
Pada pagi ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan Program Budi Madani RON95 (BUDI95) yang menggunakan pengesahan MyKad sebagai mekanisme utama subsidi bersasar.
Dalam masa yang sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menjelaskan bahawa skim ini tidak hanya bergantung kepada MyKad fizikal. Sebaliknya, pengguna turut boleh mengakses subsidi melalui aplikasi mudah alih yang dibangunkan syarikat minyak, termasuk terus di terminal pam petrol.
Di sebalik kekeliruan segelintir pengguna, muncul seorang figura mesra yang dikenali sebagai Pak Cik Shell. Beliau tular di media sosial selepas berkongsi video ringkas di Instagram @pakcikshell tentang cara paling mudah untuk mengesahkan MyKad di terminal pam minyak.
Menurut perkongsian tersebut, langkahnya cukup mudah:
Sentuh kad debit atau kad kredit untuk pembayaran.
Masukkan MyKad ke slot terminal untuk pengesahan subsidi.
Jika mahu, sahkan kad ganjaran BonusLink.
Angkat nozel dan terus isi minyak seperti biasa.
Demonstrasi ringkas itu menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet. Ramai mengucapkan terima kasih kerana perkongsian tersebut berjaya mengurangkan kebimbangan orang ramai terhadap kesesakan, seperti yang pernah tular sebelum ini apabila dikatakan penebusan subsidi hanya boleh dibuat di kaunter.
Lebih menarik, netizen juga mencadangkan agar BUDI95 boleh ditebus menerusi aplikasi Shell, kerana ia lebih menjimatkan masa serta seiring dengan gaya hidup moden yang pantas.
Jadi, sebelum anda risau tentang kesesakan atau langkah yang rumit, ikut sahaja tip daripada Pak Cik Shell. Ringkas, mudah dan terus jalan.
Sumber : IG @pakcikshell