Nike Hasilkan Pelindung Muka PPE Buat Petugas Kesihatan Berdepan COVID-19

Share

COVID-19 bukan lagi isu serantau. Ia adalah pandemik yang menjadi isu keselamatan kesihatan utama yang melanda global. Sejak ia mula muncul di Wuhan, China pada penghujung tahun lalu pelbagai pihak telah muncul bagi membantu memerangi penularan wabak ini.

Walaupun cuba dihalang namun dengan kepesatan pergerakan manusia secara global telah menyaksikan satu dunia berdepan masalah ini. Selain pihak kerajaan serta kerjasama antarabangsa antara pihak yang boleh memainkan peranan besar adalah syarikat-syarikat gergasi dunia.

Ketika China dilanda virus ini, Nike merupakan antara jenama pertama yang melindungi pekerjanya dengan menutup kesemua operasi. Dan kini Nike telah tampil ke hadapan untuk memainkan peranan mereka yang memiliki kepakara dalam bidang penghasilan pelbagai jenis produk pakaian dan kelengkapan diri.

Terbaru Nike dilaporkan sedang menghasilkan prototaip pelindung muka yang merupakan sebahagian daripada personal protective equipment (PPE) yang digunakan oleh doktor dan petugas kesihatan untuk merawat pesakit COVID-19.

Pelindung muka ini sangat penting untuk melindungi petugas kesihatan setiap hari.

Memetik laporan Business Insider, CEO Nike, John Donahoe mengumumkan perkara tersebut menerusi persidangan video Selasa lali. Jelasnya, Nike sedang menghasilkan prototaip dengan kerjasama daripada petugas kesihatan dari Oregon Health & Science University (OHSU).

“Nike perlu memainkan peranan untuk membantu petugas kesihatan. Buat masa sekarang pasukan kami dengan kerjasama pasukan dari OHSU sedang melakukan yang terbaik bagi menghasilkan pelindung muka dan peralatan PPE yang lain,” jelasnya lagi.

Terdahulu pada awal bulan ini John Donahue dan isterinya, Eilen serta beberapa bekas eksekutif Nike telah turut serta menyumbangkan sebanyak USD7 bilion kepada OHSU bagi membantu membanteras wabak ini.

Dalam pada masa yang sama, sebuah lagi jenama terkenal dari Amerika Syarikat iaitu New Balance turut mengambil langkah yang lebih kurang sama. Kilang-kilang mereka telah diarahkan untuk menghasilkan dan menghantar topeng muka kepada hospital komuniti.

Semoga lebih banyak jenama dan syarikat gergasi mengambil langkah yang sama bagi membantu pihak kerajaan negara masing-masing memerangi COVID-19.

IKLAN