Apakah perkara yang paling penting buat seorang yang aktif dalam sukan atau aktiviti larian?

Mungkin jawapan yang anda berikan agak berbeza tetapi MASKULIN yakin kebanyakan daripada anda pasti akan memikirkan tentang kasut larian.

Seorang pelari yang ingin mendapatkan keselesaan, kepuasan serta prestasi larian yang paling maksima seharusnya memiliki sepasang kasut larian berkualiti.

Nike merupakan antara jenama popular dunia yang sering menjadi antara peneraju utama dalam memperkenalkan teknologi kasut larian. Antara kasut larian terkini yang diperkenalkan mereka ialah Nike Zoom Pegasus Turbo 2.

NIKE ZOOM PEGASUS TURBO 2

Jadi apakah kesitimewaan yang dibawa oleh kasut yang diangkat oleh Nike sebagai kasut larian turbocharged yang ringan dan memiliki rekaan aerodinamik terbaik.

RINGAN & BERPRESTASI TINGGI

Tidak dapat dinafikan Nike amat jarang gagal menghasilkan kasut larian yang mampu memenuhi kehendak atlet. Kini mereka telah menjadi antara pelopor utama dalam menghasilkan peralatan larian hyper-prestasi buat pelari bagi mencapai potensi tertinggi.

Nike Zoom Pegasus Turbo 2 merupakan versi terkini yang dilengkapi upper sangat ringan dan menggunakan teknologi foam yang dikatakan sebagai revolusi tapak kasut beresponsif.

Ia juga merupakan model kedua daripada ‘line’ Turbo yang pernah diperkenalkan. Untuk Pegasus Turbo 2, Nike masih mengekalkan penggunaan tapak foam dan rekaan midsole yang sama dengan sedikit perubahan rekaan pada bahagaian upper. Agak berbeza berbanding yang terdahulu kerana ia tampil tanpa Flywire.

IKLAN

Pegasus Turbo 2 juga mempunyai reka bentuk lebih tirus pada bahagian atas hingga ke bahagian buku lali. Buat peggemar larian jarak sederhana dan jauh inilah di antara perubahan yang cukup dinantikan.

Ini kerana ia memberikan cengkaman kasut dengan lebih kemas dan ketat di bahagian belakang kaki dan buku lali.

TEKNOLOGI ZOOMX

Antara ciri yag paling menyerlah pada Nike Zoom Pegasus Turbo 2 ialah bahagian tapaknya yang lengkap dengan teknologi foam ZoomX.

Kelebihan utama teknologi ini ialah kemampuannya memberikan cengkaman yang baik pada bahagian kaki dengan penumpuan pada bahagian belakang dan juga jari kaki.

Corak pada bahagian tapaknya memberikan cengkaman yang mencukupi. Setiap jarak pada corak tersebut membuatkan kasut menjadi lebih ringan. Setiap patch corak tersebut juga mampu membuatkan tapak kasut menjadi jadi tahan lasak.

Jadi tidak hairanlah mengapa ramai mengatakan Nike Zoom Pegasus Turbo 2 sangat sesuai digunakan di atas apa jua permukaan.

ZoomX juga memberikan pulangan tenaga yang sangat hebat dengan purata 85% berbanding foam lain yang pernah diketengahkan Nike dengan hanya 60 hingga 65% sahaja.

UPPER YANG SELESA

Rekaan pada bahagian atas atau upper melihatkan elemen yang lebih sleek dan bersepadu seakan satu kanvas.

Dilengkapi dengan material yang ringan ia juga mempunyai banyak ruang kecil yang membolehkan kaki anda lebih ruang untuk ‘bernafas’. Namun bagi anda yang lebih gemar akan kasut mempunyai padding lebih tebal, kasut ini bukanlah untuk anda.

Oleh kerana ia memberikan fokus kepada hyper-pretasi jadi tidak pelik mengapa ia lebih ringan dan menampialkan hanya sedikit sahaja lapisan padding.

Sistem ikatan kasutnya juga dipermudahkan berbanding model terdahulu. Tanpa Flywire ia mengguakan tali kasut berpetak yang diperkuatkan dengan fabrik eyelets.

Disebabkan itu anda perlu melakukan ikatan tali dengan betul sebelum melakukan larian bagi mendapat keselesaan terbaik kerana faktor fabriknya yang lebih nipis dan ringan.