Nokia memperkenalkan empat peranti telefon terbarunya. Dua diantaranya adalah telefon pintar iaitu Nokia 7.2, telefon pintar perintis yang hadir dengan tetapan tiga kamera 48MP menampilkan ZEISS Optics, dan Nokia 6.2 yang memperlihatkan gandingan PureDisplay serta tetapan tiga kamera yang canggih dikuasakan oleh teknologi AI.

Menariknya, Nokia turut mengembangkan portfolio telefon asasnya demi memenuhi kategori rangkaian serta pasaran baharu.

Nokia Perkenal Telefon Pintar & Telefon Asas Yang Mengambil Rekaan Klasik

Nokia 2720 Flip merupakan sebuah telefon yang kompak dan taktil namun mempunyai ciri kebolehgunaan yang tinggi rentetan daripada pengintegrasian teknologi AI, menjadikannya peranti yang sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah aksesibiliti ataupun bagi mereka yang ingin mengehadkan pengaruh digital dalam hidup mereka.

Nokia Perkenal Telefon Pintar & Telefon Asas Yang Mengambil Rekaan Klasik

IKLAN

Dan akhir sekali, Nokia 110 menyerlahkan fokusnya ke atas aspek hiburan dan ia ditawarkan pada harga yang sangat murah.

“Sejak sekian lama Malaysia telah menjadi pasaran istimewa buat Nokia. Ramai pengguna Nokia berada di negara ini, dan mereka mendorong kami untuk membawakan prestasi dan pengalaman kepenggunaan yang lebih baik melalui portfolio telefon asas serta telefon pintar kami,” ujar Ravi Kunwar, Ketua Pan-Asia, HMD Global.

Nokia Perkenal Telefon Pintar & Telefon Asas Yang Mengambil Rekaan Klasik

IKLAN

“Berpegang pada janji kami untuk membawakan perisian yang tulen, selamat dan terkini, telefon bimbit kami juga akan terus dibekalkan dengan pengemaskinian sistem operasi selama 2 tahun dan pengemaskinian sekuriti bulanan selama 3 tahun untuk menzahirkan sebuah pengalaman yang sentiasa dapat diperkayakan buat para pengguna.

PENAMBAHBAIKAN DI MASA HADAPAN

“Dengan sukacitanya, kami melancarkan Nokia 7.2, Nokia 6.2, Nokia 2720 Flip dan Nokia 110 di Malaysia pada hari ini,” tambahnya lagi.

IKLAN

Telefon asas yang beroperasi melalui rangkaian 2G masih digunakan secara meluas di Malaysia dengan Nokia menerajui kategori alat komunikasi ini.

Nokia Perkenal Telefon Pintar & Telefon Asas Yang Mengambil Rekaan Klasik

Nokia juha giat menjalankan penambahan baharu ke atas portfolio telefon asas yang sedia ada untuk menjadikannya lebih baik dan berupaya untuk memanfaatkan rangkaian 4G.

Dengan itu pengenalan Nokia 2720 Flip baharu yang menyokong rangkaian 4G, serta hadir bersama aplikasi WhatsApp, Facebook, Google Maps, Google Assistant dan Gmail. Ia merupakan sebuah peranti hibrid yang sempurna buat penggemar telefon pintar dan telefon asas.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI