Penggunaan skrin atau monitor kini merupakan satu perkara yang cukup penting dalam aktiviti harian pengguna. Sama ada untuk tujuan kerja, riadah, tontonan biasa mahupun gaming ia kini dianggap sebagai peranti cukup ‘essential’ terutamanya di kalangan pengguna muda.

Namun di sebalik lambakan tawaran monitor pintar di pasaran pastinya agak mengelirukan untuk pengguna melakukan pilihan. Di antara jenama yang cukup sinonim sebagai pelopor teknologi visual dan paparan skrin di dunia ialah Samsung.

Padu Segenap Sudut, Samsung M8 Smart Monitor Mampu Penuhi Kepuasan Visual 

Terkini, mereka turut memperkenalkan Samsung M8 Smart Monitor yang merupakan sebuah peranti cukup mengagumkan. MASKULIN telah diberi kesempatan oleh Samsung Malaysia untuk merasai sendiri menggunakan monitor ini selama lebih kurang seminggu.

Secara dasarnya kita bolehlah menganggap bahawa Samsung M8 Smart Monitor merupakan sebuah televisyen 32 inci 4K HDR yang melakukan ‘penyamaran’ sebagai sebuah monitor. Mengapa MASKULIN berkata demikian? Ikuti review lengkap di bawah.

SPESIFIKASI

Samsung M8 Smart Monitor merupakan sebuah monitor yang menawarkan kualiti 4K hadir bersama skrin 32 inci. Ia juga mempunyai sokongan HDR10+ dengan sokongan sambungan USB-C dan Micro-HDMI.

Berikut merupakan spesifikasi asasnya:

  • Saiz paparan: 32 inci
  • Native resolution: 3840×2160
  • Jenis panel: VA
  • Refresh rate: 60Hz
  • HDR: HDR10+
  • Adaptive sync: Tiada
  • Ports: 1x Micro-HDMI, 1x USB-C with DisplayPort Alternate Mode, 1x USB-C
  • Stand adjustment: Height, tilt
  • VESA mount: None
  • Speakers: Termasuk

Apa yang membuatkan Samsung M8 Smart Monitor cukup berbeza ialah sistem operasinya dengan Tizen OS yang dibangunkan Samsung sendiri. Dengan sokongan ini pengguna mampu melakukan penstriman video tanpa perlu sokongan atau sambungan peranti luar.

Padu Segenap Sudut, Samsung M8 Smart Monitor Mampu Penuhi Kepuasan Visual 

REKAAN

Sekali imbas monitor ini sememangnya cukup elegan. Tampil dengan warna putih ia dilihat cukup mesra dan mudah digunakan. Selain warna putih ia turut hadir dengan beberapa seleksi warna seperti biru dan merah jambu.

IKLAN

Bezel pada monitor juga tidaklah terlalu besar dan cukup slim. Untuk sokongan stand dan front chin juga hadir dengan warna yang sama dengan monitor.

Padu Segenap Sudut, Samsung M8 Smart Monitor Mampu Penuhi Kepuasan Visual 

Rekaan stand Samsung M8 Smart Monitor hadir dengan bentuk sedikit kompak dan sedikit sempit bagi monitor bersaiz seperti ini. Namun secara keseluruhan ia tidak terlalu mengganggu pengalaman hebat menggunakannya.

Port USB-C yang tersedia membolehkan sambungan bersama PC atau Mac dengan kabel tunggal. Manakala port Micro-HDMI pula menawarkan sambungan kepada peranti bersesuaian.

Padu Segenap Sudut, Samsung M8 Smart Monitor Mampu Penuhi Kepuasan Visual 

Selain itu, di antara tarikan utama Samsung M8 Smart Monitor ialah kehadiran webcam yang menampilkan ciri menarik. Mudah untuk dipasang dan dicabut kerana menggunakan fungsi magnetik, webcam ini turut menawarkan sistem sekuriti fizikal yang baik.

IKLAN

Padu Segenap Sudut, Samsung M8 Smart Monitor Mampu Penuhi Kepuasan Visual 

Jika tidak mahu digunakan ia boleh dicabut dengan cukup mudah. Buat masa kini, webcam yang tersedia pada Samsung M8 Smart Monitor boleh digunakan dengan menggunakan aplikasi Google Duo.

SISTEM KAWALAN JAUH

Padu Segenap Sudut, Samsung M8 Smart Monitor Mampu Penuhi Kepuasan Visual 

Sebuah monitor pintar tidak akan lengkap tanpa alat kawalan jauh yang membantu pengguna melakukan navigasi untuk kandungan di atas talian. Alat kawalan jauh Samsung M8 Smart Monitor hadir bersama butang shortcut untuk Amazon Prime, Netflix dan juga Disney+. Ketiga-tiga platform tersebut merupakan antara penyedia kandungan penstriman paling popular di dunia.

Padu Segenap Sudut, Samsung M8 Smart Monitor Mampu Penuhi Kepuasan Visual 

IKLAN

Fungi SmartTV padanya juga turut menyaksikan ia menyokong web browser dan sambung tanpa wayar untuk pencerminan skrin termasuklah Apple AirPlay. Malah lebih menarik lagi ia turut menyokong aplikasi seperti Microsoft 365.

Padu Segenap Sudut, Samsung M8 Smart Monitor Mampu Penuhi Kepuasan Visual 

Bagi peralatan luaran pula ia turut menyokong papan kekunci dan tetikus. Jadi buat anda yang ingin melakukan kerja menggunakan aplikasi Microsoft tidak perlu risau.

MELENGKAPI KEPERLUAN

Dengan segala macam ciri moden dan sokongan, Samsung M8 Smart Monitor merupakan peranti yang boleh anda pertimbangkan anda kata penggunaan harian itu meliputi kepelbagaian keperluan. Ia cukup sesuai buat mereka yang mahukan satu peranti bagi dua tujuan berbeza iaitu sebagai TV dan juga monitor.

Padu Segenap Sudut, Samsung M8 Smart Monitor Mampu Penuhi Kepuasan Visual 

Secara keseluruhannya di sebalik sedikit kekurangan yang ada itu tidak membuatkan Samsung M8 Smart Monitor tidak berada pada kelasnya tersendiri. Kepuasan visual yang berada pada tahap memuaskan serta kemampuannya melakukan sokongan pelbagai aplikasi menjadikan Samsung M8 Smart Monitor sebagai sebuah monitor pintar yang bersifat ‘value for money’!

Untuk maklumat lanjut tentang peranti hebat ini anda boleh layari https://www.samsung.com/my/monitors/smart-monitor/.

RATING MASKULIN: 4/5

https://www.youtube.com/watch?v=YWzIHMPwvcM&t=179s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI