Pengeluar jenama jam tangan Omega baru-baru ini memperkenalkan aksesori terkini yang direka khas untuk peminat filem James Bond iaitu Jam Tangan Edisi Terhad Seamaster Diver 300M.
Jam tangan ini dilengkapi dengan tali getah berwarna hitam dan ditempa khas Plat Emas 18 Karat di bahagian tepi jam. Pemilik jam tangan ini juga bakal menerima ukiran khas nombor siri edisi terhad jam tangan tersebut.
Menurut laman web Firstclasse, jam tangan eksklusif ini hanya menawarkan sebanyak 7007 unit sahaja.
Ads
Rekaan jam tangan ini dipacukan oleh teknologi Omega Co-Axial Master Chronometer Calibre 8800 dan berupaya untuk kekal berfungsi selama 55 jam.
Antara ciri-ciri khas lain yang menarik adalah, terdapat nombor rahsia 50 yang akan timbul di dalam simbol bulatan jam pukul 10. Ianya adalah bersempena ulangtahun ke-50 filem James Bond siri ‘On Her Majesty’s Secret Service’ yang dilakonkan oleh George Robert Lazenby pada tahun 1969.
Ads
Selain itu, jam ini juga turut menggunakan font nombor asal untuk nombor tujuh yang mana ia adalah logo yang digunakan untuk setiap filem James Bond.
Jam tangan jenama Omega sudah dipakai oleh pelakon watak James Bond sejak dari filem GoldenEye pada tahun 1995 yang mana watak Bond telah menyarung Seamaster Diver 300M.
Sumber: Firstclasse
Kredit gambar: Omega
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Salah satu aksesori yang cukup penting buat seorang lelaki ialah tali pinggang. Tak kiralah sama ada anda menggayakan seluar jeans, formal atau pun separa formal, tali pinggang harus ada meilit di pinggang kamu.
Salah satu perkara yang anda sebagai lelaki kena ingat ialah anda WAJIB memakai tali pinggang. Tak kiralah sama ada seluar itu fit betul-betul dengan pinggang anda atau tidak. Ia harus dipakai!
Fungsi tali pinggang bukan sahaja mengetatkan seluar tetapi ia lebih kepada pelengkap pakaian anda terutamanya di bahagian pinggang. Secara tak langsung ia juga manjamin faktor keselamatan agar seluar tak terlondeh.
Jadi bagaimana untuk anda pilih tali pinggang dengan betul Ikuti perkongsian dari MASKULIN di bawah.
Sebelum beli tali pinggan antara perkara paling penting anda harus ambil kira ialah kesesuaian tali pinggang untuk digayakan serta saiz tali lilitan.
Seperti mana anda tahu tali pinggang ialah aksesori yang digayakan ke majlis rasmi mahupun santai. Ada tali pinggang yang sesuai untuk seluar denim, corduroy mahupun khaki bergantung kepada jenis rekaan tali pinggang itu sendiri.
Tali pinggang ada pelbagai jenis saiz yang sesuai dengan ukur lilit pinggang anda. Tapi kebiasaannya tali pinggang menyamai saiz seluar iaitu 28 inci, 30 inci, 32 inci, 34 inci hinggalah lebih 50 inci.
Sebagai contoh, andai saiz pinggang anda adalah 32 inci, pilihan terbaik untuk tali pinggang ialah bersaiz 36 hingga 40 inci.
Tidak bermakna mahal dan berjenama mewah sesuai untuk digayakan ke semua acara. Untuk acara formal, ideal memilih lebar tali satu hingga satu setengah inci. Bagi kategori kasual, pilihan tidak terhad.
Pastikan tali pinggang tidak terlalu berbeza dengan pilihan kasut mahupun sandal. Penampilan akan lebih terserlah andai bijak menyuai padan warna dan rekaan antara tali pinggang dan kasut.
Jumlah lubang pada tali harus sesuai dengan lilitan pinggang. Jangan terlalu banyak tebuk hingga mencacatkan penampilan secara keseluruhan.
Pemilihan gancu tali pinggang penting bagi mencerminkan keseluruhan gaya berfesyen. Jangan terlalu ghairah pada reka bentuk gancu tali pinggang hingga menjejaskan penampilan. Untuk ke acara kasual, orientasi gaya tidak terbatas. Bagaimanapun, hati-hati memilih gancu untuk disesuaikan pakaian ke acara formal.
Kalau ingin membeli tali pinggang ke pejabat, pilihlah daripada bahan berasaskan kulit, material berkilat dan bermutu tinggi. Bagi acara lebih santai, pilih saja bahan daripada kanvas, getah mahupun PVC.
Sebelum beli tali pinggang adalah baik juga anda semak fesyen tali pinggang di gayakan selebriti dan moden sebagai panduan sebelum memilih untuk membeli tali pinggang. Barulah anda sentiasa up-to-date dengan trend semasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mesti ramai yang menyembur minyak wangi di waktu pagi tetapi apabila menjelangnya tengah hari, kadang-kala tidak tidak sempat tengahari pun bauan itu mesti hilang.
Hampir setiap wanita mahupun lelaki sangat suka memakai minyak wangi. Pemakaian minyak wangi sedikit sebanyak boleh meningkatkan keyakinan diri serta menyerlahkan penampilan. Tapi, bagaimanakah caranya untuk membuat bau minyak wangi bertahan lebih lama? Terdapat beberapacara yang boleh mengekalkan aroma indah tersebut.
1. Semburan di Dada
Ini akan membuatkan minyak wangi kekal kerana tidak banyak gerakan dalam badan yang berlaku di kawasan ini. Perpeluhan di kawasan ini sepatutnya meningkatkan lagi bau minyak wangi tersebut.
2. Semburan di baju untuk kekal lama
Selalunya kita dapati baju kekal wangi apabila pulang ke rumah. Ini kerana fabrik adalah perangkap terbaik untuk minyak wangi. Tip ini boleh dilakukan dengan syarat anda menggunakan minyak wangi dari jenis EDP. Bauan akan kekal melekat sepanjang hari. Jenis ini lebih pekat dan akan tahan dalam tempoh 4 – 6 jam.
3. Lembapkan kulit sebelum menggunakan minyak wangi
Kajian saintifik menunjukkan bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak, berbanding kulit kering. Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lama.
4. Sembur, bukannya menggosok
Sangat tak digalakkan untuk menggosok minyak wangi kerana perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian tersebut, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza. Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi, kira-kira 15-25 cm daripada kulit kita. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan.
Cubalah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ya tak dapat dinafikan kebanyakan wanita lebih cenderung memilih atau mendambakan seorang kekasih yang lebih tinggi daripada dirinya. Namun pernah tak dengar orang tua-tua cakap, jika isteri lebih tinggi rezeki pasangan itu lebih murah.
Dengar boleh tapi percaya jangan.
Rami juga selebriti dan tokoh terkenal yang tidak memeliki ketinggian sangat popular di kalangan wanita. Nama-nama seperti Daniel Radcliffe, Jason Statam, James McAvoy dan ramai lagi merupakan antara selebriti yang tak berapa tinggi tapi sangat popular.
Pernah tengok cara memereka berpakaian dan bergaya. Sekali imba memang tak perasan yng mereka sebenarnya soerang lelaki yang rendah. Nak tahu apa rahsianya? Jom ikuti 7 trik bergaya khas untuk anda yang bersaiz kecil nampal lebih tinggi.
Untuk nampak lebih tinggi anda dinasihatkan untuk memakai pakaian yang menggunakan tema warna monokrom. Maksud monokrom di sini ialah anda memakai pakaian yang menggunakan satu warna untuk satu jenis pakaian. Contohnya jika anda pakai baju putih pastikan seluar lebih terang seperti warna hitam atau biru. Pastikan warna seluar lebih terang daripada baju.
Seluar jenis baggy atau mempunyai ukuran pinggang rendah perlulah anda elakkan. Menggunakan seluar baggy akan membuatkan anda nampak lebih rendah dan memendekkan garis kaki. Pastikan juga anda tak memakai seluar yang mempunyai ‘cawat’ labuh.
Ya, memakai blazer yang sesuai mampu memberikan imej anda lebih tinggi. Tapi carilah blazer yang mempunyai saiz slim fit dengan badan anda. Jika anda berdiri sentiasa pastikan anda mengenakan butangnya. Ia akan memberikan gambaran slim yang menampakkan dada anda lebih bidang sekaligus lebih tinggi.
Untuk pakaian tertentu seperti sut, baju melayu dan seluar kerja seeloknya ada menempahd engan tukang jahit. Ini kerana saiz seluar yang terdapat di pasaran biasanya tidak sesuai untuk anda yang rendah. Ini kerana ration saiz pinggang dan ketinggian yang disediakan biasanya tak sesuai dengan anda. Jika menempak dengan tukang jahit anda akan perolehi pakaian yang benar-benar fit dengan badan.
Selain seluar yang baggy anda juga perlu elak memakai baju bersaiz besar. Dan antara yang penting sekali jangan pakai t-shirt yang mempunyai labuh melebihi parasatulang pinggul. Baju yang terlalu labuh akan membuatkan kaki anda nampak lebih pendek.
Anda ada lengan yang berotot? Usah terlalu obses untuk tayangkan otot anda kepada umum kerana lengan terlalu pendek hanya membuatkan anda nampak lebih pendek. Jika lengan anda nampak pendek, badan anda juga akan nampak sama.
Untuk nampak lebih tinggi anda dinasihatkan tidak terlalu sarat menggunakan aksesori seperti rantai, kepala tali pinggang yang besar, gelang besar dan juga kasut yang berwarna terlalu terang. Penggunaan aksesorui yang banyak hanya menampakkan anda lebih pendek. Ingat, anda harus simple dan bersahaja untuk berikan ilusi dan tampil lebih tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada usia 15 tahun, Salim Sacoor bukan sahaja membina jenama sendiri, malah bekerjasama dengan Montigo untuk membantu atlet kekal terhidrat dan menyokong pemulihan atlet cedera.