Ini merupakan projek yang cukup istimewa dan sangat eksklusif diperkenalkan oleh Nissan. Kereta model GT-R (R35) ini merupakan tribute istimewa kepada jaguh tenis muda Jepun, Naomi Osaka.
Naomi Osaka bersama salah sebuah model GT-R edisi istimewa.
Naomi yang merupakan suara Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat kini bergelar sebagai pemain di ranking keempat dunia. Bertindak sebagai duta Nissan, Naomi dilihat menjadi ikon sukan tenis dan juga inspirasi buat rakyat Jepun untuk meraih lebih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa.
Hanya 50 unit sahaja Nissan GT-R edisi istimewa dihasilkan dan Naomi memainkan peranan sangat besar dalam memilih warna kereta-kereta yang dikeluarkan.
Ads
Terdapat tiga warna yang mampu membuatkan ramai terpesona iaitu ungu, putih dan hitam. Ketiga-tiga warna tema ini juga boleh dilihat di bahagian dalam kereta yang mempunyai sentuhan berkualiti tinggi.
Ads
Turut diberi gelaran Osaka GT-R ia dilengkapi dengan carbon spoiler dan plat enjin emas. Untuk bahagian enjin dan chasis tidak ada sebarang perubahan dilakukan berbanding model biasa.
Kombinasi enjin 562 kuasa kuda twin-turbo dan ATTESA kereta ini mempunyai kuasa yang sangat luar biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila pemandu berada di belakang stereng, perkara paling penting yang perlu mereka lakukan ialah sentiasa sedar dengan keadaan sekeliling dan pada masa sama mengawal kenderaan dengan selamat. Tetapi sejauh mana pun anda berwaspada, masih terdapat situasi yang tidak dapat dielakkan atas kecuaian pemandu lain dan kadang kala diri sendiri juga.
Justeru itu, Honda komited untuk menyediakan pelanggan dengan kenderaan paling selamat yang dapat dihasilkan. Di samping menawarkan kereta dan SUV dengan skor keselamatan terbaik, Honda membangunkan Honda Sensing untuk membantu pemandu. Jadi, apakah Honda Sensing?.
Honda Sensing terdiri daripada tiga komponen utama. Kemudian terdapat tujuh ciri keselamatan yang bekerja bersama-sama yang mana setiap ciri berkenaan mempunyai tugas masing-masing dan membantu pemandu daripada terlibat dalam risiko kemalangan.
Di sini penulis akan menjelaskan setiap fungsi ciri keselamatan berkenaan:-
Di bawah kategori ini terdapat tiga ciri keselamatan yang bekerja iaitu Lane Departure Warning (LDW), Road Departure Mitigation (RDM) dan Lane Keep Assist System (LKAS). Sistem ini berfungsi meminimumkan risiko pelanggaran dari arah sisi.
Bagaimana ia bekerja?. Ciri keselamatan LDW akan memantau garisan putih jalan di kiri dan kanan menggunakan kamera monokular yang dipasang pada bahagian atas cermin utama. LDW berada dalam mod siap sedia (standby). Ia beroperasi pada kelajuan 72 hingga 180km/j.
Apabila LDW mendapati kenderaan bergerak ke arah kiri atau kanan seakan tersasar (tanpa sebab), sistem akan mengeluarkan amaran. Sekiranya pemandu tidak menarik balik stereng, maka RDM akan diaktifkan. Ciri RDM ini akan menghantar gegaran pada stereng sebelum menarik stereng dengan lembut.
Kemudian LKAS akan mengambil peranan dengan membetulkan stereng dan memastikan kenderaan kembali berada di tengah laluan. Tetapi sekiranya pemandu menggunakan isyarat membelok, sistem maklum bahawa pemandu ingin menukar laluan.
Komponen ini berperanan mengurangkan risiko pelanggaran dengan kenderaan di depan. Di bawah kategori ini Forward Collision Warning (FCW) dan Collision Mitigation Braking System (CMBS) bekerja seiring dan diaktifkan secara automatik sebaik enjin kereta dihidupkan.
Ciri FCW akan mengesan jarak kereta di depan menggunakan radar yang dipasang pada gril bahagian depan. Sepanjang perjalanan di lebuh raya penulis dapati apabila memandu terlalu dekat dengan kereta depan, FCW akan mengeluarkan amaran visual dan bunyi sebagai amaran bahawa kereta terlalu hampir yang akan menyebabkan risiko ‘tercium’ bampar kereta di depan. Jika pemandu tidak memberi respons (menjarakkan kenderaan), CMBS akan mengambil alih dengan menekan brek.
Sistem ini sangat membantu apabila anda berada dalam keadaan trafik bergerak perlahan ataupun memandu di lebuh raya. Ia cukup membantu apabila pemandu yang keletihan. Di bawah Driver Cruising Aid tersedianya Adaptive Cruise Control (ACC) dan Low-Speed Follow (LSF).
ACC membantu pemandu menetapkan had kelajuan dalam julat 30 hingga 180km/j dan jarak selamat dengan kereta di hadapan. Bagaimana ingin mengaktifkan ACC?. Tekan butang ‘MAIN’ pada stereng. Kemudian untuk melaraskan kelajuan kenderaan, hanya tekan butang RES/+ atau -/SET. Jika ditekan sekali bersamaan dengan 1km/j manakala jika ditekan lama bersamaan dengan 10km/j.
Kemudian pemandu boleh menetapkan jarak dengan kenderaan di depan dengan pilihan dekat, pertengahan, jauh dan lebih jauh.
Ketika kereta bergerak, LSF memainkan peranan dengan menyesuaikan kelajuan kenderaan selamat mengikuti pergerakan kenderaan di depan. LSF sangat berguna apabila terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Selepas diintegrasikan dengan ACC, kereta akan bergerak dan membrek pada jarak yang selamat dengan kereta depan secara automatik tanpa perlu menekan brek atau pendikit minyak.
Dengan Honda Sensing, Honda menjadi pengeluar kenderaan Jepun pertama yang menawarkan teknologi itu kepada produk massa. Teknologi seumpamanya sebenarnya sudah ada di pasaran, tetapi oleh pengeluar kenderaan premium seperti Volvo dan Mercedes-Benz.
Bagaimanapun harus diingatkan, sistem itu hanya membantu pemandu dan pemandu tetap bertanggungjawab sepenuhnya ketika mengendalikan kenderaan.
Untuk makluman, Honda CR-V merupakan model pertama dilengkapi dengan Honda Sensing di Malaysia. Bagaimanapun, hanya varian tertinggi CR-V 1.5 TC-P 2WD sahaja ditawarkan dengan Honda Sensing.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai pemilik kenderaan, anda harus tahu kod tayar kenderaan anda. Bukan apa, nanti kalau sudah sampai masa bunga tayar anda sudah botak, senanglah anda nak tukar.
Tapi pastikan anda benar-benar tahu kod tayar kenderaan anda. Risau sampai ke kedai, anda berpotensi ditipu oleh mereka yang terlebih ‘pakar’ pula.
Tak pasal-pasal duit anda melayang. Misalnya, baca perkongsian Yusaini Yamin ini tentang pengalamannya :
Tayar lama, kedai bagi harga baru
Bila tukar tayar ni tanyalah pomen tu harga tayar. Yg baharu ada RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta dorg bawa keluar tayar tu, nak tgk. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yg harga RM175.
Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dh mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lg kene sound lah.
“Tayar lama u jual RM175 ke? Tau x tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni”. Saya suruh dia p tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula2 dorg bg RM120. Dok minta kurang sampai dpt RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, mm tayar korek pun dah RM80. Baik amik yg ni. So dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga RM420 rim 15′.
Moral of story?
Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dgn kedai tayar. Dorg akan keluarkan tayar yg lama untuk clearkn stok dn jual pada harga baru. So, kalau yg nak tukar tayar tu, berhati2lah supaya kita x tertipu.
Berikut ialah senarai kod yg patut kita tahu.
Semoga dapat manfaat bersama.
Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).
