Jenama suka dan gaya hidup terkemuka dunia, Nike akhirnya melancarkan aplikasi eksklusifnya untuk pasaran Asia Tenggara. Jika sebelum ini pengguna di rantau tersebut terutamanya di Malaysia hanya menikmati pengalaman bersama jenama tersebut di laman web, kini ia hadir dalam bentuk aplikasi.
Proses transformasi digital yang dilakukan oleh Nike diteruskan terutama di rantau Asia Tenggara dan Indie dengan pengenalan Nike App. Aplikasi tersebut kini dianggap mereka sebagai platform paling pesat digunakan oleh pengguna yang mampu merasai pengalaman lebvih bersifat peribadi.
Aplikasi yang ditawarkan secara percuma tersebut bakal dilancarkan esok di Singapura, Thailand, Philippines, Malaysia, India, Taiwan dan Vietnam. Sebagai antara jenama sukan dan gaya hidup terbesar didunia, komitmen Nike dilihat cukup proaktif dalam menawarkan bukan sahaja produk tetapi pengenalan inovasi serta kemampuan teknologi ciptaannya.
Nike App menghubungkan pengguna Nike sedia ada kepada produk, bimbingan, ganjaran dan inovasi mengikut kesesuaian mereka. Selai itu, Nike App juga nakal menjadi hab yang mengubungkan pelbagai kandungan dari Nike dan boleh diakses hanya dengan pantas menggunakan telefon pintar.
“Pelancaran Nike App merupakan indikasi peluasan kritikal oleh Nike dari esgi ekosistem digital di rantau Asia Tenggara dan India,” jelas VP Nike SEA&I, Sanjay Gangopadhay.
“Menerusi pelancaran aplikasi ini kami ingin mencipta hubungan dua hala bersama pengguna tempatan dan memberikan inspirasi buat mereka di masa akan datang,” jelasnya lagi.
Pengenalan Nike App juga merupakan satu lagi ekonsistrem digital jenamanya yang sebelum ini turut menyaksikan penggunaan laman sesawang Nike.com, SNKRS web dan rakan digital seperti Lazada.
Terdapat beberapa kelebihan pengguna dapat menerusi Nike App. Kelebihan tersebut di antaranya ialah Exlusive Access di mana members berpeluang untuk mendapatkan produk terkini lebih awal dan eksklusif hanya di Nike App. Ia termasuklah setiap ‘drop’ yang akan dilakukan setiap hari Jumaat dengan produk popular seperti Air Jordan 1, Air Force 1 dan Air Max.
Selain itu, Nike App turut menawarkan Member Reward yang merupakan ganjaran dalam bentuk pelbagai promosi, akses untuk acara eksklusif dan banyak lagi. Dan bermula 12 Julai, pengguna aplikasi ini akan berpeluang menyertai cabaran sama ada menerusi NRC atau NTC Apps untuk mendapatkan akses Champions Locker.
Buat anda yang memuat Nike App bermula esok dan 22 Julai, Nike memberikan diskaun 10 perstus untuk pembelian seterusnya menerusi aplikasi itu.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI