Selepas kerajaan melancarkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini sehingga 31 Mac, ramai yang memilih untuk balik kampung sehingga menyebabkan beberapa balai polis dan terminal bas sesak.

Tindakan yang mereka pilih ini bukanlah satu langkah yang bijak kerana ia akan menyebabkan wabak COVID-19 mudah merebak, sekali gus meningkatkan lagi jumlah kes penularan COVID-19.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, orang tua, pesakit diabetes, darah tinggi dan jantung mempunyai kadar kematian yang tinggi untuk dijangkiti COVID-19.

IKLAN

Jadi demi orang yang tersayang, marilah kita sama-sama mengelak daripada balik kampung dan mengambil langkah untuk tinggal di rumah sendiri.

Orang Tua, Diabetes, Darah Tinggi & Jantung, Risiko Kematian Tinggi Kena COVID-19. Elak Balik Kampung!

IKLAN

Semua orang boleh dijangkiti dengan virus COVID-19. Bagi kebanyakan orang, jangkitan adalah ringan, namun dalam kalangan 15% kes, COVID-19 boleh menjadi serius.

Siapakah yang berisiko untuk mendapat jangkitan serius?

Data terkini menunjukkan bahawa golongan warga emas dan orang yang menghidap penyakit diabetes, hipertensi dan penyakit jantung adalah lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang serius; iaitu mengalami gejala dan komplikasi yang teruk.

IKLAN

Orang Tua, Diabetes, Darah Tinggi & Jantung, Risiko Kematian Tinggi Kena COVID-19. Elak Balik Kampung!

Jika anda sayangkan ibu bapa, berhenti merancang untuk pulang ke kampung halaman. Jangan dedahkan risiko ibu bapa kepada jangkitan penyakit maut ini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI