Bagi peminat sneakers dan hypebeast terutamanya Nike Air Max 97 merupakan antara model kasut yang wajib ada dalam simpanan koleksi mereka.
Bila bercakap tentang Air Max 97, secara automatik penggemar sneakers akan terus bayangkan warna ikoniknya yang paling popular iaitu Silver Bullet.
Sebagai antara peneraju dalam pengeluar barangan sukan Nike sentiasa tampil dengan pembaharuan serta eksperimen khusus buat peminat jenamanya.
Ads
Terbaru menerusi Nike Golf, mereka memperkenalkan Air Max 97 G. Menggunakan silhoutte Air Max 97, kasut ini merupakan gabungan kasut gaya hidup dan juga golf.
Ads
Digelar dengan nama ‘Le Silver’ oleh peminatnya ketika mula-mula diperkenalkan di Itali pada tahun 1997, kasut Nike ini boleh dikatakan sebagai antara model paling ikonik pernah ‘dilahirkan’.
Ads
Pada bahagian upper dan midsole, model ini mengekalkan estetika Air Max 97. Cuma apa yang berbeza ialah pada bahagian outsole dan tapak. Sesuai untuk kegunaan pelbagai permukaan terutamanya rumput, ia mempunyai rekaan ‘spiky’ untuk cengkaman lebih kuat.
Jadi buat peminat sneakers dan golf, inilah kasut yang tidak harus anda lepaskan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki kurus pun boleh bergaya dan tampak kacak dan macho tapi perlu kena dengan cara.
Siapa cakap lelaki kurus ini senang dalam berfesyen berbanding mereka yang berbadan lebih besar. Sedangkan pada hakikatnya, lelaki badan kurus antara yang sering bermasalah dalam memilih pakaian.
Tapi jangan risau, anda ikut je tip di bawah :
Sudahlah berbadan kurus, kenakan pakaian fit pula! Anda mungkin berasa selesa tetapi pada pandangan mata awam, anda dilihat sebagai ‘tulang bergerak’ dan tidak kelihatan sebagai lelaki yang mempunyai ciri-ciri pelindung kepada seorang wanita.
Anda digalakkan pakai pakaian berwarna putih yang ada grafik warna atau bercorak. Ia dapat membuatkan tubuh keding tidak ditonjolkan kerana jika anda memakai t-shirt sebagai contohnya, warna putih di samping grafik yang berwarna lain dapat mengalihkan pandangan orang ramai terhadap kamu dan kombinasi warna putih dan warna lain membantu membuat kamu kelihatan sedikit berisi.
Selalunya lelaki berbadan kurus ini memiliki leher panjang. Sehubungan itu, elakkan memakai baju yang tidak berkolar kerana ia membuatkan anda kelihatan lebih kurus. Sebaiknya, pilihlah T-Shirt yang berkolar kerana ia membantu menampakkan dada kamu kelihatan lebih bidang dan tegap.
Tentang seluar jeans pula, pilihlah yang tidak terlalu longgar sebolehnya biar nampak selari dengan peha dan kaki, kerana jika terlalu longgar atau besar seluar jeans yang dipakai itu hilang cirinya. Jangan pakai sampai terlondeh pula ye!
Antara yang perlu dititik beratkan dan elakkan memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penampilan sedemikian akan menampakkan anda kelihatan lebih kurus Sebaik-baiknya, biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk muka yang kecil ataupun dengan tampilan fesyen rambut sedikit spiky. Bagi yang suka menyimpan rambut pula, lebih elok potong rambut bagi selari dengan bentuk muka. Jika rambut lebih tebal atau besar ia akan meneggelamkan muka kamu dan membuat orang ramai nampak seperti ‘batang mancis’
Semoga bermanfaat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama yang dianggap sebagai di antara perintis fesyen denim terkemuka di dunia, Levi’s sentiasa hadir dengan pelbagai pendekatan serta inovasi bagi memberikan pengalaman menarik kepada pelanggangnya.
Terbaru, Levi’s melancarkan butik dengan konsep lebih mengujakan. Terletak di aras 3 Suria KLCC, butik dikenalid engan nama jolokan INDIGO menyerlahkan keunggulan, keaslian serta ketulenan jenama denim ini.
Menurut Pengurus Levi Strauss Malaysia & Singapura, Imran Butt, “Butik INDIGO in direka bagi meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah untuk peminat-peminat setia kami, termasuk penggemar fesyen golongan muda.
Dengan menampilkan daya tarikan Levis yang santai, butik berformat besar ini membolehkan kami mempamerkan himpunan produk gaya hidup yang lebih meluas di samping menghidupkan lagi kisah jenama kami! Ini nyata mencerminkan visi jenama bagi mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan pelanggan sedia ada dan juga pelanggan berpotensi,”
Denga keluasan 203 meter persegi, ia menjadi butik pertama dengan konsep yang berkonsep baharu dan direka untuk menyampaikan visi global secara konsisten.
Selain itu, ia turut menggunakan teknologi terkini dengan sebaiknya menerusi kepelbagaian penyesuaian dan keupayaan omnichannel bagi menyediakan pengalaman membeli-belah yang dipertingkatkan untuk pengguna. Keupayaan omnichannel menerusi sistem AOS ini menawarkan konsep endless-aisle untuk pelanggan mencari saiz dan padanan yang sesuai.
Pada ruangan masuknya, pameran pembukaan dalam bentuk skrin LED gergasi jelas terpapar. Suasana serba baharu bagi rekaan dalaman yang berkonsep terbuka, luas serta dipenuhi cahaya pastinya menarik perhatian serta-merta apabila memasuki butik ini.
Dengan kawasan membelek pakaian yang luas untuk diterokai, pelanggan berpeluang melihat lebih banyak koleksi terkini yang menarik – daripada padanan denim ikonik menggunakan fabrik mampan, lalu beralih kepada koleksi gaya hidup bukan-denim seperti Red Tab Sweats dan pakaian santai, hinggalah kepada himpunan premium Koleksi Vintaj Levi’s serta koleksi Levi’s Made & Crafted yang malar segar.
Sebagai bukti kepada dedikasi dan keghairahan untuk menyerlahkan ekspresi diri menerusi kreativiti, hasil pertukangan dan usaha mampan, Levi’s turut memperkenalkan Tailor Shop sepenuhnya (full-fledge) kepada semua peminat di Malaysia. Ruang jahitan dan pengubahsuaian ini menawarkan perkhidmatan unik dan diperibadikan yang dikendalikan oleh Tukang Jahit Utama (Master Tailor) Levi’s.
Dengan hadirnya ruangan ini sebagai nadi dalam cambahan pengalaman membeli-belah di Levi’s, pelanggan berpeluang memperibadikan pembelian baharu atau menghidupkan semula barangan vintaj dengan variasi pin, butang berwarna, tampalan dan reka bentuk sulaman untuk memberi nafas baharu kepada helaian Levi’s kegemaran mereka, sama ada yang baharu atau yang sudah lama digayakan.
Di ruangan seterusnya, pelanggan dapat melihat Bar Cetakan Digital pertama di Malaysia. Pilih daripada seleksi grafik eksklusif Levi’s untuk dicetak menjadi versi kemeja-T peribadi tersendiri, yang hadir dalam rona hitam, putih dan kelabu. Nantikan kemeja-T kanak-kanak, hoodie serta beg tote yang bakal ditawarkan di Bar Cetakan Digital ini.
Buat anda yang inginkan pengalaman melakukan customization denim atau pakaian Levi’s bolehlah mengunjungi outlet ini!
Jangan lupa untuk suibscirbe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang