengok kenderaan atau objek di belakang pada bahagian sisi, cermin sisi juga boleh jadi sepertu satu ‘pembaris’ atau penentu ukur? Ikuti cara terbaik menggunakan cermin sisi untuk faktor keselesaan dan juga keselamatan anda dan kereta.
PERTAMA – CARA TETAPKAN KEDUDUKAN
Pada bahagian pemandu adjust sehingga anda nampak handle atau pemegang pintu hadapan pada sudut penjuru kiri di bawah. Manakala pada bahagian penumpang hadapan pula adjust sehingga nampak pemegang pintu hadapan di penjuru bawah bahagian kanan.
Meletakkan cermin sisi pada kedudukan ini mampu mengurangkan risiko blind spot atau titik buta ketika anda memandu.
Ads
KEDUA – JARAK SELAMAT TUKAR LORONG
Pandangan pada cermin sisi pastikan anda pisahkan dalam kedudukan separuh-separuh. Jika kereta di belakang berada du kududukkan kiri bermakna selamat untuk menukar lorong. Ini kerana jaraknya dengan kereta anda masih jauh.
Tapi jika ia nampak di bahagian kanan bermakna kereta di belakang sudah terlalu rapat dengan kereta anda dan jangan menukar lorong!
KETIGA – JARAK UNTUK SIDE PARKING
Tidak dinafikan masih ramai yang bergelut untuk meletakkan kereta dalam situasi side parking. Ini kerana mungkin sukar nak agak jarak tayar dengan jarak divider atau penghadang. Pastikan pintu nampak dalam cermin sisi.
Ads
Selarikan dengan keudukan penghadang jalan atau divider. Itulah jarak sesuai untuk parking dengan selamat.
KEEMPAT – AGAK JARAK HADAPAN
Ketika ingin parking juga kita kadang-kadang susah nak agak jarak di antara kereta dan divider. Jika terlajak boleh ‘sagat’ pula bumper hadapan.
Caranya mudah sahaja sebenarnya. Ketika menggerakkan kereta ke hadapan perhatikan cermin sisi. Pastikan bahagian garisan bawahnya selari dengan curb, divider atau penghadang.
Ia bermaksud jarak kereta dan divider pada kondisi yang terbaik dan selamat.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat untuk anda. Selamat mencuba!
Selepas pengumuman pembelian pegangan saham Proton Holdings Berhad (Proton) sebanyak 49.9 peratus oleh pihak Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), pelbagai reaksi dilontarkan oleh netizen. Ada yang menyambut baik dan tidak kurang bersikap skeptikal.
Diharapkan rakan strategik asing (FSR) Proton yang baru ini akan bersama-sama memacu pasaran automotif tempatan. Pada masa sama, pihak Proton boleh memanfaatkan kelebihan yang ada pada Geely.
Sebelum kedua-dua pihak menandatangani Perjanjian Muktamad Julai hadapan, marilah sama-sama kita melihat kembali era Proton yang punya nilai sentimental kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semuanya bermula pada 1979, Bapa Pemodenan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan idea untuk membangunkan industri pemasangan dan pengeluaran automotif di Malaysia.
Tun Mahathir memasang impian untuk mempercepatkan keupayaan perindustrian Malaysia agar seiring dengan negara-negara maju. Impian Tun semakin hampir kepada realiti apabila Kabinet meluluskan Projek Kereta Nasional pada 1982.
Impian Malaysia mempunyai jenama kereta nasional menjadi kenyataan apabila Proton rasmi ditubuhkan pada 7 Mei 1983.
Kemudian lahirlah Proton Saga pada 9 Julai 1985 yang menjadi model pertama Proton dan kebanggaan rakyat Malaysia.
Ismail Jaafar, pesara tentera merupakan insan yang mencipta nama model pertama Proton tersebut. Saga diambil daripada nama benih pokok Saga yang biasa ditemui di Malaysia. Pasaran baru Proton Saga ialah Singapura pada ketika itu.
Pada 1986, Proton meraikan pengeluaran ke 10,000 kenderaannya (setahun selepas Proton Saga dilancarkan). Kemudian, Proton melancarkan model sedan Proton Saga 1.5 liter dan model Aeroback.
Selepas itu, lebih daripada 50, 000 unit Proton Saga diproduksi dan dijual di Bangladesh, Brunei, New Zealand, Malta dan Sri Lanka. Tidak lama kemudian, Proton diedarkan ke United Kingdom.
Pada 1988, Proton menyertai British International Motorshow dan membawa pulang tiga anugerah iaitu kategori kualiti, ergonomik dan coachwork.
Proton terus melangkah ke hadapan apabila mencapai 1 juta pengeluaran pada 1996. Angka tersebut dibantu dengan beberapa pelancaran model signifikan antaranya Tiara, Wira 2.0 diesel dan model dua pintu Putra. Tidak ketinggalan model sedia ada Wira, Satria dan Perdana. Pada tahun yang sama juga Proton membeli pegangan saham Lotus.
Proton mula memperkenalkan enjin prototaip CamPro di kilang Lotus di Norwich, United Kingdom. Enjin CamPro dibangunkan bagi menunjukkan keupayaan Proton menghasilkan enjin dengan kuasa lebih baik dan memenuhi standard emisi.
Kereta sedan Gen 2 merupakan model pertama yang menggunakan enjin CamPro pada 2004. Empat tahun selepas itu, varian enjin Campro mula diperkenalkan- CPS dan IAFM. Enjin CPS digunakan pada model Waja dan Gen 2 Facelift sementara enjin IAFM pada model Proton Saga.
Pada 2008, Proton memperkenalkan logo baru sempena pengeluaran tiga juta kenderaannya. Saga baharu adalah model pertama yang menggunakan logo hitam dan krom.
Pada 2009, Proton Edar Sdn Bhd dan Edaran Otomobil Nasional Berhad melakukan Perjanjian Jualan Master bagi merasionalisasikan semula rangkaian jualan dan servis Proton. Ini bagi memastikan pengagihan lebih efisien.
Proton mengukuhkan lagi kejayaan dengan pengenalan MPV pertamanya – Exora pada 2009. Exora diterima secara meluas di Malaysia dan juga Thailand. Model tersebut diiktiraf dalam ‘Senarai 10 Kereta Terbaik di Thailand” oleh akhbar Bangkok Post.
Proton mula membangunkan kenderaan elektrik dan hibrid. Pada 2010, Proton mengambil bahagian dalam Royal Automobile Club Brighton dengan mempertaruhkan Saga EV dan Exora REEV. Proton mencapai kejayaan apabila Exora REEV dianugerahkan kereta REEV terbaik.
Proton memperkenalkan varian enjin turbo CamPro. Enjin 1.6 liter Campro CFE itu mula diperkenalkan pada Exora Bold dan Exora Prime. Dengan keazaman untuk menguasai pasaran antarabangsa, Proton memperkenalkan Preve yang digelar sebagai kereta global pertama Proton pada 2012. Pada Februari 2013, Preve melakar sejarah pertama apabila mencapai 5 bintang dalam penilaian ANCAP Australia.
Pada 2012 merupakan era baru buat Proton apabila berada di bawah konglomerat DRB-Hicom Berhad. Beberapa bulan selepas pelancaran rasmi Preve pada April 2012, Preve dilancarkan ke Australia, Thailand dan Brunei.
Kumpulan Lotus kemudian melancarkan flagship Lotus di Regent Street London dan memperkenalkan model Exige S baru pada Julai 2012. Di Kuala Lumpur, Lotus Cars Malaysia membuka flagship pertama di Sungai Penchala, Damansara dan memperkenalkan dua kereta baru untuk pelanggan Malaysia – Exige S dan Elise S.
Hujung 2012, Proton memperoleh semua teknologi enjin dan pengetahuan yang dibangunkan oleh Petronas sejak 1997. Dengan pengambilalihan itu, Proton memiliki barisan enjin berprestasi 2.0 liter pengecas turbo dan aspirasi natural serta enjin 2.2 liter bagi melengkapkan barisan enjin Campro sedia ada.
MASKULIN yakin anda mungkin pernah melihat kelibat kereta yang menggunakan tayar dan modifikasi ‘hellaflush’ atau juga digelar ‘tayar kangkang’ di atas jalan raya.
Selama ini, penuli sendiri berasa kagum dengan kesungguhan peminat kereta modifikasi ini yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan penampilan kereta seperti ini.
Tidak keterlaluan dikatakan trend ‘hellaflush’ ini semakin mendapat sambutan dan popular di kalangan segelintir peminat auto di Malaysia.
Tapi adakah ia sejenis bentuk modifikasi yang dibenarkan dari segi undang-undang?
Menerusi satu hantaran di Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) menjelaskan bahawa ubah suai kenderaan menggunakan tayar hellaflush adalah satu kesalahan dan boleh didenda sehingga RM2,000.
Jelas PDRM lagi, Trend mengubah suai kereta menggunakan tayar “Hellaflush” semakin menjadi ikutan di kalangan segelintir pemilik kenderaan di Malaysia.
Pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat daripada kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi dengan cekap sehingga merisikokan nyawa pemandu serta pengguna jalan raya lain.
Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 6, Akta Penngangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59, iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.
Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan.
Buat pemilik kereta yang melakukan modifikasi ini, tidak terlambat untuk anda menukar semula kepada bentuk asal. Atau mungkin kekalkan sahaja jika kereta tersebut bukan untuk kegunaan harian dan dijadikan koleksi peribadi sahaja.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video auto menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Wah, memang gempak! Depan motosikal, belakang kereta.” Itulah ayat-ayat normal yang akan terpacul dari bibir peminat kenderaan yang diubah suai.
Tambahan pula, memang ada orang yang mempunyai minat yang sangat luar biasa dalam bidang automotif. Apabila tersangat kreatif, pelbagai idea luar kotak boleh muncul.
Misalnya menerusi Facebook Turbo & Stance, laman tersebut ada berkongsi beberapa koleksi gambar motosikal yang telah diubah suai oleh Boss Hoss Cycles Germany.
Pada bahagian hadapan, masih jelas nampak seperti rupa motosikal tetapi pada bahagian belakangnya, terlihat pula rekaan seperti bumper kereta.
Bagaimana? Luar biasa bukan? Apa-apa pun, idea untuk mereka kenderaan ini memang betul-betul ‘rare’ dan di luar kotak fikiran kita.
Sesekali pandang, macam berkonsepkan ala-ala Batman pun ada juga. Apa pandangan anda? Kongsikan bersama kami!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.