Dalam dunia fesyen yang semakin berkembang, Noh Salleh muncul sebagai duta rasmi Qhiam, membawa keberanian moden dan penghargaan terhadap budaya dalam gaya yang tersendiri.
Sebagai seorang pemuzik dan ikon seni, Noh bukan sahaja dikenali dengan suara uniknya, tetapi juga dengan penampilannya yang berkarakter serta apresiasi mendalam terhadap elemen budaya tempatan.
Dengan pengaruhnya dalam dunia muzik dan fesyen, kehadiran Noh sebagai duta jenama ini mengukuhkan lagi mesej Qhiam tentang ekspresi diri dan kepelbagaian dalam fesyen.
Sebagai wajah baharu Qhiam, Noh Salleh membawa dimensi baharu kepada jenama ini dengan semangat individualistiknya yang seiring dengan nilai jenama itu sendiri.
Dalam setiap helaian pakaian yang dihasilkan oleh Qhiam, terdapat elemen tradisional yang diperbaharui dengan suntikan moden—konsep yang seiring dengan personaliti dan gaya Noh yang unik.
Kolaborasi ini bukan sekadar tentang fesyen, tetapi juga satu penghormatan kepada warisan dan inovasi yang berpadu dalam satu gerakan budaya.
Qhiam: Inspirasi Warisan, Gaya Kontemporari
Diasaskan oleh seorang usahawan berpengalaman dalam industri hijab dan tudung, Qhiam menampilkan koleksi busana perayaan seperti Baju Melayu, Baju Kurung dan kurta moden yang mengangkat nilai estetika dan warisan Melayu dalam bentuk lebih moden.
Ads
Dengan pasukan kreatif yang berdedikasi, setiap rekaan bukan sekadar pakaian, tetapi cerminan identiti dan ekspresi pemakainya.
Komitmen Qhiam terhadap fesyen mewah mampu milik menjadikan jenama ini pilihan utama bagi mereka yang mencari keseimbangan antara keselesaan, gaya, dan kualiti.
“Qhiam bukan sekadar jenama pakaian, ia adalah satu pergerakan budaya yang menggalakkan pemakainya untuk mengekspresikan diri melalui fesyen dan inovasi,” kata pengasas jenama ini.
Sendja: Menyuntik Nafas Baru Dalam Fesyen Raya
Menyedari perubahan selera fesyen generasi muda, Qhiam memperkenalkan Sendja, jenama yang lebih berani, ekspresif, dan inklusif.
Ads
Jika Qhiam mengekalkan elemen tradisional dengan suntikan moden, Sendja pula membawa perspektif fesyen yang lebih segar dengan warna-warna berani dan potongan yang lebih kasual tetapi tetap mengekalkan kualiti dan keunikan rekaan.
Sendja bukan hanya menawarkan pakaian perayaan, malah ia turut menyasarkan fesyen kasual harian yang membolehkan pemakai mengekalkan gaya tradisional dalam suasana lebih santai. Ini adalah satu usaha untuk menjadikan fesyen warisan lebih relevan dalam arus moden.
Kempen ‘Sama’: Perpaduan Melalui Fesyen
Qhiam turut memperkenalkan kempen ‘Sama’, yang bertujuan untuk meraikan kepelbagaian dalam satu identiti yang sama. Melalui fesyen, kempen ini menghubungkan generasi berbeza dengan menampilkan koleksi istimewa seperti:
Koleksi Tangsi – Rekaan kurta dengan gaya kolar mandarin yang elegan.
Koleksi Galur – Kombinasi elemen warisan dengan potongan moden yang sofistikated.
Koleksi Antara – Simbol pertemuan antara tradisi dan inovasi fesyen moden.
Koleksi Temu – Menggambarkan makna kehangatan pertemuan semula dan kebersamaan.
Ads
Untuk memperkukuh imej jenama, Qhiam melantik Noh Salleh sebagai duta rasmi, seorang ikon seni yang melambangkan keberanian moden dan penghargaan terhadap budaya.
Selain itu, jenama ini turut berkolaborasi dengan beberapa personaliti terkenal seperti Amy Search, Iedil Putra, Leaism, dan Naim Daniel, yang masing-masing membawa keunikan tersendiri dalam fesyen dan budaya popular.
Selain selebriti, Qhiam juga bekerjasama dengan platform komuniti seperti SneakerLAH dan Peak.KL, menghubungkan jenama ini dengan dunia fesyen urban serta trend gaya hidup masa kini.
Bagi mereka yang ingin meraikan lebaran dengan gaya yang autentik dan segar, koleksi terbaru dari Qhiam dan Sendja pastinya menjadi pilihan terbaik tahun ini. Layari qhiam.com.my atau ikuti di media sosial @qhiam.officialuntuk mendapatkan koleksi eksklusif Raya 2025!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Putus cinta adalah satu pengalaman yang menyedihkan dan sukar pada setiap pasangan. Siapa suka dengan perpisahan, kalau ia tidak melibatkan cinta, berpisah dengan keluarga kerana kerja atau kematian boleh menyebabkan seseorang itu kemurungan. Namun ini dinamakan lumrah manusia, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Jika sudah tiada persamaan dan tidak lagi sekufu, lebih baik pasangan itu berpisah daripada menyiksa pihak lagi satu. Namun, ayat-ayat putus ini paling sukar untuk diluahkan. Sedikit sebanyak ia menimbulkan ketidakpuashatian pasangan anda terhadap anda. Nak nak yang kaki meroyan tu. Tak kan nak putus melalui telefon? Anda akan tampak hina pada pasangan anda.
Tindakan anda untuk meninggalkan pasangan dalam keadaan buruk seperti lari dari masalah akan menimbulkan masalah pada masa hadapan. Kita sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan kan? Mungkin bekas teman wanita anda tu, merupakan bos baru anda, ataupun dia merupakan kakak sepupu jauh pasangan terkini anda? Drama kan? Jadi untuk mengelakkan anda dipandang hina oleh bekas kekasih anda, apa kata kalau anda ikut beberapa cara ini untuk berpisah dengannya. Ini yang sempat kami kongi dengan anda yang diilhamkan dari artikel AskMen.com
AMARAN: INI HANYA UNTUK PASANGAN KEKASIH YANG DAH TAK ADA JALAN SAHAJA, SUAMI ISTERI TIDAK DIGALAKKAN. DAPATKAN NASIHAT KAUNSELOR, BUKAN KAMI!
Ok, mungkin di sini, anda sama-sama belum memperoleh perasaan cinta pada pasangan anda. Jadi, boleh tak jika anda putuskan hubungan melalui text? Jawapannya, boleh! Ini kerana anda berdua tidak mengenali hati budi sangat. Anda baru di fasa pengenalan. Untuk memutuskan hubungan, anda digalakkan untuk menghantar text kepada pasangan anda dengan syarat, ayat kena lembut dan sopan.
Ayat apa yang sesuai digunakan? Jangan pula anda bertindak terlalu casual dengan mengeluarkan ayat seperti “seronok keluar dengan awak, tapi nak lebih-lebih tak kot.” dengan emoji. Walaupun anda dan dia tidak serius dalam hubungan ini, jangan cakap macam tu, takut rumah anda disimbah cat pula pagi esok.
Apa kata jika anda gunakan ayat ni:
“ Hi Mia, I just nak cakap, keluar dengan you minggu lepas best sangat, and I happy sebab kenal dengan you. Tapi, I nak mintak maaf, I tak rasa yang kita boleh pergi jauh. Harap benda ni tak buat you sedih. Nothing personal pun, just I lebih selesa kalau kita jadi kawan pada masa akan datang. Take care.”
Mungkin anda akan dipandang hina oleh wanita itu, namun ini sebenarnya text yang paling sesuai untuk anda berikan kepada si dia. Beradap dan jelas. Ayat seperti “bukan sebab you, tapi sebab I” itu dah cliche dah. Jika baru seminggu anda keluar dengannya, rasanya tidak perlu untuk anda jelaskan sebab disebalik perasaan anda. Baru kenal, memang adat kalau seseorang tu berubah perasaan. Wanita dalam pada masa yang sama, harus bersedia ya.
Ini sedikit rumit dari yang hanya keluar sekali dua. Walaupun ia masih lagi di peringkat awal, namun ia boleh remukkan hati pasangan anda. Dalam tempoh sebulan dua ini, anda pasti sudah keluar makan bersama beberapa kali. Anda ambilnya dari tempat kerja, tengok wayang bersama, malah anda sudah mula berbual tentang hal peribadi. Untuk itu, wajar untuk anda bersemuka dengannya ataupun berbual melalui telefon.
Ini tidak menghalalkan anda untuk terus memutuskan hubungan secara tiba-tiba seperti “Saya nak break, makan malam minggu ni kita batalkan ok!” pasti pasangan anda akan mati terkejut bila dapat panggilan macam ni, sila gunakan ayat seperti ini:
“Hai Mia, I dah fikir banyak kali benda ni, I tak nampak hala tuju kita berdua. I kurang pasti dengan masa depan kita. I mintak maaf dengan you sebab benda ni berakhir macam ni. You’re great, and you deserve to be with someone who is ready for a long-term relationship.”
Jika anda boleh duduk dan berhadapan dengannya, itu lebih baik. Jangan terlalu menyimpang, dan berbunga-bunga. Ini akan membuatkan si dia benci dengan anda. Cukup dengan jelas dan teratur susunan ayat anda supaya dia faham. Mungkin dia akan beri pendapatnya secara baik ataupun kasar (bergantung) namun, beri dia ruang sebelum anda tamatkan hubungan anda dengannya.
Katakanlah anda sudah keluar dengan dia selama 6 bulan, namun perasaan cinta tu masih sukar untuk di pupuk, “she’s not the one” katanya. Ataupun anda tidak mahu sebarang komitmen, ataupun anda nak berpindah ke luar negara, dan putus merupakan jalan terbaik daripada hubungan jarak jauh. Apa pun alasan anda, perbincangan merupakan jalan yang terbaik untuk anda berdua. Dah bawak anak dara orang keluar selama 6 bulan, luangkan masa sejam untuk anda berbincang secara macho untuk berpisah dengannya.
Fasa ni anda tidak dapat meneka apa tindak balas mereka terhadap anda. Mungkin anda akan dimaki? dicampak ke dalam longkang? Namun, itu hakikatnya. Ini kerana si dia tidak mengerti sebab mengapa anda tidak berpuas hati dengan hubungan ini. Belum cuba belum tahu kan? Jadi pemilihan tempat untuk berpisah menjadi perkara utama dalam hal ini. Jangan pilih kawasan sesak, pililh cafe yang tenang, dan kurang orang awam. Jadi, selepas anda keluarkan perkataan magik itu, si dia tidak berasa dimalukan di hadapan awam.
Mungkin sebab anda mintak putus dengannya atas satu ‘sebab’ ini dan ia merupakan isu sensitf yang akan menghancurkan emosinya. Jangan sentuh isu ini! Ia akan mengeruhkan lagi keadaan. ini contoh perbualan jika anda sentuk isu sensitif dirinya.
Lelaki: Mia, rasanya tak ada jalan untuk kita berdua dah. I dah tak tertarik dengan you lagi
Wanita: apa? Kenapa? Rupa I hodoh ke? Apa salah I? I tak cukup baik untuk you ke?
Lelaki: Jujur I katakan, Ya.
Wanita: *menjerit* siapa perempuan tu? Dia lagi cantik dari I ke? Dekat mana jumpa dia? Dah lama ke you curang ni? Bagitahu cepat! I ingatkan kita ada masa depan, rupanya you main kayu tiga belakang I!
Lelaki: *menjerit* Bukan! Bukan sebab tu! Boleh tak you dengar penjelasan I dulu!
Dan bermulalah drama bersiri 200 episod. Sekarang anda berdua stress dengan situasi dan tak akan mendengar penjelasan antara satu sama lain. Ini memang akan terjadi, tapi anda tak perlu bagi tahu pasangan anda yang anda dah bosan dengannya. Ini ayat yang sungguh kejam. Kebenaran itu menyakitkan. Tak perlu untuk buatkan mereka rasa mereka itu hina dengan ayat-ayat anda.
