Saban tahun kita menyaksikan pengeluar dan pembikin teknologi peranti pintar berlumba-lumba memperkenalkan inovasi terkini mereka. Satu semi satu teknologi yang semakin maju dinikmati oleh pengguna di seluruh dunia.

Salah satu faktor utama yang boleh mementukan pengguna memilih telefon dan peranti pintar yang ingin mereka beli ialah faktor pengecasan bateri pantas.

Atau juga dikenali sebagai Fast Charging Technology. Rata-rata pengelur telefon pintar kini cukup gigih bersaing memperkenalkan teknologi pengecasan terpantas buat pengguna.

Terbaru, jenama terkenal OPPO telah mengumumkan teknologi pengecasan pantas mereka yang dikatakan 12 kali ganda lebih laju dari iPhone 13.

Pengumuman tersebut dilakukan pada hari pertama Mobile World Congress (MWC) yang berlangsung beberapa hari lalu. Pada persembahan mereka, OPPO memperkenalkan beberapa seleksi teknologi terkini mereka termasuklah siri telefon pintar terbarunya, Find X5, pemproses imej MarSilicon X, sistem camera retractable dan banyak lagi.

Oppo Perkenalkan Teknologi ‘Fast Charging’ 12 Kali Ganda Lebih Pantas Dari iPhone 13

IKLAN

Namun apa yang paling menarik perhatian ramai ialah pengenalan teknologi pengecasan terpantas ‘150W SUPERVOOC flash charge’. Dengan teknologi ini peranti pintar yang mempunyai bateri 4,500 mAh dapat dicas hingga 50% dalam masa lima minit sahaja. Dan ia boleh melakukan pengecasan penuh dalam masa 15 minit!

Memetik theverge, teknologi ini akan pertama kali tampil bersama telefon pintar dari sub-jenama, OnePlus yang belum diumumkan dari siri yang mana.

Lebih menarik, ‘150W SUPERVOOC’ turut ditampilkan bersama Battery Health Engine yang turut diperkenalkan oleh Oppo.

IKLAN

Selain itu, Oppo turut memperkenalkan teknologi ‘240W SUPERVOOC flash charge’ di mana ia boleh mengecas penuh bateri 4,000 mAh dalam masa sembilan minit sahaja. Ia ternyata lebih hebat dan paling pantas di pasaran pada masa kini mengalahkan teknologi Realme yang tampil dengan 150W charging.

Oppo Perkenalkan Teknologi ‘Fast Charging’ 12 Kali Ganda Lebih Pantas Dari iPhone 13

Jelas Oppo, teknologi ‘240W SUPERVOOC’ dilengkapi dengan lima langkah keselamatan yang meliputi cip kawalan rekaan khas yang memantau voltaj, arus dan suhu. Buat masa sekarang Oppo masih belum mengumumkan peranti pintar manakah yang akan menggunakan teknologi ini buat pertama kali.

IKLAN
Oppo Perkenalkan Teknologi ‘Fast Charging’ 12 Kali Ganda Lebih Pantas Dari iPhone 13
Foto via Android Authority

Namun pengenalan teknologi ini sudah cukup membuatkan penggemar peranti pintar cukup teruja dan tidak sabar menantikannya di pasaran. Untuk perbandingan, iPhone 13 mini dan 13 menyokong 20W fast charging, manakala iPhone 13 Pro pula sehingga 23W dan 13 Pro pada sokongan 27W.

Adakah anda teruja dengan teknologi terbaru diperkenalkan oleh Oppo ini?

Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=SolT1Y98Qd4&t=126s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI