Nama mendiang Karl Legerfeld terukir dalam lipatan sejarah sebagai salah seorang ikon fesyen yang mempunyai pengaruh dan sumbangan cukup luar biasa.
Pemergiannya pada awal tahun ini cukup dirasakan bukan sahaja dikalangan penggiat industri fesyen tetapi peminat-peminat rekaannya. Insan yang menjadi tunjang utama jenama Chanel ini juga telah banyak melakukan kolaborasi dan membantu pereka fesyen muda serta label-label fesyen yang lain.
Antara kolaborasi yang menarik perhatian penggemar fesyen muda ialah bersama dengan PUMA. Tahun lalu PUMA dan Karl Lagerfeld telah mengeluarkan koleksi kolaborasi khas untuk Fall 2018. Ia mendapat banyak pujian dan rekaannyanya juga telah menjadi buruan penggemar fesyen.
Ads
Dengan kejayaan itu PUMA meneruskan kerjasamanya bersama Karl Legerfeld dengan memperkenalkan koleksi kolaborasi yang kedua.
Kali ini PUMA x KARL LAGERFELD mengetengahkan koleksi berkonsepkan sttreetwear untuk lelaki dan wanita. Ia menampilkan pelbagai variasi pakaian dan aksesori.
Menariknya koleksi-koleksi ini menggunakan rekaan klasik PUMA yang diberi sentuhan baru.
Ads
Ia sekaligus menjadikan PUMA x KARL LAGERFELD sebagai koleksi yang bersifat timeless dengan pendekatan moden, mewah dan mengekalkan tradisi jenama tersebut.
Dengan sentuhan baru ini, rekaannya menggunakan kain fabrik berkualiti tinggi, perincian yang lebih terperinci dan membawa elemen premium.
Koleksi ini akan akan mula berada di pasaran tempatan bermula pada 12 Oktober 2019 hanya di PUMA KLCC dan PUMA Sunway Pyramid.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Biasalah, jika anda hidup bujang atau tidak ada masa yang banyak di rumah, mungkin anda akan menghadapi masalah dalam memastikan makanan yang anda beli itu telah lepas tarikh luput ataupun tidak. Kadang-kadang tak sempat makan pun, dah basi. Ada beberapa cara sebenarnya untuk tahu sama ada makanan yang anda beli telah tamat tarikh luput ataupun tidak.
Sebenarnya tarikh luput ini tercipta berdasarkan tekaan pihak pengusaha berkenaan makanan tersebut. Berdasarkan pemerhatian mereka, makanan yang dikeluarkan sebagai contoh roti, hanya boleh bertahan sekurang-kurangnya 4 hari. Fakta ini sebenarnya bergantung kepada suhu bilik saja. Apa yang penting adalah naluri anda. Jika anda rasa makanan anda masih elok walaupun telah lepas tarikh luput, anda masih boleh menikmati makanan tersebut. Jika anda sudah nampak kulat, basi dan berbau, maka sudah sampai masa anda memberi makan kepada tong sampah anda.
Macam mana nak mengekalkan makanan agar tidak cepat berkulat atau busuk?
Pastikan anda meletakkan makanan dalam peti sejuk. Mengapa peti sejuk? Ini adalah untuk menjadikan makanan anda tahan dengan lebih lama. Suhu di dalam peti sejuk membantu melambatkan proses kulat dan makanan berbau. Jadi bolehlah tahan sehingga 6 bulan ke 1 tahun bergantung kepada jenis makanan.
Selain daripada anda belajar berjimat dan mengawal nafsu, beli dalam kuantiti yang sedikit juga membantu anda agar tidak menyimpan makanan lepas dari tarikh luput. Sebagai contoh Ikan sardin. Jangan pula anda beli sekotak ikan sardin, beli untuk kuantiti seminggu. Kalau dah habis, barulah beli balik. Jangan fikir stock sebulan, takut dalam sebulan tu anda terpaksa out station, dah membazir kalau terlepas tarikh luput kan?
Jadi kalau setakat semalam tarikh luputnya tu, masih boleh makan lagi. Ikut naluri hati anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
adidas Originals x BAPE Football Collective kembali mencuri perhatian menjelang FIFA World Cup 2026 apabila aura bola sepak bukan sahaja terasa di padang, tetapi semakin kuat dalam dunia fesyen jalanan.
Dua nama besar, adidas Originals dan BAPE®, bergabung menerusi koleksi terbaharu ini – satu koleksi gaya hidup yang menangkap semangat bola sepak di luar stadium dan membawanya terus ke jalanan.
Menurut kenyataan rasmi, kolaborasi ini menggabungkan warisan sukan adidas Originals dengan identiti streetwear berani BAPE®, menampilkan grafik bold serta corak camo baharu yang direka bersama kedua-dua jenama.
Koleksi ini bukan sekadar tentang jersi atau kasut, tetapi tentang fandom, budaya dan identiti – bagaimana bola sepak menjadi bahasa global yang melangkaui sempadan negara.
Koleksi adidas Originals x BAPE Football Collective diterajui oleh dua jersi standout yang pasti menjadi rebutan peminat.
Yang pertama ialah fan top lengan panjang berkolar dengan cetakan diinspirasikan denim, lengkap dengan elemen BAPESTA dan co-branding yang jelas mempamerkan identiti dua jenama ini.
Satu lagi ialah jersi yang diinspirasikan daripada pasukan kebangsaan Jepun era 90-an, diberikan sentuhan baharu dengan grafik api ikonik BAPE® serta personalisasi belakang bertulis “BAPE 93”.
Sentuhan ini bukan sekadar estetik, tetapi penghormatan kepada sejarah dan era penting dalam bola sepak Asia.
Melengkapkan koleksi ialah rangkaian apparel gaya hidup, aksesori serta footwear termasuk Samba BAPE® dan Campus 00’s BAPE® – siluet klasik yang kini diberikan nafas streetwear yang lebih agresif dan kontemporari.
Menariknya, adidas Originals x BAPE Football Collective turut mengangkat satu detik bersejarah yang berlaku di Johor Bahru pada tahun 1997.
Ketika itu, Masayuki Okano menjaringkan gol emas yang melayakkan Jepun ke Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah negara tersebut.
Momen tersebut menjadi simbol kepercayaan dan keberanian – nilai yang kini diterjemahkan semula melalui jersi koleksi ini.
Inspirasi era 90-an Jepun digabungkan dengan grafik api BAPE® dan identiti “BAPE 93”, menjadikan ia bukan sekadar pakaian, tetapi naratif budaya yang boleh dipakai.
Dalam konteks Malaysia, sentuhan Johor Bahru memberi makna tersendiri. Ia menghubungkan sejarah global bola sepak dengan tanah tempatan, sekali gus menjadikan koleksi ini lebih dekat dengan peminat di sini.
Bagi meraikan pelancaran tempatan, adidas Originals x BAPE Football Collective hadir dengan pengalaman pop-up imersif dari 12 hingga 15 Februari 2026, bermula jam 8:30 pagi hingga 10:30 malam di Feeka @ The Five, dianjurkan oleh Crossover.
Crossover yang diasaskan di Johor Bahru – bandar yang mempunyai kaitan langsung dengan inspirasi koleksi ini – membawa kisah tersebut kembali ke Malaysia dalam bentuk pengalaman fizikal yang menggabungkan budaya bola sepak dan street culture tempatan.
Peminat bola sepak dan streetwear dijemput untuk merasai sendiri koleksi ini, mengimbau detik ikonik serta menyaksikan bagaimana warisan diterjemahkan dalam gaya moden. Legasi bukan sekadar dikenang, tetapi dipakai dari padang ke jalanan.
adidas Originals x BAPE Football Collective boleh didapati bermula 12 Februari melalui adidas.com.my, peruncit terpilih serta di BAPE.COM.
Dengan gabungan estetika bola sepak retro, grafik berani dan siluet klasik yang diberikan sentuhan baharu, koleksi ini membuktikan bahawa bola sepak bukan sekadar permainan.
Ia adalah budaya dan di tangan adidas Originals serta BAPE®, budaya itu kini dipakai dengan penuh gaya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda seorang lelaki yang mementingkan gaya tetapi masih mahu mengekalkan keselesaan serta minimalisme pastinya anda mahukan seleksi pakaian yang ideal untuk cuaca tropika.
Koleksi terbaru UNIQLO Spring/Summer 2025 adalah sesuatu yang patut anda nantikan. Berpegang kepada konsep Modern Neo Classic, koleksi ini mengambil inspirasi daripada suasana musim bunga di Copenhagen yang tenang dan musim panas di Athens yang penuh warna, menghasilkan pakaian yang bersahaja tetapi tetap bergaya.
UNIQLO sentiasa menekankan falsafah LifeWear mereka, yang menggabungkan reka bentuk ringkas, berkualiti tinggi, dan berfungsi dalam setiap helaian pakaian.
Koleksi kali ini menampilkan pemilihan warna neutral yang mudah dipadankan, siluet yang segar, dan lapisan pakaian yang ringan bagi memberikan keselesaan sepanjang hari.
Sama ada untuk bersantai di hujung minggu atau menghadiri acara kasual, koleksi ini menawarkan pilihan pakaian yang versatil dan mudah disesuaikan mengikut situasi.
Rekaan klasik yang dikemas kini dengan sentuhan moden menjadikannya sesuai untuk lelaki yang menghargai gaya tanpa perlu berusaha terlalu keras.
Cuaca panas dan lembap di Malaysia sering menjadi cabaran dalam memilih pakaian yang sesuai.
UNIQLO menyelesaikan masalah ini dengan memilih fabrik yang sejuk dan bernafas seperti linen premium. Salah satu item utama dalam koleksi ini ialah Premium Linen Shirt, yang bukan sahaja bergaya tetapi juga memberikan keselesaan maksimum.
Selain itu, koleksi ini juga menampilkan Sport Utility Wear (SUW) yang terdiri daripada teknologi inovatif seperti AIRism, Dry-EX, dan UV Protection. Teknologi ini membantu memastikan pakaian kekal kering, ringan, dan mampu melindungi kulit dari sinaran matahari.
UNIQLO turut memperkenalkan koleksi UT (UNIQLO T-shirt) yang menampilkan reka bentuk eksklusif daripada inspirasi seni terkenal seperti Picasso, Peanuts, dan seni pop New York.
Ini memberi peluang kepada peminat fesyen untuk menyuntik elemen artistik ke dalam gaya harian mereka.
Untuk penggemar denim, Wide Straight Jeans daripada koleksi denim UNIQLO juga ditampilkan dalam musim ini. Potongan yang longgar tetapi kemas memberikan keseimbangan antara gaya klasik dan keselesaan.
Koleksi Spring/Summer 2025 UNIQLO bukan sahaja menawarkan pilihan pakaian yang bergaya tetapi juga mengutamakan keselesaan dan fungsi, menjadikannya pilihan yang ideal untuk lelaki moden.
Sama ada anda ingin tampil ringkas tetapi elegan, atau mencari pakaian yang fleksibel untuk pelbagai acara, koleksi ini pasti mempunyai sesuatu untuk anda.