Dalam dunia fesyen yang makin berkembang, jenama terkenal seperti Nike, Adidas, Uniqlo, dan Zara sering menjadi buruan ramai.
Tapi dalam keterujaan nak bergaya, ada yang tanpa sedar terbeli baju tiruan.
Lebih menyakitkan, bila baju fake tu dijual dengan harga hampir sama macam ori!
Jadi, penting untuk kita tahu cara nak beza antara yang tulen dan palsu.
Periksa Label dan Tag dengan Teliti
Label mungkin nampak macam benda kecil, tapi ia antara petunjuk paling jelas.
Baju original selalunya ada label kain yang dijahit kemas, bukan sekadar tampal.
Pada label tu akan tertera nama jenama, saiz, negara pengeluar, dan kadang-kadang ada kod produk khas.
Kalau tulisan atas tag tu kabur, logo nampak pelik, atau info tak lengkap itu tanda besar baju tu mungkin tiruan.
Ads
Ada juga jenama yang guna tag NFC atau kod QR untuk pengesahan. Jadi, jangan malas nak scan!
Kualiti Jahitan & Material Kena Ambil Kira
Baju original selalunya dijahit dengan sangat kemas dan teliti. Jahitannya lurus, tak ada benang terjuntai dan semua lipatan dijaga rapi.
Material pula terasa lebih tebal, selesa dan tahan lama. Cuba sentuh dan rasa kalau kainnya terlalu nipis, cepat kedut, atau jahitan nampak berterabur, besar kemungkinan ia bukan ori.
Ingat, jenama besar takkan kompromi soal kualiti.
Harga Terlalu Murah? Waspada!
Memang semua orang suka diskaun, tapi kalau harga tu terlalu murah sampai tak masuk akal, itu red flag besar.
Ads
Contohnya, baju yang sepatutnya berharga RM300 dijual hanya RM60 logik ke?
Ada beza antara ‘sale’ dan ‘scam’. Kalau beli online, pastikan dari laman web rasmi atau butik berdaftar.
Packaging Juga Main Peranan
Jenama terkenal biasanya akan bungkus produk mereka dengan penuh gaya.
Kotak, plastik, dan tag semuanya nampak eksklusif. Baju ori juga kadang-kadang datang dengan booklet atau stiker jenama.
Kalau packaging nampak ringkas sangat atau nampak ‘cheap’, itu petanda ia bukan original.
Foto : Siakap Keli
Bandingkan dengan Produk di Kedai Asal
Sebelum beli online atau di kedai tak rasmi, buat perbandingan dulu.
Ads
Cari gambar produk ori dari laman web jenama tu. Bandingkan logo, warna, bentuk, dan juga reka bentuk keseluruhan.
Rasanya bagi penggemar fesyen streetwear dan juga jenama premium sudah cukup masak dengan kolaborasi hebat di antara Off-White™ dan Nike. Kejayaan luar biasa kolaborasi ini menyaksikan setiap sneakers yang dikeluarkan sold out dalam sekelip mata.
Malah harga selepas jualan di pasaran juga sangat tinggi dan berlipat kali ganda. Tidak hairanlah mengapa item kolaborasi hebat ini sentiasa menjadi buruan peminat serta reseller di seluruh dunia.
Kolaborasi terbaru kali ini mengetengahkan silhoutte Nike Vapor Street yang merupakan model kasut larian.
Sneakers ini pertama kali diperkenalkan oleh Virgil Abloh pada Off-White™ Spring/Summer 2019 yang lalu. Ia diperkenalkan dengan tiga warna berbeza dan merupakan kapsul yang pastinya akan mendapat samburan luar biasa.
Tampil dengan tiga kombinasi warna iaitu hitam/merah jambu, kuning/hitam dan biru/kuning, koleksi ini turut bakal didapati di Malaysia menerusi laman sesawang Nike store Malaysia.
Antara feature uniknya ialah mengunakan bahan transparen pada bahagian atas kasut, sistem lacing assymmetric dan tapak yang lebih panjang dan lebar.
Walaupun ia tidaklah setular koleksi ‘the 10’ sebelum ini namun koleksi ini pastinya menarik perhatian peminat tegar jenama Off-White™ dan Nike.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa yang tidak suka melancong? Ramai diantara kita yang memang sukakan aktiviti melancong, tambahan pula pada mereka yang memang ada bajet yang besar. Namun, usah risau jika kamu memiliki bajet yang kecil! Kamu masih bisa melancong dan merasai pengalaman yang menyeronokkan. Nak tahu cara travel yang menggunakan bajet kecil tapi best? Ini jawapannya!
Lakukan survey secara terperinci
Langkah awal yang harus dilakukan adalah survey tempat yang akan kamu lawati. Hal ini penting kerana ia akan membantu kamu untuk mengenal pasti berapa banyak budget yang harus disiapkan. Siapkan juga berbagai keperluan lainya sebelum berangkat. Misalnya tempat menginap, tempat yang akan dikunjungi, dan juga tempat makan agar aktivti korang jadi lancar.
Siapkan wang tambahan
Walaupun kalian sedang menikmati keseronokkan bercuti, tapi kamu harus siapkan wang tambahan. Wajib! Jangan sampai nanti kehabisan wang dan tak boleh pulang ke negara sendiri. Tetapi ingat, wang itu hanya untuk keadaan darurat. Apa-apapun kamu wajib untuk stay pada rencana awal mengenai budget awal di tahap survey tadi ya!
Pilihan transport yang paling bernas
Pengangkutan adalah salah satu point yang harus kamu perhatikan. Sebaiknya, gunakan kenderaan oengangkutan yang murah, jangan sesekali ambil jalan mudah dan menggunakan yang mahal. Jika perlu berjalan sedikit, why not?Tak apa lama, yang penting pengalamannya kan?
Gunakan kenderaan peribadi
Masih mengenai pengangkutan. Kenderaan peribadi memiliki beberapa kelebihan lain dibanding kendaraan umum seperti kereta dan bus. Dengan menggunakan kenderaan peribadi, kamu boleh bajet untuk perbelanjaannya. Tambahan pula jika pergi bersama dengan rakan-rakan, kata orang boleh “tong-tong” duit minyak dan tol. Apa yang bestnya bila naik kenderaan sendiri, kamu boleh berhenti dimana-mana kawasan kamu suka untuk ambil gambar dan juga untuk berehat. Tidak terburu-buru. Best!
Pilih waktu yang tepat
Pilihlah waktu yang tepat untuk bercuti. Kalau boleh jangan pergi ketika musim cuti, kerana kebiasaannya penginapan dan juga kedai cenderahati akan menaikan harga pada musim cuti. Tetap bagi kamu yang hanya memiliki waktu di musim cuti, relaks saja. Kamu masih boleh mendapatkan tempat penginapan dan perbelanjaan yang murah dengan melakukan survey secara detail tentang tempat menginap dan kos perbelanjaan terlebih dahulu.
Promosi Hebat!
Perhatikan juga promo-promo yang ditawarkan tiap-tiap tempat percutian yang kamu akan pergi. Kebiasannya promosi tambang murah tiket penerbangan mahupun promosi murah untuk penginapan akan muncul di internet. Jadi kamu harus rajin melihatnya satu persatu. Untuk menjadikannya lebih mudah, kamu juga boleh terus tekan pada laman web yang direka khas untuk promosi percutian. Lebih mudah dan cepat!
Pilih percutian domestik
Kenapa harus ke luar negara kalau di dalam Malaysia sudah ada tempat best untuk bercuti? Banyak hidden paradise yang ditawarkan di Malaysia. Pilih saja area mana kamu mahu pergi. Bukan hanya membantu meningkat ekonomi negara, malah ia juga memudahkan perjalanan percutian kamu. Apa yang penting, ia lebih murah! Jadi kamu tak perlu memikirkan kos perbelanjaan yang tinggi!
sumber: shopback.co.id
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sama ada menggayakan seluar chino, khaki atau jeans pastinya kadangkala anda akan melipat seluar untuk kesesuaian dengan sneakers atau kasut. Tapi apakah teknik lipat kaki seluar yang anda amalkan selama ini. Adakah ia sesuai mengikut gaya atau cutting seluar yang dipakai?
Melipat kaki seluar kini bukan semata untuk menguragkan keanjangan seluar semata. Ia kini telah dianggap sebagai salah satu teknik penggayaan yang boleh menyerlahkan penampilan lebih menarik.
Teknik lipat kaki seluar yang betul boleh menyerlahkan bukan sahaja gaya namun menjadikan outfit yang dipakai lebih menonjol. Namun sebelum anda melakukan lipatan kaki seluar beberapa perkara perlu diambil perhatian.
Pertama jenis material kain seluar. Sebagai contoh denim yang berkualiti tinggi mempunyai berat yang agak tinggi. Jadi lipatan kaki seluar perlulah dilakukan dengan baik agar ia tidak nampak janggal atau nampak terlalu kembang.
Terdapat beberapa jenis teknik lipatan kaki seluar. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa teknik dan tip yang anda boleh ikut.
PINROLL
Lipatan ini sesuai digayakan dengan kasut yang lebih runcing dan slim. Sebagai contoh sneakers Nike Roshe Run atau Flyknit Racer. Walau bagaimana pun elakkan lipatan ini dengan kasut yang lebih bulky atau besar. Atau yang mempunyai tapal yang tebal.
Cara melakukannya ialah tarik kaki seluar kira-kira seinci ke dalam. Kemudian lakukan lipatan ke atas sebanyak dua atau tiga kali. Ia akan membuatkan kaki seluar menjadi lebih fit dan mencengkam bahagian atas buku lali. Jenis cutting seluar yang sesuai ialah slim dan regular cut.
LIPATAN BIASA
Ini merupakan jenis lipatan kaki seluar yang paling versatil. Boleh dikatakan ia sesuai digayakan dengan apa jua jenis kasut. Lipatan biasa juga boleh dilakukan ke atas semua jenis seluar tanpa mengira jenis kain.
Lakukan sekurang-kurangnya dua kali lipatan untuk gaya yang lebih kemas. Cutting seluar yang sesuai adalah regular, straight, slim dan skinny.
Foto: World Taking Flight
SKINNY ROLL
Paling sesuai dilakukan ke atas seluar skinny atau slim. Lakukan lipatan kecil dengan menggunakan kaki seluar. Namun ia tidak boleh dilakukan ke atas seluar jean atau denim tebal. Gaya lipatan skinny roll juga tidak sesuai dengan penggayaan kasut but atau sneakers yang lebar.
IRON WORKER
Sesuai dengan namanya, jenis lipatan ini popular suatu ketika dahulu di kalangan pekerja lombong. Lipatan yang lebih besar ini biasanya sesuai untuk dilakuka ke atas seluar jeas sahaja. Paling sesuai jika jean menggunakan kain denim yang tebal dan berat.
Semoga teknik lipatan kaki seluar ini boleh membantu anda mendapatkan gaya penampilan lebih menarik!
Jangan lupa untuk follow dan subscribe YouTube MASKULIN untuk video gaya hidup lelaki terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.