Peranti pintar semakin sudah sebati dalam kehidupan seharian kita. Kini bukan hanya telefon pintar menjadi pelengkap segala aktiviti harian tetapi beberapa peranti lain seperti jam pintar. OPPO Watch merupakan salah satu seleksi terbaru di pasaran yang menawarkan spesifikasi menarik untuk kegunaan harian.
Dilancarkan pada 25 September lalu, OPPO Watch ini menampilkan teknologi yang cukup hebat. Ia merupakan jam pintar pertama di dunia mengaplikasikan dual-curved display yang turut mendapat sokongan daripada Wear OS by Google.
Rekaan luarannya hadir dengan gaya fesyen yang tidak kalah dengan ciri-ciri spesifikasi dalamannya. Ia diangkat sebagai jam pintar yang mudah digunakan sama ada untuk gaya santai ataupun aktviti aktif.
Bagi pengeluarnya, OPPO Watch juga dianggap sebagai jam pintar yang memiliki pakej lengkap sama da kegunaan praktikal mahupun gaya.
VARIAN WARNA
OPPO Watch boleh didapati dalam dua warna berbeza iaitu Black Glossy Gold dab Pink Gold. Ia juga turut ditawarkan dalam dua saiz berbeza, 46mm dan 41 mm.
Vagui versi 46mm, skrinnya tampil pada ukuran 1.91 inci. Sekali gus menjadikannya sebagai jam pintar dengan skrin yang agak besar. Lengkap dengan skrin AMOLED ia dapat digunakan dalam apa jua kondisi pengcahayaan termasuklah di bawah cahaya matahari terik.
Selain itu, OPPO Watch juga dilengkapkan dengan tali jam yang boleh ditukar mengikut warna dan rekaan kegemaran pengguna. Dan salah satu ciri-ciri yang menarik pada OPPO Watch ialah ia mampu melakukan sync antara ‘face watch’ dan juga tali jam serta pakaian anda.
Pengguna hanya perlu mengambil foto sampel pakaian dan ia akan melakukan perubahan skrin sesuai dengan tema fesyen anda.
KEGIATAN HARIAN
OPPO Watch juga dianggap sebagai jam pintar yang mampu meningkatkan tahap gaya hidup positif dalam kegiatan harian. Sokongan penuhnya terhadap pelbagai aktiviti fizikal seperti berjalan, larian, berbasikal, renang dan pelbagai lagi memberikan nilai tambah yang cukup baik.
Segala aktviti senaman juga dapat direkodkan dengan pelbagai data secara tepat. Malah ia menawarkan lima jenis bantuan senaman. Antaranya ialah Fitness Run, Fat Burn Run, Outdoor Walk, Outdoor Cycling dan Swimming.
Setiap bantuan senaman ini tampild engan arahan suara jurulatih seiring dengan data yang direkodkan setiap saat. Pengguna juga dapat memuat turun pelbagai aplikasi latihan menerusi Google Play kerana sokongannya oleh Wear OS by Google.
Dari segi bateri pula, OPPO Watch mampu bertahan sehingga 36 jam. Dan jika pengguna memilih Power Saver mode ia mampu bertahan sehingga 21 hari!
Pada pelancarannya, ia turut diserikan dengan kehadiran selebriti negara kita yang mencipta nama di Taiwan, Min Chen.
Jam pintar ini akan mula dipasarkan di Malaysia bermula 3 Oktober dengan pra-pesanannya dibuka sejak 25 Sptember sehigga 2 Oktober 2020.
Buat anda yang ingin mencari akseseori jam pintar pada harga menarik, boleh dapatkannya di sini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI