Gaya Hidup

OMEGA Perkenal Sijil Khas Pengesahan Keaslian Jam Tangan Vintaj Jenamanya

Share

Pembikin jam ikonik dari Swiss, OMEGA kini melancarkan program pengenalan sijil untuk pengesahan produk jam vintajnya. Sijil dikenali dengan istilah Certificate of Authenticity ini merupakan inisiatif terbaru daripada OMEGA untuk memberikan transparensi produknya dalam pasaran vintaj.

Ini juga merupakan usaha OMEGA untuk memberikan keyakinan kepada penggemar jenamanya agar tidak tertipu dengan produk tiruan. Menurut Presiden dan CEO jenama OMEGA, Raynald Aeschlimann pihaknya mempunyai harapapan untuk memberikan lebih keyakinan serta kepercayaan kepada pengguna terhadap OMEGA.

Di kalangan penggemar jam vintaj dan juga terpakai keperluan untuk pengesahan ini merupakan satu berita baik. Bagi pemilik jam OMEGA juga pengesahan sijil seperti ini menjadi nilai tambah kepada mereka.

BACA: 8 Sebab Mengapa Jam ROLEX Sangat Mahal & Dianggap Item Mewah

Certificate of Authenticity akan diberikan kepada pemilik jam asli OMEGA yang berusia lebih 30 tahun. Untuk mendapatkan sijil ini pemilik jam boleh membawa jam vintaj mereka ke ibui pejabat OMEGA di Switzerland atau butik-butik yang mengambil bahagian.

Kemudian jam tersebut akan dihantar kepada OMEGA Heritage Team, pasukan khas mereka yang mempunyai akses rekod produksi dan polisi perkhidmatan.

Sehingga kini sebanyak 12 butik OMEGA menawarkan servis ini dan ia akan dikembangkan lebih banyak di masa akan datang.

IKLAN