Sebagai lelaki, tidak kisahlah usia berapa sekali pun penampilan diri harus dijaga. Namun, terdapat beberapa kesalahan fesyen yang ramai lelaki lakukan sehingga membuatkan diri nampak ketinggalan zaman dan lebih tua dari usia sebenar.
Dalam dunia fesyen yang sentiasa berubah, penting bagi setiap lelaki untuk kekal relevan dan bergaya tanpa mengira usia.
Penampilan kita bukan sahaja mencerminkan personaliti tetapi juga memberi impak terhadap persepsi orang lain terhadap kita.
Ada beberapa kesalahan fesyen yang mungkin tidak disedari, tetapi jika dilakukan, ia boleh membuatkan anda kelihatan lebih tua dan ketinggalan zaman. Berikut adalah beberapa kesalahan utama yang perlu dielakkan:
Pakaian Tidak Sesuai Saiz Badan
Oversized atau Terlalu Ketat: Ramai lelaki cenderung memilih pakaian yang terlalu besar atau terlalu ketat, menganggap ia selesa atau mengikut trend.
Walau bagaimanapun, pakaian yang tidak sesuai dengan saiz badan anda boleh membuatkan anda kelihatan tidak kemas dan lebih tua. Pastikan setiap pakaian yang dipilih sesuai dengan bentuk badan anda untuk penampilan yang lebih rapi dan muda.
Gaya Rambut Lapuk
Gaya Rambut Ketinggalan Zaman: Gaya rambut yang tidak berubah sejak dekad lalu boleh memberikan impresi yang anda tidak peka terhadap trend semasa.
Rambut yang tidak dijaga juga boleh membuatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Cuba gayakan rambut mengikut trend terkini atau pilih potongan yang sesuai dengan bentuk wajah untuk penampilan lebih segar.
Ads
Aksesori Berlebihan atau Ketinggalan Zaman
Terlalu Banyak Aksesori: Walaupun aksesori boleh menambah nilai pada penampilan, namun jika digunakan secara berlebihan, ia boleh memberikan kesan yang bertentangan.
Begitu juga dengan aksesori yang ketinggalan zaman, ia boleh membuatkan anda kelihatan tidak relevan dan lebih tua. Pilih aksesori yang sederhana dan moden untuk mengekalkan penampilan yang segar dan kemas.
Tak Jaga Kasut
Kasut Sudah Lusuh atau Tidak Mengikut Trend: Kasut adalah salah satu elemen penting dalam penampilan lelaki.
Memakai kasut yang lusuh atau gaya kasut yang ketinggalan zaman boleh merosakkan keseluruhan penampilan anda. Pastikan anda melabur dalam kasut yang berkualiti dan sesuai dengan gaya semasa.
Ads
Memakai Jean Yang Salah
Potongan Jean yang Salah: Seluar jean adalah item asas dalam almari pakaian lelaki, namun memilih potongan yang salah boleh menyebabkan penampilan yang kurang menarik.
Jeans dengan potongan lurus atau bootcut mungkin pernah popular, tetapi kini skinny atau slim fit lebih sesuai untuk penampilan yang moden dan muda.
Warna Tidak Sesuai
Warna Pudar atau Terlalu Cerah: Warna yang anda pilih untuk pakaian boleh memberi impak besar terhadap penampilan.
Warna pudar atau terlalu cerah boleh membuatkan anda kelihatan lebih tua atau tidak selari dengan trend semasa. Pilih warna yang lebih neutral dan gelap untuk mencipta ilusi penampilan yang lebih kemas dan elegan.
Corak Terlalu Berat atau Ketinggalan Zaman: Pakaian dengan corak yang terlalu berat atau ketinggalan zaman boleh menarik perhatian ke arah yang salah.
Untuk penampilan yang lebih segar dan moden, pilih corak yang minimalis dan tidak terlalu mencolok.
Tak Mengambil Kira Perincian Kecil
Butiran yang Terlepas Pandang: Perincian seperti memilih tali pinggang yang betul, padanan warna stokin dengan kasut, dan memastikan pakaian diseterika dengan kemas, boleh membuat perbezaan besar dalam penampilan anda.
Jangan abaikan perincian kecil ini kerana ia mencerminkan sejauh mana anda mengambil berat tentang penampilan diri.
Sekarang sudah tidak asa perbezaan kelas dalam dunia fesyen. Jika dahulu festen streetwear hanya dianggap eksklusif untuk sesetengah generasi atau cabang sub budaya.
Kini dengan semakin ramai yang terjerumus dalam dunia trendy ‘hypebeast’, jenama streetwear menjadi buruan ramai.
Selepas melakukan teaser pengenalan beberapa bulan lepas BAPE dan Coach akhirnya memperkenalkan koleksi penuh kolaborasi mereka kepada umum.
Koleksi eksklusif ini terdiri daripada pelbagai seleksi barangan kulit, pakaian ready-to-wear, footwear dan semestinya beg. Hasil pertembungan kolaborasi dua gergasi ini mendapat inspirasinya daripada dua kota asal jenamanya iaitu New York City dan Tokyo.