Cuba anda gunakan ayat ni pula
Lelaki: Mia, ada benda yang I nak discuss dengan you.
Mia : Apa dia?
Lelaki: I dah fikir banyak kali benda ni. Pasal hubungan kita, lately ni I rasa lain antara kita. Dah tak macam dulu. I risau kalau I sakitkan hati you lebih dalam kalau I ignore perasaan ni. I tak rasa hubungan ni boleh pergi jauh.
Mia: ……
Lelaki: Maafkan I, benda ni pun susah untuk I. Bukan I tak cuba, I dah cuba. Susah untuk I lepaskan hubungan ni, tapi I rasa lebih baik kita berpisah.
Mia: Tapi kenapa? Sebelum ni ok je. Kenapa tiba-tiba ni?
Lelaki: I tahu. Sepatutnya I cakap benda ni awal-awal lagi. Untuk apa I teruskan tapi hati I tak boleh nak teruskan. Jangan fikir bukan-bukan. Jangan salahkan diri you. Ni antara I dengan perasaan I. Sorry sebab you terpaksa hadap benda ni.
Apa beza pendekatan ini dengan sebelum ni? Petama, anda menggunakan perkataan maaf. Maaf sangat memberi impak besar dalam sesuatu perbincangan. Ramai yang tidak mahu menggunakan perkataan ini kerana ego dan mereka berasa ia tidak perlu. Maaf di sini bukan bermaksud salah anda, ia lebih kepada maaf kerana anda tidak dapat bersama denganya dan ini benar-benar sukar buat anda. Anda minta maaf dengannya kerana anda terlalu memikirkan tentang orang lain, dan abaikan perasaan anda.
Kedua, anda tidak pentingkan diri sendiri. Ia bukan mudah untuk anda mengawal emosi anda ketika berpisah dengannya. Dalam pada masa yang sama, si dia seringkali menuduh anda yang bukan-bukan. Anda tidak bersikap buruk terhadap dirinya dan berkata perkara-perkara yang baik-baik walaupun hati anda panas. Ini bukan bermakna anda menipu diri sendiri atau anda FAKE. Tapi ia lebih kepada anda menjaga hati anda dan hati sesama manusia.
Paling penting, pendekatan ini tidak akan membolehkan pasangan rasa tidak puas hati. Anda menerangkan kepadanya ini semua sebab anda, salah anda. Pastinya si dia akan meletakkan semuanya kepada anda, dan ini akan mematikan hujahnya. Mungkin pada awalnya, dia tidak boleh menerima hakikat, beri masa, kerana masa akan memulihkan segala-galanya.
Dan melalui itu, tahniah! Anda kembali single. Ambil masa untuk diri sendiri sebelum anda memulakan kembali hubungan dengan mana-mana perempuan.
NOTA: Kami akan kongsikan cara untuk anda putus setelah setahun dan ke atas di artikel lain pula.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BMW Group Malaysia telah memperkenakan aplikasi mudah alih, BMW Group Loyalty+ yang membolehkan ahli setia BMW White Card, MINI Black Card dan BMW Excellence Club mengakses keistimewaan mereka di mana-mana sahaja.
Pengeluar kenderaan premium ini yang juga merupakan peneraju dalam perkhidmatan pelanggan bakal melebarkan sayapnya melalui aplikasi tersebut. Aplikasi kesetiaan baharu ini akan mewujudkan integrasi e-bayaran, perkhidmatan pembiayaan, dan akses kepada acara istimewa serta pengalaman mewah melalui cara yang lebih mudah dan lancar.
Di samping itu, pemilik BMW, MINI dan BMW Motorrad juga akan merasai pengalaman pemilikan premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia melalui akses menyeluruh terhadap kesemua ciri BMW White Card, MINI Black Card dan BMW Excellence Club yang disediakan dalam aplikasi tersebut.
Apabila pengguna log masuk ke dalam aplikasi ini, halaman capaian akan dipaparkan lalu mereka boleh meneliti dan membuat pilihan di ruangan menu. Terdapat beberapa fungsi pilihan seperti; akses kepada kad kesetiaan dan penggunaan teknologi imbasan QR yang membolehkan pelanggan menggunakan kad kesetiaan mereka terus dari peranti mudah alih atau telefon pintar mereka. Aplikasi ini juga akan membekalkan pengguna dengan informasi yang terkini berkenaan tawaran keistimewaan pelanggan dan acara yang menarik.
Selain itu, maklumat pembiayaan pengguna juga boleh diuruskan dengan mudah dan cepat melalui aplikasi ini. Pelanggan akan mempunyai akses segera terhadap semua kontrak mereka dan transaksi boleh dilakukan dengan mudah melalui e-bayaran—kemudahan pembayaran ini adalah ihsan BMW Group Financial Services Malaysia.
Pengguna juga boleh mengesan lokasi pengedar dengan mudah melalui fungsi peta yang disediakan. Tambahan lagi, berita dan perkembangan terkini mengenai model kenderaan terbaharu daripada BMW Group boleh didapati melalui aplikasi tersebut.
Aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+ kini terdapat di Apple App Store dan Google Play Store.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rasanya ramai lelaki di luar sana yang mengalami masalah ini. Anda tidak boleh menyalahkan diri anda berlaku curang atau dikategorikan tidak setia. Kajian menunjukkan bercinta di pejabat merupakan perkara yang paling sering terjadi dengan 62% penjawat awam dan swasta jatuh cinta dengan rakan sekerjanya.
Kepada anda yang sudah berpengalaman dalam percintaan dengan rakan sekerja, pasti anda sudah faham yang percintaan sebegini boleh memburukkan lagi keadaan. Ini mungkin akan menganggu pekerjaan anda jika perasaan si dia tidak sama seperti anda.
Jadi kenapa perkara ini masih terjadi? Menurut UK job-seeking website totaljobs, sebanyak 22% orang bertemu pasangan romantis mereka di tempat kerja. Itu berbanding dengan 13 peratus yang bertemu secara dalam talian, 18 peratus yang menggunakan kawan untuk bersambung, dan 10 peratus terakhir yang melakukannya dengan cara lama yang lama di bar atau kelab malam.
Lebih daripada 5,000 pekerja, mendedahkan bahawa dua dari tiga orang akan terjebak dengan percintaan di pejabat. Antara sebabnya kerana mereka banyak menghabiskan masa dengan rakan sekerja berbanding orang di luar pejabat. Kerana itu mereka cenderung dalam perkara ini, walaupun mereka sudah berumah tangga atau sudah mempunyai teman wanita.
Menurut David Brudö, CEO dan pengasas mental well-being app Remente, Kebanyakan orang dewasa menghabiskan sekurang-kurangnya 1,680 jam setahun di pejabat, jadi anda mungkin menghabiskan lebih banyak masa dengan rakan sekerja anda daripada orang lain. Walaupun anda tidak mengatakan apa yang ada di antara rakan sekerja anda, kemungkinan anda akan mempunyai kepentingan bersama.
Brudö mengatakan bahawa apabila anda bekerja dengan seseorang, anda dengan cepat dapat mengendalikan keperibadian mereka. Anda akan melihat bagaimana mereka bertindak balas terhadap masalah, bertindak di bawah tekanan, dan berinteraksi dengan rakan sekerja yang lain. Ia juga mudah untuk memulakan perkongsian maklumat peribadi dan mengutamakan kesulitan yang dihadapi di pejabat.
Menariknya, kelakuan seseorang di tempat kerja dapat mencerminkan keperibadian yang kita alami dalam hubungan seksual. Mereka yang mempunyai minat terhadapa antara satu sama lain ini sebenarnya sedang berhadapan dengan kekeliruan. Satu atau kedua-dua pasangan mungkin mendapati diri mereka tiba-tiba memandang yang lain dari sudut pandangan seksual.
Jadi bagaimana untuk mengendalikan rakan sekerja anda? Terdapat beberapa petua mudah, termasuk memastikan mereka orang yang sama walaupun waktu bekerja telah tamat. Berhati-hati untuk tidak membiarkan kecenderungan anda dalam perhubungan mengatasi reputasi profesional kerja anda, dan memastikan anda mengetahui dasar syarikat anda secara berturutan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.