Info pasal tayar kenderaan;
1. Kod Tayar Kenderaan:
Contoh 205/65/R1594H
205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum
Bebanan
H = Had Maksimum
Kelajuan 210km/jam
Lihat abjad yang last;
S = Maksimum Had Laju
180 km/jam
T = Maksimum Had Laju
190 km/jam
U = Maksimum Had Laju
200 km/jam
V = Maksimum Had Laju
240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju
240 km/jam
W = Maksimum Had Laju
270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju
300 km/jam
SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatat Di Sisi Tayar
Contoh 0514 : Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.
Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.
Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).
Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.
Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.
Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);
2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA
SILA KONGSI MAKLUMAT INI.
Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar.
Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menunggang motosikal sememangnya menyeronokkan dan cukup berbeza berbanding memandu kereta. Pengalaman membawa kenderaan dua roda lebih mencabar dan memberikan panorama pemandangan yang jauh lebih bersifat intimasi.
Deruan angin menyapa wajah ketika menunggang motosikal sudah cukup memberikan keterujaan tersendiri. Namun anda harus sedar satu perkara iaitu risiko menunggang motosikal lebih tinggi memandu atau menggunakan berbanding kenderaan empat roda.
Apatah lagi jika anda ingin melakukan perjalanan jauh dengan menggunakan motosikal. Ia adalah satu cabaran yang lebih mencabar. Namun ia boleh dilakukan tapi haruslah disertakan dengan beberapa langkah keselamatan yang rapi.
Berikut merupakan beberapa tip dan persediaan untuk anda yang mungkin berkira-kira ingin melakukan perjalanan jauh dengan menggunakan motosikal.
Ini terutamanya bagi anda yang mempunyai masalah rabun. Jika anda rabun pastikan anda menggunakan cermin mata yang sesuai untuk dipakai. Atau boleh gunakan kanta lekap dengan syarat mempunyai perlindungan seperti visor ketika tunggangan motosikal.
Bagi perjalanan yang lebih ‘smooth’ tetapkanlah waktu bertolak yang sesuai dengan kondisi dan keadaan semasa. Ambil tahu tentang pola cuaca atau musim kawasan yang ingin dilalui agar perjalanan tidak terganggu dengan hujan lebat, angin kencang mahupun cuaca panas terlalu terik.
Perkara paling penting sebelum mulakan perjalanan adalah memastikan kondisi motosikal pada tahap terbaik. Sebelum mulakan perjalanan periksa keadaan tayar, rantai, minyak enjin, minyak 2T (jika menggunakan motosikal dua lejang), coolant, lampu isyarat bahagian depan dan belakang, lampu besar hadapan, lampu brek dan belakang, periksa keadaan cengkaman brek serta lain-lain komponen yang dirasakan perlu.
Perjalanan jauh menggunakan motosikal tidak sesuai untuk anda yang ingin sampai terlalu cepat ke destinasi. Tunggangan yang selamat ialah yang chill, relaks dan tidak terburu-buru. Diaebabkan itulah digalakkan untuk anda kerap berhenti rehat antara 3 hingga 5 kali. Ia juga bagi menyejukkan enjin motosikal dan memastikan ia tidak jammed.
Pastikan juga anda menyediakan kelengkapan dan peralatan mencukupi seperti baju hujan, sarung tangan, tuala kecil dan tidak lupa perlatan seperti pemutar skru, spanar dan alatan tambahan lain. Selain itu jika anda menggunakan tayar bukan jenis tubeless, bawalah tiub spare. Untuk tunggangan lebih baik gunakan topi keledar mempunyai visor atau anda boleh menggunakan googles. Pastikan juga anda memakai kasut yang sesuai dan selesa.
Jika anda berkonvoi, pastikan untuk jaga jarak antara satu sama lain. Jangan menunggang dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa untuk tunggangan lebih selamat. Komunikasi anda dan rakan-rakan juga sangat penting. Jadi biasakan diri berkomunikasi dengan baik dengan isyarat-isyarat tangan.
Jangan dilupakan juga untuk membawa wang tunai yang mencukupi. Bukan apa, risau jika motosikal berdepan kerosakan dan perlu masuk bengkel, anda tidaklah tergadah atau kalut mencari wang.
Semoga perkongsiaan ini memberikan anda pengalaman menunggang motosikal dengan lebih selamat dan tenang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang