Taman Tema Sunway Lagoon sekali lagi menganjurkan malam seram yang ikonik, Nights Of Fright 9 (NOF9), menjanjikan pengalaman yang lebih seram dan ikonik.

Merupakan tahun kesembilan penganjuran sejak pertama kali diperkenalkan pada 2013, NOF9 kali ini tampil dengan lapan rumah hantu bertema, 11 tunggangan yang mendebarkan, dua zon menakutkan, dua persembahan pentas serta Scarytales Theater yang baharu dan lebih besar.

Berikut pula merupakan antara rumah hantu baharu yang diperkenalkan untuk tahun ini

1. Texas Chainsaw Massacre – Out. Back. Attack!

Nights Of Frights 9 Tampil Lebih Seram Dengan Empat Tarikan Baharu

IKLAN

Peminat filem seram slasher pasti tidak asing lagi dengan siri filen Texas Chainsaw Massacre ini. Rumah hantu ini dibina berasaskan rumah antagonisnya, Leatherface yang dipenuhi dengan koleksi anggota badan mangsa-mangsanya.

2. Animalium

Rumah hantu ini berkisar tentang tanah terbiar yang toksik di penghujung usia dunia. Manusia yang masih hidup pada ketika itu telah bertukar rupa kepada separuh manusia separuh haiwan, atau dikenali sebagai “humanimal”.

3. The Legend Of Sweeney Todd: Barbershop Killer Of Fleet Street

Nights Of Frights 9 Tampil Lebih Seram Dengan Empat Tarikan Baharu

IKLAN

Satu lagi filem seram psiko slasher ikonik menjadi inspirasi rumah hantu ini. Berkisar mengenai Sweeney Todd iaitu seorang tukang gunting rambut di kota London yang mengelar leher pelanggannya menggunakan pisau cukur. Mangsa-mangsanya kemudian akan diserahkan kepada rakan subahatnya, Mrs. Lovett yang akan menggunakan daging mereka sebagai inti pai jualannya.

4. Murder At Madame Zhu’s

Rumah hantu kali ini berlatarkan sebuah restoran dari Hong Kong, Madame Zhu’s Noodle House. Melangkah ke rumah hantu ini, anda akan menyaksikan ruang makan yang ekslusif dengan kehadiran tukang masak dan pelayan restoran yang gila.

IKLAN

Dalam pada itu, NOF9 masih mengekalkan beberapa rumah hantu yang menjadi kegemaran pengunjung dari tahun sebelumnya seperti Hammer-Icons Of Horror dan The Asylum. NOF9 akan berlangsung pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula 29 September hingga 31 Oktober 2023, dari 7.30 petang hingga 11.30 malam.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MASKULIN (@maskulinmag)

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI