
Objek melayang tutup cermin depan ketika memandu, jangan terus tekan brek! Sudah menjadi kebiasaan untuk kita lebih berhati-hati semasa memandu, namun kejadian tidak diduga tetap boleh berlaku.
Objek Melayang Tutup Cermin Depan Ketika Memandu, Jangan Terus Tekan Brek!
Salah satu situasi yang membahayakan ialah apabila kain rentang atau kanvas terbang dan menutupi cermin hadapan kereta, menyebabkan pemandangan pemandu terganggu sepenuhnya.
Kebiasaannya, dalam keadaan sebegini ramai yang akan panik dan menekan brek secara mengejut. Tindakan ini berisiko tinggi kerana kenderaan di belakang mungkin tidak sempat membrek, lalu menyebabkan pelanggaran dari belakang.
Jadi, apa yang wajar dilakukan jika perkara seperti ini berlaku semasa kita memandu? James Alatin, yang sering berkongsi informasi berguna berkaitan pemanduan, ada memberi beberapa langkah yang boleh diikuti.
Menurut James, kesilapan biasa yang dilakukan pemandu ialah menekan brek secara mendadak atau memulas stereng secara mengejut ke kiri atau kanan. Kedua-dua tindakan ini boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
@jamesyip_ Jangan Panik !! Angkara Canvas Halang Penglihatan Semasa Memandu. #alatin #james_alatin #kereta #car #carmalaysia #education #cermin #cermingelap #tinted #tintedwindows #tiktokguru #learnontiktok #proton #perodua #windshield #canvas #panic #panik ♬ original sound – James_Alatin – James_Yip
Langkah yang disarankan jika pandangan terhalang ketika memandu:
Segera tekan butang lampu kecemasan untuk memberi isyarat kepada pengguna jalan raya lain.
Periksa keadaan di belakang melalui cermin pandang belakang, kemudian lihat cermin sisi di kiri dan kanan bagi memastikan tiada kenderaan yang berada terlalu hampir.
Jika laluan selamat, perlahan-lahan alihkan kenderaan ke bahu jalan di sebelah kiri dan berhenti di tempat yang tidak mengganggu lalu lintas.
Selain daripada langkah di atas, pengguna media sosial juga memberi beberapa cadangan tambahan. Antaranya ialah menggunakan wiper untuk menolak objek yang menutupi cermin hadapan. Jika ada penumpang di sebelah, mereka juga boleh membantu menarik objek tersebut melalui tingkap.
Beberapa orang turut berkongsi pengalaman masing-masing, termasuk seorang pengguna bernama Stuka yang berkata, “Saya pernah mengalami kejadian ini. Memang benar, elakkan gerakan mengejut ke kiri atau kanan. Selalunya kereta di belakang sedar akan situasi dan akan memberi laluan jika kita kekal tenang dan fokus.”
Kesimpulannya, apabila berdepan situasi cemas seperti ini, kunci utama adalah untuk tidak panik dan bertindak secara teratur bagi mengelakkan kemalangan yang lebih serius.
Sumber: TikTok James Yip
BACA: Kereta Dimasuki Air Banjir, Nah! Ini Langkah-langkah Kena Buat
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI