
PARIS: Orang yang berlebihan berat badan berisiko tinggi jika dijangkiti koronavirus dan Amerika Syarikat (AS) berada dalam situasi bahaya kerana tahap obesiti sangat tinggi di negara itu, ujar ketua epidemiologi Perancis pada Rabu.
Reuters melaporkan Profesor Jean-François Delfraissy yang mengetuai majlis saintifik bagi menasihati kerajaan berkaitan epidemik itu berkata, seramai 17 juta daripada rakyat Perancis yang berjumlah 67 juta berisiko tinggi terhadap COVID-19 disebabkan faktor usia, sudah mempunyai penyakit tertentu, dan juga obesiti.

“Virus ini sangat dahsyat. Ia boleh menjangkiti orang muda, khususnya orang muda yang obes. Mereka yang berlebihan berat badan perlu berhati-hati.
“Sebab itulah kita bimbang kepada rakan-rakan kita di Amerika, yang terkenal dengan masalah obesiti, dan mereka mungkin mempunyai banyak masalah yang disebabkan obesiti,” ujar Delfraissy.
Kadar kematian bagi orang muda yang dimasukkan ke hospital dengan penyakit pernafasan teruk akibat COVID-19 adalah 2 peratus. Namun, ia boleh meningkat sehingga 14 peratus bagi mereka yang lebih lemah.
Walaupun penularan COVID-19 di Perancis agak pantas, negara itu masih jauh daripada sampai ke tahap 50 peratus hingga 60 peratus populasinya dijangkiti dan sembuh, hingga pada tahap tertentu paras ‘imuniti berkumpulan’ dicapai, jelas Delfraissy.
“Data awal menunjukkan bilangan mereka yang memiliki imuniti lebih rendah daripada yang kami bayangkan, iaitu kira-kira 10-15 peratus,” ujar pakar penyakit berjangkit itu yang pernah mengetuai penyelidikan Perancis tentang Ebola dan AIDS.
Tambahnya, masih awal untuk mengakhiri perintah kawalan pergerakan di Perancis, yang bermula pada 17 Mac lalu dan dijadual sehingga sekurang-kurangnya 15 April.
Sumber: Astro Awani
Benarkah Mandi & Minum Ais Tidak Membuncitkan Perut?

Seringkali kita dengar orang tua-tua kata jangan mandi selepas makan dan jangan kerap minum ais kerana ia akan membuncitkan perut bukan?
Tetapi betulkah amalan ini akan membunctikan perut? Menurut seorang pakar nutrisi iaitu Syaza Nutritionist, Nutritionist di Jomsayheast Nutrition Consultancy berkata ia semuanya moitos sahaja, mandi lepas makan tidak akan membuncitkan perut. Ini kerana selepas makan sistem penghadaman memerlukan tenaga dan aliran darah yang banyak ke perut.
Namun apabila kita mandi, aliran darah akan ke seluruh tubuh untuk mengekalkan suhu badan, jadi ia akan menggangu sistem penghadaman dan penyerapan nutrient.
Ia hanya memberi kesan kepada ketidak hadaman kepada warga tua dan orang yang tidak sihat namun tidak lah membuncitkan.
Malah amalan minum ais atau air sejuk juga tidak akan membuncitkan, air sejuk sangat bagus untuk badan terutamanya ketika bersenam kerana ia dapat membatu meningkatkan sedikit metabolisma namun bagi penghidap athma, tidak di galakan.
SUMBER: Syaza Nutritionist
10 Dosa Suami Terhadap Isteri Dilakukan Tanpa Sedar, Ayuh Kita Ubahnya Bersama!

Suami adalah ketua bagi sesebuah keluarga namun sebagai seorang lelaki, kita tidak juga selalunya betul dan tidak seharusnya menggunakan kuasa untuk mempertahankan diri.
Jika melakukan salah, akuilah tentang kesalahan kita kerana itu adalah perangai buruk dalam diri kita tetapi cubalah untuk insaf dan jauhi perkara atau tindakan yang buruk.
Ini kerana dalam diam seorang isteri, hatinya penuh luka dan kesannya sukar untuk diubati biar pun dia sudah kelihatan kembali senyum.
Sebagai suami juga, pastinya anda terkesan dengan tindakan anda lebih-lebih lagi apabila isteri diam tetapi air matanya mengalir jatuh.
Ya, lelaki memang ego tetapi apa gunanya ego itu jika sang isteri tersedu-sedu menahan esakannya kerana kesilapan dan kelemahan kita?
Apa yang lelaki sudah buat? Ini 10 dosa suami terhadap isteri yang mungkin dilakukan secara tanpa sedar :
1. Tidak mengajar ilmu agama kepada isteri
Suami yang mampu memberi nafkah, membelikan rumah dan kenderaan serta memenuhi segala keperluan hidup mungkin ada ramai. Namun berapa ramai para suami sedar akan kewajibannya untuk mengajarkan ilmu agama kepada isteri dan juga anak-anak? Padahal ia sudah menjadi kewajiban sang suami untuk memelihara diri dan keluarga yang dipimpinnya dari sakitnya azab kubur dan seksa neraka.
2. Tidak merasa cemburu terhadap isteri
Isteri berjalan-jalan ke luar rumah dan ke sana ke mari dengan jantan lain, membuka auratnya atas alasan ‘selesa jadi diri sendiri’ untuk ke mana-mana sahaja namun suami langsung tidak merasa cemburu. Ini adalah salah satu kesalahan dan dosa yang jelas dilakukan oleh suami dengan membiarkan isterinya.
3. Tidak memberi wang sebagai nafkah zahir untuk isteri
Walaupun isteri itu ada pekerjaannya yang tersendiri, tetap digalakkan untuk suami memberi nafkah zahir seperti wang kepada isterinya untuk berbelanja. Tahukah anda? Apabila anda membiarkan isteri boros dengan wang anda, rezeki anda akan lebih terbuka luas? Bayangkan seorang wanita sanggup meninggalkan kedua ibu bapanya untuk hidup bersama termasuk rela mengandung anak dan melahirkannya untuk sang suami. Apa alasan anda untuk tidak memberikan nafkah kepada isteri?
4. Biarkan isteri bekerja, suami goyang kaki
Ada juga segelintir suami bukan hanya tidak memberi nafkah kepada isteri malah disuruhnya isteri bekerja tetapi dia duduk rumah goyang kaki. Kasihanilah isteri yang bekerja siang dan malam sedangkan sang suami pun langsung tiada alasan mengapa dia tidak boleh bekerja.
5. Membenci isteri sendiri
Antara perkara yang membuatkan si suami berdosa adalah dengan membenci isteri sendiri kerana perangai-perangai tertentu. Padahal, mungkin isteri kita berbuat demikian kerana dia sayangkan kita dan mahu pelihara rumah tangga yang dibina. Lagi pun, Rasulullah juga pernah mengingatkan:
“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya,” (H.R. Muslim).
6. Menyebarkan soal aib isterinya ketika di ranjang
Isteri itu adalah anugerah Allah buat seorang suami. Maka sebagai suami, anda harus melindungi segala-galanya tentang isteri dan jangan sesekali buka cerita yang tidak elok kepada rakan-rakan walaupun atas alasan untuk bergurau atau meraih simpati. Ia tetap salah dan tidak dibenarkan.
7. Engan bantu isteri buat kerja rumah

Tak jatuh pun kehenseman seorang lelaki di mata isteri jika rajin membuat kerja rumah. Malah menjadi contoh yang baik kepada anak-anak kerana Rasulullah pun membantu isterinya. Jadi siapa kita sebagai lelaki? Takkan cuma mahu jadi suami yang pandai mengarah tetapi tak reti jaga hati dan perasaan isteri.
8. Berpoligami tetapi tidak mengikuti aturannya
Orang kahwin lebih, anda pun teringin nak kahwin sama. Kalau diri tu mampu dan adil, tak mengapalah juga. Ini isteri seorang pun dah cerita pasal masalah kewangan, duit tak cukuplah dan sebagainya. Mampu ke anda jadi suami yang baik untuk memenuhi semua… semua.. semua keperluan isteri sebagai kurniaan Allah yang perlu dipelihara. Jika tidak, berdosa tau!
9. Ringan tangan memukul isteri
Isteri adalah insan yang lemah dan memerlukan kekuatan seorang suami. Bukannya di tangan-tangankan sesuka hati mengikut amarah suami yang sering didorong nafsu syaitan untuk marah dan jadi panas baran. Ingat, anda berkahwin untuk buat isteri bahagia, bukan derita.
10. Baik dengan orang lain, kasar dengan isteri
Dulu masa bercinta, ‘pijak gajah pun, gayah ketawa’. Betapa indahnya waktu itu tetapi selepas kahwin, mengapa anda berubah setelah memiliki permaisuri hati? Kalau dengan orang luar, masya’Allah.. bercakapnya, layannya bukan main baik tetapi dengan isteri sendiri, anda layan macam musuh dan orang yang tak pernah bahagiakan anda!
Kesemua perkara ini mungkin dilakukan tanpa sedar dan untuk memiliki kehidupan yang baik, tinggikanlah martabat isteri kita. Insya’Allah dipermudahkan semua urusan..
10 Gitar Paling Mahal Di Dunia, Ada Yang Lebih Mahal Dari Myvi!

Tahukah anda…
Selain digunakan sebagai alat muzik gitar juga dianggap sebagai salah satu memorabilia atau collectible. Pengumpul-pengumpul gitar pada zaman sekarang amat menghargai gitar klasik terutamanya yang dihasilkan pada awal kemunculannya terutamanya di kemuncak muzik rock iaitu tahun 70-an dan 80-an.
Cerita di sebalik sebuah gitar yang dihasilkan juga memainkan peranan penting menentukan harganya. Semakin limited semakin tinggi harganya!
Jom sama-sama kita lihat 10 gitar termahal pernah dijual di dunia.
10. Brownie Stratocaster, Eric Clapton
USD450,000
Inilah gitar yang sinonim dengan lagu terkenal Eric Clapton, ‘Layla’. Gitar Fender Stratocaster ’56 ini digunakan oleh Eric Clapton ketika bersama band Cream dan Derek & the Dominoes. Sekarang ia menjadi bahan pameran bersejarah di Paul Allen’s Experience Music Project di Seattle, Amerika Syarikat.
9. Goldleaf Stratocaster, Eric Clapton
USD455,000
Sebuah lagi gitar yang pernah dimiliki oleh Eric Clapton di dalam carta ini. Gitar Stratocaster berwarna emas ini dihasilakan khas untuk Eric Clapton oleh Mark Kendrick, master bulider gitar Fender. Difahamkan Eric sendiri mahu gitar ini menjadi bahan pameran di muzium kerana nilainya yang tinggi. Ia digunakan oleh Eric ketika ’97 Legends Tour.
8. Gibson SG, George Harrison and John Lennon
USD570,000
Mustahil anda tak kenal The Beatles, kan? Gitar Gibson SG ini digunakan oleh bekas dua orang ahlinya iaitu George Harrison dan John Lennon pada tahun 1969 dan 1969. Dan ia juga digunakan oleh mereka untuk rakaman album ‘Revolver’ dan ‘The White Album’.
7. Fender Strat, Stevie Ray Vaughan
USD623,500
Dia merupakan antara gitaris legenda yang sangat bepengaruh dan namanya sering dikaitkan dengan Fender Strat. Gitar yang diberi nama ‘Lenny’ bersempena nama isteri Stevie Ray Vaughan ini mempunyai kisah menarik. Gitar ini dibeli oleh isterinya pada tahun 1980 bersempena hari lahir Stevie. Ia sekarang dimiliki oleh Guitar Centre.
6. 1939 CF Martin, Eric Clapton
USD791,500
Sebuah lagi gitar Eric Clapton dalam carta ini. Pernah dengar lagu balada yang cukup tragik berjudul ‘Tears in Heaven’? Ia digunakan oleh Eric ketika melakukan persembahan MTV Unplugged. Ia kemudian dilelong dan hasilnya diberikan kepada Crossroads Rehabilitation Centre.
5. 1964 Gibson ES-335, Eric Clapton
USD847,500
Eric Clapton menggunakan gitar ini ketika dia bersama dengan Yardbirds, Cream, Blind Faith dan John Mayall’s Bluesbreakers. Ia dilelong pada tahun 2004 di Cristie’s.
4. Blackie Strat, Eric Clapton
USD959,000
Ini mungkin gitar yang paling ikonik sepanjang karier Eric Clapton. Kisah di sebalik gitar ini menceritakan bagaimana Eric membeli sebanyak enam buah gitar di sebuah kedai gitar di Texas. Dia kemudian menghadiahkan tiga daripadanya kepada Harrison, Townsend dan Winwood. Baki tiga gitar lagi digunakan untuk dia menghasilkan gitar ikonik yang dikenali dengan nama ‘Blackie’.
3. Washburn, Bob Marley
USD1.2 juta
Legenda reggae sepanjang zaman, Bob Marley dikatakan memiliki gitar ini pada awal penglibatannya dalam bidang muzik. Apa yang menarik sepanjang kariernya dia jarang menggunakan gitar Washburn. Ia kemudian dihadiahkan kepada juru teknik gitarnya, Gary Carlsen. Kini gitar tersebut dianggarkan bernilai kira-kira USD1.2 juta.
2. 1968 Fender Strat, Jimi Hendrix
USD2 juta
Tak dapat dinafikan bahawa antara ikon rock yang paling sinonim dengan gitar Fender Stratoscaster adalah Jimi Hendrix. Gitar ini pernah digunakan olehnya ketika melakukan persembahan istimewa di Woodstock. Paul Allen membayar sebanyak USD2 juta untuk memiliki gitar ini dan mempamerkannya di Experience Music Project di Seattle.
1. Reach Out to Asia Stratocatser
USD2.7 juta
Gitar termahal di dunia ini telah dihasilkan dan dilelong untuk membantu mangsa-mangsa tsunami yang berlaku pada tahun 2004. Fender Stratocaster ini ditandatangani oleh ramai bintang-bintang rock terkenal seluruh dunia. Antaranya ialah Eric Clapton, Keith Richards, Mick Jagger, Ronnie Wood, Brian May, David Gilmour, Jimmy Page, Jeff Beck, Mark Knopfler, Pete Townshend, Tony Iommi, Angus Young, Malcolm Young, Sting, Ritchie Blackmore, members of Def Leppard, Bryan Adams, Liam Gallagher, and Paul McCartney. Menakjubkan!