Azam untuk menurunkan berat badan merupakan satu usaha yang baik terutama buat anda yang mempunyai berat badan melebihi berat sepatutnya.

Ramai orang yang mempunyaimasalah berat badan mengambil langkah untuk menahan lapar dengan menggunakan alasan berdiet. Tapi itu merupakan satu perbuatan yang salah kerana kebanyakan jenis diet tidak mengajar kita untuk menahan lapar semata-mata.

Mungkin anda tak tahu bahawa menahan diri dengan berlapar dalam tempoh yang lama tanpa mengambil makanan yang membekalkan nutrien kepada badan adalah amat bahaya.

Dan jika anda hanya menahan lapar semata-mata ketika bediet ia hanya membawa kesan buruk. Berikut merupakan antara kesan yang anda akan alami jika berlapar semata-mata untuk berdiet.

Cepat Marah

Padah Bila Anda Hanya Berlapar Ketika Berdiet, Salah Satunya Jadi Pemarah

IKLAN

Apabila anda berasa lapar mungkin anda tak perasan yang emosi juga akan terjejas sama. Jika sentiasa lapar, kita sebagai manusia akan berubah mood dan jadi tak menentu. Salah satunya akan mudah marah dan cepat melenting

Minda Lesu & Keliru

Anda apa yang anda makan! Jika anda berlapar semata-mata fikiran akan mula jadi lemah. Ini berlaku disebabkan badan anda tak cukup tenaga. Jika kadar glukosa dalam badan menuru dan rendah, fikiran juga akan menjadi tak betul. Tumpuan anda juga akan terjejas dengan teruk sekali.

IKLAN

BACA: Tak Sangka Ulam Mempunyai Banyak Khasiat Dalam Diet Harian

Tinggalkan senaman

Bila berlapar, tubuh akan jadi tak bermaya. Bila sudah menjadi lemah secara atomatik anda akan jadi malas nak bersenam. Jadi apa guna diet kalau anda langsung tak bersenam bukan.

IKLAN

Kuat Makan

Padah Bila Anda Hanya Berlapar Ketika Berdiet, Salah Satunya Jadi Pemarah

Jika anda berlapar dan tak makan mengikut waktu sepatutnya, kajian telah mendapati bahawa seseorang itu akan lebih terdorong untuk makan lebih banyak.  Selain itu, anda akan lebih cenderung untuk makan makanan yang tinggi kalori.

Seluar lebih ketat

Tahukah anda berlapar sangat tak bagus sebab badan anda ada sejenis hormon yang mendorong pembentukan lemak. Ditambah pula dengan salah satu sebab di atas yang menjadikan anda makan lebih banyak bila sekali makan. Jadi, ia membuatkan badan jadi lebih gemuk.

Mulut Berbau

Jumlah bahan dikenali sebagai Katone yang terdapat di dalam hati akan terhasil sebagai sumber tenaga ketika gula dalam badan berkurangan. Jadi, apabila badan korang kurang tenaga, proses ini akan menghasilkan nafas berbau. Sudah tentu ini akan menjejaskan kehidupan anda seharian!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI