Dalam banyak-banyak pakaian anda di dalam almari, kami tahu seluar jeans paling banyak digunakan. Dari Isnin sehingga jumaat jeans akan digunakan untuk tampil menarik dan casual. Tetapi adakah anda benar-benar tahu cara mencuci jeans dengan cara yang betul? Adakah anda membuat apa-apa kesilapan ketika mendobi yang mungkin menjejaskan kualiti denim kegemaran anda? Baca terus untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Kerap cuci jeans
Idealnya, anda hanya perlu membasuh seluar jeans anda setiap 5 hingga 10 kali memakai. Menurut penggemar jeans dan yang arif dalam denim, semakin lama anda pakai tanpa mencuci, semakin baik seluar jeans anda akan kelihatan.
Air sejuk dan Cuka
Ads
Pastinya seluar jeans akan memudar setelah sekian lama anda memakainya. Jika anda bimbang memudar denim anda, rendam seluar jeans anda dalam air sejuk dan cuka selama sejam untuk menghalang warna luntur.
Cara membasuh
Ads
Mesin basuh
Jika anda menggunakan mesin basuh, anda perlu terbalikkan seluar jeans anda ke dalam. Bukan sahaja ia mengelakkan pudar, ia juga memastikan bahawa bahagian dalamnya dibersihkan dengan teliti.
Ads
Cuci tangan
Kepada yang tiada mesin basuh tu, pasti anda akan mencuci tangan seluar jeans anda. Rendamnya dalam campuran air sejuk dan detergen. Pijak menggunakan kaki untuk mengeluarkan kesan kotoran degil selama beberapa minit, bilas dan kemudiannya sidai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama Dr. Martens bukan sekadar kasut, ia adalah kanvas sub-budaya, simbol ekspresi diri yang kekal abadi. Sejak but pertama 1460 diperkenalkan pada tahun 1960, legasi jenama Britain ini telah tertanam kukuh dalam dunia fesyen dan muzik.
Bermula sebagai alas kaki golongan pekerja, but AirWair yang ikonik ini pantas diangkat oleh sub-budaya pemuzik. Daripada punk yang memberontak hingga grunge yang sinis, membawa identiti jenama ini dari jalanan ke kemuncak pentas antarabangsa.
Jahitan welt kuning, tepi tapak beralur dan heel loop berjenama adalah DNA visual yang tidak pernah lekang dek zaman, mencerminkan ketahanan dan semangat individu yang memakainya.
Meneruskan naratif inovasi yang sentiasa menjadi tunjang utama reka bentuknya, Dr. Martens kini melancarkan siluet but baharu yang berpusat pada tapak kusyen Zebzag.
Tapak revolusioner ini, yang mula mencuri tumpuan dengan kejayaan Zebzag Mules yang popular pada musim panas lalu. Dan kini ia diolah semula untuk kegunaan sepanjang tahun menerusi pengenalan dua model but berkonsepkan slip-on iaituZebzag Laceless Boot dan Zebzag Rigger Boot.
Inisiatif ini bukan sekadar penambahan koleksi, tetapi penegasan komitmen jenama terhadap fungsi tanpa menjejaskan gaya.
Menurut Ketua Pegawai Produk, Dr. Martens Adam Meek, “Tapak Zebzag direka khas bagi memenuhi tuntutan kehidupan moden menggabungkan ketukangan terserlah, ketahanan dan keselesaan harian.
“Siluet but baharu ini bergerak bersama anda, masuk dengan mudah ke dalam apa jua gaya, sambil mengekalkan identiti Dr. Martens yang tidak dapat disangkal.
“Ia mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi dan rekaan abadi, yang dibentuk melalui cara pemakai kami hidup, bergerak dan mengekspresikan gaya peribadi mereka,” tambahnya lagi.
Zebzag Laceless Boot mengambil estetik but 1460 yang klasik, namun hadir tanpa tali. Lantas menjadikannya pilihan slip-on yang cukup memudahkan.
But ini dibalut dengan kulit Wyoming hitam yang lembut, menawarkan tampilan santai dan selesa sebaik sahaja disarung. Ia mengekalkan ciri heel loop berjenama Dr. Martens (hitam dan kuning) sebagai sentuhan warisan.
Sementara itu, Zebzag Rigger Boot pula menawarkan ketinggian pada buku lali yang lebih rendah, mengambil inspirasi daripada siluet but industri tetapi diolah untuk keselesaan kasual.
Rigger Boot ini disempurnakan dengan dwi penarik (dual pull-tabs) dan perincian jahitan Puritan stitch yang teliti.
Pilihan material pula merangkumi kulit Wyoming hitam atau Milled Nubuck kalis air dalam pelbagai palet warna, menjadikannya serba guna untuk sebarang cuaca.
Teras kepada fungsi koleksi ini terletak pada reka bentuk tapak Zebzag itu sendiri. Ia direka dengan teras kusyen, menggabungkan midsoleEVA ringan bersama tapak PVC tahan lama.
Hasilnya adalah platform yang ringkas, ergonomik dan mampu menawarkan tahap keselesaan yang mengagumkan selain memberi ‘bounce’ kepada setiap langkah pemakai.
Ciri-ciri utama Tapak Zebzag merangkumi:
Selain itu, but Zebzag Laceless dan Rigger ini turut dilengkapi dengan insolesSoftWair, menjamin keselesaan menyeluruh, luar dan dalam.
Kedua-dua siluet Zebzag Laceless & Rigger Boots kini boleh didapati di butik Dr Martens di KLCC, Sunway Pyramid dan The Exchange TRX.
Ia dipasarkan ke seluruh dunia bermula September 2025 dan ia dijadualkan turut muncul dalam koleksi Dr. Martens AW25 yang lain. Ini membuktikan bahawa dalam dunia fesyen moden, fungsi dan keselesaan bukan lagi pilihan, tetapi satu kemestian.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Poket kecil seluar jean merupakan salah satu bahagian di seluar jean yang pasti ada walau apapun jenamanya.
Bercakap tentang ini rasanya agak mustahil untuk seorang lelaki moden pada zaman sekarang untuk tidak sekurang-kurangnya sehelai seluar jean dalam almari.
Seluar jean kini menjadi salah satu item pakaian yang sudah sinonim dengan kehidupan harian terutamanya seorang lelaki. Selain tahan lasak ia juga memberikan pelbagai dimensi gaya buat seorang lelaki tampil kacak.
Buat anda yang sering memakai seluar jean pasti perasan akan kewujudan poket yang kebiasaannya terletak di bahagian atas poket kanan seluar. Tidak kisahlah jenama apa sekali pun kebanyakan seluar jean pasti akan disertakan dengan poket kecil ini.
Umum pasti beranggapan bahawa poket kecil ini dicipta untuk menyimpan duit syiling. Tapi sebenarnya kita pun agak bergelut untuk mengeluarkan syiling yang disimpan di dalam poket kecil itu.
Poket kecil di seluar jean ini dikatakan telah mula diperkenalkan pada tahun 1879. Ia satu jangka masa yang sangat lama. Jadi tidak hairanlah kenapa ramai yang tidak tahu asal-usul ia diperkenalkan.
Poket kecil yang dianggap sebagai ruang menyimpan syiling ini juga pernah diberi gelaran sebagai ‘poket tiket’, di mana pengguna menyimpan tiket konsert atau panggung wayang.
Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya poket kecil tersebut pada asalnya diberi gelaran ‘watch pocket’ atau poket jam. Pada era dahulu kebanyakan koboi di Amerika Syarikat menyimpan jam poket di dalam poket seluar kecil tersebut.
Malah ia memang diperkenalkan untuk meyimpan jam poket dengan saiznya yang cukup sempurna untuk penyimpanan. Selain koboi pekerja lombong juga menyimpan jam poket mereka sepanjang masa.
Mereka tidak menggunakan jam tangan kerana kerja-kerja lasak yang dilakukan. Dan jam poket merupakan trend yang sangat popular pada era tersebut. Jam poket yang disimpan di dalam poket kecil itu boleh diambil dan disimpan dengan cukup mudah.
Itulah sebenarnya asal-usul poket kecil yang terdapat di hampir kesemua seluar jean yang diperkenalkan di pasaran hingga sekarang.
Jika anda ingin mencari seluar jean murah boleh dapatkan di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan silhoutte atau model ASICS Gel Lyte III merupakan antara yang paling popular dari jenama tersebut di kalangan penggemar sneakers. Model ini telah menyaksian pelbagai koleksi hebat bersama beberapa nama besar seperti CDG, KITH, atmos dan juga Sean Wotherspoon. Terkini, kolaborasi bersifat tempatan bersama Sneakerlah dan Hundred% pula bakal diperkenalkan.
Kolaborasi tiga penjuru di antara SneakerLah, ASICS dan Hundred% ini bukanlah kali pertama diperkenalkan. Tahun lalu mereka telah memperkenalkan sneakers unik ASICS Gel-Kayano 5 ‘Nasi Lemak’ di mana ia mendapat sambutan luar biasa daripada peminat sneakers.
Bagi kolaborasi tahun ini pula, konsep Menara Berkembar PETRONAS telah diabadikan pada model ASICS Gel Lyte 111 dengan tema utamanya dimonopoli warna perak.
Setiap perincian kasut keluaran istimewa ini diinpirasikan daripada pelbagai aspek Menara Berkembar PETRONAS. Sinonim dengan nama Malaysia, pemilihan tema kali ini dilihat mampu membawa imej negara di kalangan penggemar sneakers bukan sahaja di Malaysia tapi di peringkat antarabangsa.
Merujuk tentang pemilihan warnanya, SneakerLah menerusi laman Instagram menjelaskan pemilihan warna Metallic Silver diambil sebagai polarisasi estetika warna menara berkembar. Manakala jalur ikonik ASICS yang bersifat reflective pula mewakili refleksi tingkap menara berkembar dalam tempoh waktu berbeza sepanjang hari.
Di bahagian belakang kasut pula terdapat perkataan ‘LAH’ yang merupakan slanga biasa digunakan rakyat Malaysia dalam perbualan seharian. Tapak yang berwarna hijau pula melambangkan warna pada tingkap Menara Berkembar.
Pengenalan sneakers kolaborasi ini juga dikatakan bersempena dengan ulang tahun model Gel Lyte III yang ke-30 sekali gus menjadikan ia sebagai sebuah projek yang lebih eksklusif.
Buat yang berminat mendapatkan sneakers eksklusif ini, anda perlu menyertai raffle yang akan dibuka pada 3 hingga 4 Disember 2020 yang bakal dianjurkan oleh SneakerLAH. Lebih menarik merka yang berpeluang memiliki sneakers menerusi raffle ini boleh mendapatkan versi kotak atau pakej lebih eksklusif.
Manakala untuk keluaran global pula ia akan dipasarkan pada 19 Disember 2020.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki terkini.
Kredit: SneakerLah
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.