Koleksi BAPE x Coach meraikan sentuhan berbeza untuk kedua-dua jenama. Sebagai contoh beg kulit yang mempunyai logo biasa Coach diselitkan dengan logo BAPE Ape Head. Selain itu, signature pattern camouflage turut menghiasi koleksi selua khaki dan jaket sejuk.
Paling menarik perhatian menerusi koleksi ini ialahjaket puffa yang dihasilkan dengan menggunakan kulit, beg galas menggunakan Coach Academy dan rekaan BAPESTA sekali gus menandakan ulangtahun ke-20 silhoutte tersebut.
Koleksi ini bakal dikeluarkan dalam kuantiti terhad di laman sesawang Coach, BAPE dan juga putlet terpilih kedua-dua jenama. Manakala di Malaysia pula ia hanya boleh didapati di Coach Pavilion Elite pada 22 Februari 2020 pada jam 9 pagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berkonsep UNIQLO is LifeWear dengan melalui rekaan pakaian yang menjadi kehidupan lebih baik dan selesa. Ianya pakaian yang direka khas sesuai untuk semua lapisan budaya dan gaya hidup, UNIQLO percaya invidualiti tidak datang dari pakaian tapi cara mereka berpakaian.
Konsep pakaian UNIQLO juga diambil dari nilai murni masyarakat Jepun yang mementingkan kualiti, gaya ringkas dan sifat tahan lama. Bersempena dengan itu, UNIQLO menjelaskan misi mereka dalam koleksi Spring/Summer 2018.
Koleksi Spring/Summer 2018 dari UNIQLO untuk lelaki dan wanita yang gemar bergaya kasual ketika ke pejabat atau bercuti. Warna-warna ceria dan segar sesuai dengan musim percutian dan paling penting fabrik AIRism membuatkan ia selesa dipakai sepanjang hari.
Bagi pilihan untuk kasual pejabat pula dari acuan warna-warna sejuk dan bercetakan garisan untuk konsep minimal.
Dapatkan Koleksi Spring/Summer 2018 di stor UNIQLO di seluruh negara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Filem seram arahan John Krasinski ini dianggap luar biasa bersesuaian dengan tajuknya ‘A Quiet Place’ kerana filem ini tidak mempunyai sedikit suara pun selama 20 minit pertama ia ditayangkan. Ini merupakan satu pencapaian buat John dan seluruh team produksi, kerana mereka berjaya membuatkan penonton juga takut untuk bersuara selama 95 minit durasi filem ditayangkan. Melalui beberapa temu bual para pelakon, ini fakta menarik tentang filem ini yang boleh membuatkan anda tonton filem ini di pawagam.
4 Orang Pelakon sahaja
Untuk pengetahuan anda, filem ini hanya memerlukan 4 orang pelakon sahaja. John Krasinski pengarah dan juga pelakon utama filem ini tidak memerlukan pelakon yang ramai, kerana ia lebih mementingkan nilai kekeluargaan dalam filem ini.
20% skrip
Nama pun A Quiet Place, mestilah senyap kan? Filem ini hanya menggunakan 20% dialog saja, kerana jika mereka bersuara, mereka pasti akan dibunuh oleh makhluk asing yang berlegar-legar di kawasan mereka. Bagaimana mereka berkomunikasi? Mereka menggunakana ‘sign language’ untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Suami isteri sebenar
Kepada anda yang masih belum tahu, John Krasinski dan Emily Blunt merupakan pasangan suami isteri sebenar di luar filem. Mereka yang sudah mendirikan rumahtangga sejak beberapa tahun yang lalu, kini sudah memiliki 2 orang cahaya mata. Ketika ditemubual dalam satu rancangan tv, Emily ada menyatakan beberapa nama yang sesuai untuk memengang wataknya kepada John, namun setelah dinilai, John memutuskan untuk mengambil Emily untuk memengang watak tersebut.
Watak anak perempuan sulung, zahirnya bisu
Watak anak perempuan sulung pasangan Abbott ini dimainkan oleh Millicent Simmonds yang sebenarnya bisu diluar filem. Millicent tidak boleh bercakap sejak beliau kecil lagi. Namun ia tidak mematahkan semangat beliau untuk menjadi seorang pelakon yang hebat. Bakatnya diasah sejak kecil lagi dimana beliau menyertai drama club, dan berjinak-jinak dalam dunia teater. Jika anda menonton filem ini, anda akan dapat melihat betapa bijak lakonan Millicent ini.
1 take untuk scene bathtub
Jika anda sudah menonton filem ini, anda pasti sudah mengetahui bahawa watak yang dipegang oleh Emily merupakan seorang wanita mengandung. Ketika beliau ingin melahirkan, beliau terpaksa melalukannya di dalam bathtub. Segala mimik muka, dan aksi dilakukan oleh Emily hanya satu take saja! Kehebatan Emily turut dikagumi oleh suaminya sendiri. Tahniah Emily.
Kepada anda yang masih belum menonton filem ini, dan menginginkan sesuatu kelainan, kami syorkan anda untuk tonton filem ini. mungkin ini masa-masa anda perlu berada dalam keadaan senyap?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.